Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday #18

Pelik Tapi Benar : 17 tahun makan bedak, sabun

Aduh ngeri bila nengok dan membaca kisah nie..bukannya benda2 nie banyak bahan-bahan yang menbahayakan kesihatan bila memakannya, adusss...meh baca jangan tak baca...

17 tahun makan bedak, sabun

PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak  tujuh bulan  lalu.
PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.
KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.


Selasa, 29 November 2011

Sibuk Bangat !!!

Hai...minggu lepas aku memang takder hati lah nak update blog..dan tak sempat lah kot..coz anak dara aku yang kecik kena demam campak yang besar2 tu..aduh sian sangat nengok dia..malam resah gelisah tak bleh tidor aku pun sama lah gelisah nengok dia...mak kan mana lah bleh tidor kalu nengok anaknya dalam keadaan gitu..macam dah aku buat bagi minum air kelapa..bagi mandi air beras...tidur atas daun bambu. fuh....
Minggu lepas plak aku kena balik Terengganu coz adik ipar kahwin..ya Allah..sabor jer lah time nak kenduri plak anak aku kena demam campak cobaan..dalam keadaan anak aku yang tak sihat nie aku pun kena asma..pastu kena balik kampung..di mana perjalanan balik Ganu tau jer lah kan..makan masa 6/7 jam.  Anak kan bila sakit taknak orang lain nak melekat kat Ummi dia jer.
Balik jer kat Ganu aku isytihar yang aku memang takleh nak tolong sangat dan nak renyah sangat heee..amcam bleh tak dengan keadaan aku plak yang baru jadi makyong de dek..nak tau apa kerja aku..ha..jadi mak andam terjun..bukan bidan terjun..aku nie nak kata pandai tak gak nak kata tak pandai pun tak gak jadi belasah jer ler..tapi aku memang tak nyempat nak upload gambar adik ipar aku yang aku dah andam tu..nantilah kalu ada yg upload dalam fb aku masukkan yerk.nak harap aku amik gambar..takder maknanya..coz aku bukan minah yang suka bergambor pun.  Cuaca kat Ganu ok2 jer..takder hujan pun..tapi air laut bergelora lah...sungai Tganu pun air melimpah..siapa yang mandi tu sajer pilih option untuk mati cepat lah tu..erm cau dolu ah yer...banyak kerja nak settle.

Isnin, 21 November 2011

Program Cuti Sekolah

Hai cuti sekolah anak aku sudah bermula...nie yang pening nak memikirkan program untuk dia dan keluarga aku gak.  Aku dan famili aku nie kaki merayap dan bercuti..asal jer ada cuti panjang mesti dah pikir nak gi bercuti ke mana.  Sabtu baru2 nie aku, suami dan anak-anak gi nengok wayang Happy Feat 2..si Daniya tuntut nak nengok wayang katanya...hai lepas nie nak tuntut apa lah plak...  Minggu nie aku balik ke Terengganu ada kenduri kawin adik ipar aku ..selamat dapat orang ganu gaks..pastu jarak kenduri tak jauh..lega rasanya tak perlu nak amik cuti banyak..al-maklum bila hujung tahun nie cuti pun tinggal sikit jer...
Program untuk bulan Nov dah ok nie Disember plak..niat dihati nak jenjalan ke Pinang..yerlah ada kenangan kat Pinang tu..Pinang tempat bermulanya aku dan suami mula berkenalan..coz dia join Hari Keluarga Bahagian aku satu masa dolu..ceh macam dah lama nau kawin...baru 8 thn heee.  Ermm baru teringat ada jemputan kenduri kahwin anak buah belah suami aku kenduri sambut menantu di Yan, Kedah, belah Terengganu dah settle...insyaAllah takder aral melintang dan ongkosnya mencukupi sampailah aku ke sana InsyaAllah.  Tahun depan anak aku dua orang sekolah...fuh...siap ah duit kan..sorang Tabika sorang lagi darjah 2..Tabika yang banyak pakai duit tu..ngalahkan nak masuk Universiti.  Tahun depan gak InsyaAllah tambah lagi sorang ahli keluarga..perancangan kewangan memang kena yang terbaik...bak kata BoBoiBoy..

Jumaat, 18 November 2011

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

Subject: Fw: BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG
 B uang bayi hari2 kita dengar di tv, atau di surat2 khabar.
 U ntuk itu mari lah kita sama2 fikir, dan mencari jalan yang baik.
 K erana nila setitik, kesihan kaum hawa menjadi mangsa aib.
 A nak2 zaman sekarang, tak ramai yang patuh kedua ibu bapa.
 N asihat demi nasihat ibu bapa kita berikan, melawan juga dia akhir nya

S anggup lupakan kedua ibu bapa, demi cinta monyet nya.
A ndai ibu bapa marah dengan sikap nya, dia lari rumah penyudah nya. 
L alai kah kita sebagai ibu bapa, menjaga sianak derhaka ini!
A LLAH sahaja lah yang tahu, betapa sayang nya ibu bapa, menjaga anak
    nya.
Hari2 dibelai dan dikasihi, diberi semua apa yang dipinta.

I ni kah balasan nya, sianak yang tak mengenang jasa. 
B uruk nya itu,terpaksa juga ibu bapa menutup nya.
U mat Muhamad diakhir zaman kini,sudah banyak lupa pegangan ugama
  nya.

M anusia kini sudah banyak mengikut sifat2 binantang
E lok lah kita berjaga2 agar kaum hawa tidak diperdayakan
N asihat lah apa yang kita terdaya demi menjaga maruah nya
G agal sekali cuba nasihat berkali kali
A ngap lah ini pengorbanan kita kepada kaum hawa
N ak tolong bagi duit dan harta hari2, tak mampu di buat nya.
D unia kini sudah akhir zaman.
U ndang2 pun tak di takuti lagi.
N ama keluarga mesti lah di hormati.
G odaan syaitan harus lah kita perangi." 

Khamis, 17 November 2011

Berlagak tak kena tempat

Al-kisah hari nie anak aku dapat duit RM100 dari sumbangan yang kerjaan bagi untuk menampung kos persekolahan bagi sessi 2012.  Akan tetapi aku takleh gi ambil duit tu..coz hagak-hagak aku dah kerja jauh nie Putrajaya suami plak di Rawang.dan anak aku sekolah kat umah opah dia di Setiawangsa, maka aku wakilkan opahnya untuk mengambil duit tersebut.

Alhamdulillah syukur lepas gak nak beli kasut dan beg dengan RM 100 tu.  Hai..kat sekolah anak aku nie ramai anak Dato/Datuk/Datin Tan Sri sume ah...Sekolah Berprestasi tinggi, ha golongan-golongan ini dengar ceritanya taknak ambil duit tu...apa susah ambil jer lah..pastu serah pada yang susah dan yang mempunyai adik-beradik yang ramai ..kan..kalu tak kenal atau tak tahu siapa yang susah amanatkan pada Guru/Guru besar sekolah/Pengetua sekolah tolong berikan bahagian saya ini kepada yang lebih memerlukan.  Besar pahalanya dapat membantu orang susah nie..ingat kekayaan yang kita miliki yang Allah bagi bukan 100% milik kita.

Selain dari itu yang aku pikirkan sekarang nie anak-anak Sekolah Menengah diorang tu sume dapat atas tangan dorang terus..wah ronggeng mak minah ah dorang tu sume dapat duit..aku percaya berapa % jer yang menggunakan duit tu ke saluran yang betul, yang lain takder maknanya.  Lagi satu yang aku duk terpikir budak-budak yang kaki pau dan buli nie..diorang tau kekawan dorang nie ada pegang duit kang pembuli nie apa lagi amik kesempatan..ermmmacam bahaya jer kan.  Rasanya kalu lepas nie kerajaan bermurah hati nak bagi lagi..cara yang selamat terus masuk akaun pelajar tersebut..wajibkan semua pelajar sekolah ada akaun BSN misalnya..pastu duit tu terus disalurkan ke akaun masing-masing.  Nie pandangan aku jer..:)

Rabu, 16 November 2011

Wordless Wednesday #17

Oh Papaku !!!

Selasa, 15 November 2011

Zon Malas !!!!

Apalah nak jadi ngan aku sekarang nie..sejak duam menjak nie (pssstt since jadi mak buyung nie lah)  aku jadi insan pemalas..malas dalam sume segi coz dulu aku tak pernah rasa mabuk kali nie agak teruk sikit mabuknya...

melaram  @ melawa dan ber make up - sampaiakan bedak, lipstick, blusher dah lama habis aku wat bodoh jer dan malas nak membeli takder perasaan pun nak beli
kalu dulu nengok nak abis jer dh semangat membeli

Memasak - Camner aku nak masak..bau segala bau aku takleh bau..sumenya busuk bagi aku..lagi-lagi bau orang menumis..fuhh seksa rasanya

Menggosok Baju - Sekarang nie suami aku dah amik tender menggosok coz aku tak larat nak berdiri atau duduk membongkok..al maklum perut makin membesar (alasan baik punya)

Bergaya - aduh aku nie kaki melaram dan ber fesyen-fesyen tudung aku buat..tapi sekarang nie aku belasah jer tudung mana dan baju mana yang aku sempat tarik..kronik-kronik..

hanya ada 1 jer lagi yang aku masih buat
jeng..jeng..jeng
mengemas..oh tidak aku takkan biarkan rumah aku bersepar..sakit mataku bila memandang nak ikutkan malas gak tapi kena gak buat..aku aku anti sikit bersepah-sepah nie..

Harapan aku penyakit nie tak berterusan dan bersifat hanya sementara amin...rimas kot dalam zon malas nie coz nie bukan sifat aku..hhuhuhuhu

Isnin, 14 November 2011

Hutang Negara-Negara Kaya

PERDANA MENTERI Itali, Silvio Berlusconi merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia berjaya menepis beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.
Malah, jutawan media berusia 75 tahun itu boleh berbangga kerana mampu memerintah Itali selama 17 tahun.
Namun, pemilik kelab bola sepak AC Milan itu akhirnya terpaksa akur dengan tekanan ekonomi yang memaksanya berundur.
Sebenarnya, Itali merupakan antara gergasi ekonomi dunia. Siapa yang tidak mengenali jenama kereta mewah Ferrari, Maserati, Lamborghini dan Pagani.
Ia juga merupakan pengeluar motosikal berkuasa tinggi Aprilia, Ducati dan Piaggio. Deruman enjin kenderaan mewah itu sahaja sudah membuatkan ramai orang terpukau, belum lagi memilikinya.
Tetapi kini Itali sedang sakit. Hutang hutang luar negara itu mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trillion).
Ini membuatkan Kesatuan Eropah (EU) menuntut reformasi ekonomi bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.
Berlusconi sendiri mengesahkan dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan setelah kehilangan majoriti di Parlimen ekoran anggota partinya belot.
Greece

Itali adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Republik Cyprus ke Malaysia, Nafsika Krousti, situasi di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis hutang yang teruk.
“Greece mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus, kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negatif,” katanya mengenai negara jirannya itu.
Keadaan itu memaksa Perdana Menteri Greece, George Papandreou meletak jawatan berikutan kemelut ekonomi negaranya yang tiada kesudahan.
Sebelum ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.
Hakikatnya, negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.
Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).
Beban hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.
Perkara tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya sistem kesihatan mereka.
Masalah hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika yang melibatkan 42 buah negara.
Menurut Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World, setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30 juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan Aids.


Pasca Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.
Malangnya, kegagalan untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.
Pakar ekonomi, Profesor Eswar Prasad dari Universiti Cornell, AS berkata negara kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu pertumbuhan ekonomi global.
Menurut beliau, negara kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.
Jepun
Dengan beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan sesebuah negara. Ia turut menjadi ancaman kepada ekonomi global, ujar Prasad.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.
Hakikatnya kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak beberapa tahun yang lalu.
Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, berkata kemerosotan ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.
Kerajaan Greece, kata beliau, tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk rakyatnya.
“Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.


“Tidak hairanlah jika negara yang muflis dan dibelenggu hutang ini menjadi huru-hara kerana rakyat tidak menerima manfaatnya.
Beliau bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.
“Tetapi kita perlu bersedia kerana ia juga mampu memberi kesan kepada negara Eropah lain.
“Apabila negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya,” katanya.

Jumaat, 11 November 2011

Ramai Bebenor Teruja ngan 11.11.11

Aku biasa-biasa jer ngan tarikh nie tander apa yang nak diterujakan..famili aku pun takder yang lahir bulan November atau tarikh-tarikh yang keramat untuk November nie takder..tapi dalam fb hari nie ramai bebenor kengkawan fb wat status 11.11.11 maby ada citer atau sejarah yang bakal berlaku dengan diorang kot...yang aku tau pelakon/model terkenal Aishwariya Rai pun pilih tarikh nie untuk melahirkan anak beliau..nie confirm guna kaedah caesarean nie coz bleh pilih tarikh nak bersalin.



Hai tak kurang juga dengan Hospital Prince Court alah antara Hospital Swasta yang termahal tu..lebih kurang 13 org kot request untuk melahirkan anak pada tarikh 11.11.11 nie. Tak lupa juga pada pengantin baru..ramai yang memilih untuk menikah hari nie..almaklum  tarikh cantik dan kebetulan jatuh pada hari Jumaat plak tu, Selamat Pengantin Baru lah yer wat kekawan aku yang bakal menikah lepas Jumaat nie.  Tahun depan plak mesti ramai pilih 12.12.12 hai macam-macam..takper janji korang bahagia yer..amin.

Khamis, 10 November 2011

Everything ok...

Hai..hr ni aku wat tajuk ala-ala London gitu..alhamdulillah hari nie gi chek up kat Pusrawi ok tekanan darah ok kencing manis pun takder..tak tau lah 2 hr lepas kenapa cek kat Klinik tu gula aku tinggi plak..7.6 bacaannya..hagaknya pagi tu aku pi minum air Lai Chi Kang kot..hari nie nk pi check kat Pusrawi aku siap control pemakanan aku dari semalam, hai malasnya esok nak ngadapa naik bas pi kerja ke Putrajaya...coz minggu nie aku dok mc memanjang kan.  
Hari nie gak si Daniya aku dah belajar tak pakai diapers@pampers badan jer besar..tapi pelat bercakap tu yang lambat bg buka diapers ermmm cuma nak tidur tadi aku pakai gak fuh takut aku kang dia terkencing kat sofa baru opah dia heheeee


bersama famili tercinta....

Nadyne anak aku yang sulung plak alhamdulillah dia masih kekal di kelas pertama tahun hadapan semuanya ada peningkatan dari segi peratus dan kedudukan keseluruhan pelajar..berkat aku paksa dia wat ulangkaji sebelum periksa.  Aku tau dia banyak confius sikit dengan Matematik jadi mlm sebelum Peperiksaan tu aku bagi soalan yg aku dan suami reka sendiri, subjek nie aku leh tolong ah ..tapi subjek Bahasa Cina tak dapek den nak nolong..Abi nya ada lah belajar masa kat UiTM dolu.tapi mana nak ingat coz tak di praktikkan.  Zaman sekarang nie mendidik anak adalah satu cabaran yang amat besar..bukan akademik sahaja malah mendidik dia supaya menjadi 'MANUSIA'  coz zaman sekarang nie ramai manusia dah jadi haiwan. Ish Nauzubillahi minzalik...minta simpang lah semua nie berlaku dalam famili aku.  

Rabu, 9 November 2011

Demam Raya Haji

Hari nie baru berkesempatan meng update blog..bz ngan Raya Haji, bz ngan anak-beranak tak sihat..si Daniya tembam aku..demam panas pastu kena lelah..sian sangat nengok dia batuk berterusan.  Suami ngan sume-sume ah batuk..selsema...fuh rimas betul.
Aku plak gi ah check up untuk ibu-ibu mengandung kan di Klinik biasa..doktor kata aku nie antara ibu mengandung yang berisiko tinggi..coz aku masa mengandung ada darah tinggi, asma dan ada masalah tulang..tu yang dua-dua anak aku kuar ikut tingkap..dan sah lah kali nie confirm kuar ikut tingkap..silap hari bulan doktor nasihatkan ikat terus tak yah pikir nak pakai perancang keluarga...huhuhuhu nampaknya kouta anak aku cuma 3 ah nampak gayanya.  Sekarang nie aku dah ada dua orang puteri kalu di beri rezeki Allah aku nak jugak lelaki..tetapi kalu dah tertulis perempuan gak aku redha.
Hati nie agak resah gak..coz masa aku mengandung sebelum2 nie aku takder masalah kencing manis..tup.tup kali nie ada plak..nak kata selera makan aku melampau aku takder selera pun sebenarnanya..sampaikan tak pernahlah aku mengandung turun berat badan kali nie turun mana taknya asal masuk jer keluar balik..aduh kali nie dugaan betul.  Aku tak pernah rasa camnie coz yang dua2 sebelum nie aku relaks jer. Ha nampaknya aku akan keluar masuk Pusrawi lah jawabnya pasnie..nie yang trauma aku bila memikirkan keluar masuk wad nie.  Mood aku kureng sejak dua menjak nie tu yg tenggelam timbul jer update blog aku nie..harap maklum lah yer..hehehehe.nie aku kat rumah ah nie dapat mc..sok plak gi Pusrawi tah.tah..minggu nie minggu mc aku erm...

Jumaat, 4 November 2011

Anak aku jadi penakut

Hai kronik..betul anak aku no.2  Daniya, jadi penakut betul dek akibat iklan-iklan citer hantu yang kerap kali ditayangkan di kebanyakan stesyen tv tempatan kini.  Sepanjang anak aku nengok tv aku atau suami kena ada di sebelah dia baru dia ok..dia kata adik takut..aku tanya takut apa..dia kata nanti kat tv ada hantu..aduh....menyusahkan betul dia nak nengok tv tapi kena ada teman fuh!!! mana leh tahan camnie..tak jadi kerja aku dan suami nak ngadap tv jer..


Sekarang nak salahkan siapa yerk..adakah salah aku coz aku bagi anak aku nengok tv?..errmmm atau salah aku ngajar anak aku jadi penakut.ermmm tak gak entahlah..
Aku rimas betul sejak anak aku jadi penakut nie..bukan apa aku jadi nak marah ..geram sume ada..aku nie penakut gak hohoho tu yg aku dah siap warning suami aku jangan beli rumah teres 2 tingkat eh hehehe

Khamis, 3 November 2011

Banyak pikiran gue dibuatnya

Sorry ah cause aku rasa minggu nie minggu luahan perasaan aku jer lah kot sejak opis aku berpindah ke Putrajaya nie stress aku makin bertambah.  Semalam anak aku dah tanya aku..

Nadyne   :  Ummi kita nie sampai bila nak bangun dan keluar rumah awal pagi gelap-gelap nie

aku        :  Sampai bila-bila lah kak kita camnie selagi Ummi tak dapat tukar lagi

Nadyne  :   Alah..Ummi dan Abi tak hantar kakak ke sekolah lagi..boring ah...tak best.
                Tempat kerja Ummi tu jauh sangat ke?..macam jauh balik kampung ke?

aku       :   jauh sangat tu kak..balik kampung..erm  cuma jauh dari opis Abi di Rawang ah..

sedih dan sayu jer bila anak tanya dan siap complain lagi...hai bila saat camnie aku terpikir untuk bekerja sendiri @ bisnes dekat ngan umah..senang..aku tentukan sendiri masa aku, ramai kengkawan dan keluarga aku yang bekerja sendiri termasuk ah papa aku..rileks jer..pagi2 tak bekejar-kejar nk punchkad dan sebagainya kerja sebagai kakitangan awam nie duk takut dengan punch kad bukan takut kerja tak siap...huhuhuhuhu..aku nie sebenanarnya dari dolu lagi duk timbang-timbang nak bekerja sendiri..memang ah risikonya lebih tinggi..tapi masa kita lebih fleksibel..kalu kita malas sendiri ah tanggung..kalu rajin masyuk!!!!!

Aduh..penat rasanya nk berpikir-pikir nie..jadi Ummi @ Ibu nie pikir dari segala sudut dan kesan dari apa yang bakal dilakukan atau telah dilakukan.  Bukan tak bersyukur tapi tak mampu nk menanggungya...Ya Allah janganlah kau cuba aku melebihi batas mampu  dan sanggupku..meh layan lagu nie..hayati bait-bait lagu nie



Rabu, 2 November 2011

Tak leh jadi camnie...

Hai..semalam hari pertama aku di Putrajaya..sampai umah mama aku untuk ambil anak-anak jam 6.45 lebih kureng..balik dah penat anak-anak macam-macam hal yg mana sakit perut sakit ini sakit itu..yerlah..tinggalkan awal pagi balik plak lambat..dorang tunjuk perasaan lah dan nakkan perhatian, tapi aku dah penat tak kuasa nak layan..tapi terdetik di hati keisan anak-anak aku budak memang ah perangai camtu..pastu sebelum balik ke rumah aku aku pun bawa ah anak-anakku gi Klinik di Bukit Antarabangsa..bukan apa kang jadi apa2 nyesal tak sudah aku.  Kesian memang kesian kat anak-anak..kalu pikir diri sendiri takper lagi.  Semalam anak aku si Daniya tanya aku Ummi kita nak gi mana malam-malam nie...sabor jer lah awal pagi dia kata malam huhuhuhu. 

Pergh..ari nie plak aku kena keluar umah awal lagi dari semalam coz bas ada 1 jer plak hari nie..aku nak ena ada di depan Dataran Merdeka jam 6.45 pagi...penat terkejar-kejar sampaikan aku dan suami hampir accident ngan teksi pagi tadi..tau jer lah Cek Abe gue kalu bawa kete bedesub peginya....  Sesampainya aku di Dataran bas memang dah nak gerak..aku siap jerit kat cek abe Bang..tu bas Pitri dah nak jalan dah tu..apa lagi suamiku bagi hon dan pancung bas tu dengan pantas aku keluar dari kereta menuju ke bas..mengah dibuatnya..selamat sempat..
Hari nie aku ingat nak call JPA lagi..nak tanya pasal permohonan  pertukaran aku..coz
Tak Leh Jadi Camnie..

Selasa, 1 November 2011

Akhirnya....

Akhirnya...baru hari nie opis aku baru beroperasi di Presint 4, Putrajaya.  Ermmm suasana best dan sangat ok..yang tak oknya..kena keluar rumah awal...huhuhu tu yang berapa ok..ok mood untuk update blog tak mai lagi...mood mengemas nie..k bye...