Sabtu, 30 April 2011

Muffin Coklat dan Blueberry gue udah menjadi.....

Muffin Coklat dan Muffin Blueberry dibuat oleh 
ummiP3 dan suami (Zaihasrul)




   Ianya sekadar untuk dimakan keluarga bukan untuk dijual...he..he.
 bekasnya besar makan satu dh kenyang kot...

BEN ASHAARI GEGAR BLOGGER BARU




[image[2].png]

Kelebihan Madu Lebah Menurut Perspektif Islam


 
 Hadis ini adalah berkaitan dengan khasiat madu lebah.
Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan madu lebah, di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mājjah.

مَنْ لَعِقَ الْعَسَلَ ثَلَاثَ غَدَوَاتٍ كُلَّ شَهْرٍ لَمْ يُصِبْهُ عَظِيمٌ مِنْ الْبَلَاءِ

Maksudnya: Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.

Jenis Madu dan Keistimewaan Lebah

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai binatang biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.

Maksudnya:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.
Al-Nahl (16): 68-69


Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungivitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:

i) digunakan sebagai ubat sakit perut
ii) menghilangkan ketagihan dadah
iii) menghilangkan kahak
iv) memutih dan menguatkan gigi
v) menghilangkan kesan terbakar pada kulit
vi) menguatkan badan, bagi yang berumur

Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.

Jumaat, 29 April 2011

Menu Tengahariku : DAPUR PENYET Maju Junction


Erk... Alhamdulillah....kenyang sudah...menu tengahari aku di hari Jumaat nie hehe....coz rehat panjang kan...Ayam Bakar dari Dapur Penyet, dah banyak  kali makan kat tempat nie..coz memang sedap nak banding ngan ayam penyet yang lain ( itu citarasa aku lah) tapi ramai gak yang berkata begitu...Resepi dari Indonesia tapi tak pasti dari daerah mana di Indonesia (walaupun mama ku orang Medan, Indonesia)  Cubalah, banyak lagi menu-menu yang lain seperti disini air pun ada pelbagai rasa.  Nak kongsi  nie lebih kurang 3 minggu sudah ada masuk dalam rancangan Sarapan TV3, oleh kerana aku selalu makan kat situ maka adalah muka aku dalam rancangan tu..kebetulan masa dorang shooting tu aku ada kat situ.  Tapi aku tak pandai macam mana nak download dari tonton.com.my tu nk masuk dlm blog aku nie...korang cari sendiri ah yer( itupun kalu nak nengok) he..he....ok saya ada Majlis pukul 3 ptg nie. bye..bye....cau cin cau.....

Tazkirah Jumaat : Perihal Jimak Isteri


Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri

Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa
abad harus diikuti;-
( Jangan mengharamkan yang halal )


Pesanan Untuk Kedua-dua Suami isteri

No. 1
- Bersopan santum
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut ( jangan minyak atar Mekkah )
Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

No. 2
Bercumbu-cumbuan sebelum jimak


No. 3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kefaraj dan
layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan
sopan.

Jangan sekali-kali hopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana
ini akan menyebabkan terpancutnya air mani pramasa.

Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati,
anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan basdan dengan
isteri anda.

Khamis, 28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

image


Kenapa aku seorang Blogger,  satu tajuk yang agak menarik kerana aku sendiri pun tidak pernah terfikir macam mana, bagaimana aku boleh terjebak dalam dunia blogger nie.  Aku sebenarnya blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni tak silap baru jer beberapa bulan kot, tapi aku dah jadi orang yang demam blog aku suka menulis, kongsi pelbagai cerita dan pengetahuan yang aku telah jumpa dalam internet dan berkongsi juga tentang diriku dan keluargaku.  Sebelum nie aku luahkan dalam diari dan ianya menjadi rahsia tapi kini tidak lagi..he..he...

Aku rasa seronok sekali bila melihat blog aku cantik, ada pengikut dan ramai yang singgah ke blog aku rasa seronok macam nak tergolek-golek. Emmmm... tapi aku masih sedang belajar bagaimana nak jadi blogger yang bagus. Blog nie juga membuatkan aku sentiasa terfikir-fikir apa yang aku nak kongsikan bersama blogger-blogger yang lain. Akhir kata...hidup sebagai blogger memang best (buat masa ni lah) harap dia berterusan dan menjadi satu kenangan dalam hidup aku.

Wanita Tercantik Dunia versi AskMan.com

Berikut ini daftar 10 wanita tercantik tahun 2011 versi AskMan.com :



1. Emmanuelle Chriqui


2. Marissa Miller 

3. Kate Beckinsale

4. Alessandra Ambrosio

5. Jessica Alba

6. Beyonce

7. Penelope Cruz

8. Cheryl Cole

9. Eva Mendes

10. Miranda Kerr
Amacam korang sume setuju tak dengan keputusan AskMan.com....
nie ada sedikit renungan buat kalian semua ...renung-renungkan....

Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

10 Orang Terkaya Di Dunia.....Tahun 2011

10 ORANG TERKAYA DI DUNIA TERBARU 2011



1. CARLOS SLIM HELU
Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children


2. BILL GATES

Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children



3. WARREN BUFFETT
Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children


4. BERNARD ARNAULT
Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children



5. LAWRENCE ELLISON
Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children



6. LAKSHMI MITTAL
Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children



7. AMANCIO ORTEGA
Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children



8. EIKE BATISTA
Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children



9. MUKESH AMBANI
Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children



10. CHRISTY WALTON
Net Worth : $26.5 Billion
Fortune : Walton Family
Source : John T.Walton
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Jackson, Wyoming
Industry : Walmart, First Solar
Education : University of Arkansas, College of Business Administration
Marital Status : Married, 1 children


**Sumber : http://www.forbes.com/

Rabu, 27 April 2011

Al-Kisah nak buat Muffin...

Huh...sungguh teruja aku  hari ini coz gi kedai kek untuk membuat muffin lah kononnnya,  menggila aku nengok barang2 yang dijual di kedai tu sampaikan dalam hati terdetik  " nie kalu aku buka bakeri nie senang ni macam2 ada"  pastu lagi dalam hati "oooo rupanya senang jew....tinggal bancuh2 jew...sume barang dh campur skali"  heheheh cadangnya nk wat weekend nie...ha nk dijadikan citer aku dh order dah macaroon yg aku idam-idamkan tu....tapi tk dapat lagi esok kot br dapat by pos express...Wa....beralih pada Muffin ..ha...aku beli muffin coklat dan blueberry siap beli coklat chip utk di campur dgn muffin coklat tu..wa siap beli loyang sume...nie ha benda-benda yang aku beli tadi....





Coklat chip, tepung nak wat muffin, loyang, dan bekas letak muffin tu apa yerk lupa plak namanya.  Bahan-bahan lain yg tkder dlm gambar nie...butter, air dan telur, nanti bila saya dh berjaya buat saya amik gambar sesudah jadi plak yer....

Soalan Mencengkam Jiwa Dari Anakku Nadyne....

Anakku oh anakku....3 soalan mencengkam jiwa yang diberikan kepaku dari anak sulungku Zafeerah Nadyne binti Zaihasrul....soalan nie yang dia selalu ajukan dan terngiang-ngiang di telingaku....sabor jer lah

1.  Ummi...naper ummi gemuk...fuh....sabor jer lah

2.  Ummi...naper kita duk apartment tak duk umah banglow....ke teres ker..coz tak yah naik tangga..

3.  Ummi naper bila kita snyanyi atu lagu tu  dalam hati kita leh ikut tapi bila nak cakap ikut mulut tak bleh....(aduhai kena rujuk pakar sain aku nie gamaknya)

Filem KONGSI Lu Lansi Lu Mati - Lakonan Shaheizy Sam

Hai....aku sebenanrnya dah tak sabar nak nengok Filem nie..KONGSI Lu Lansi Lu Mati lakonan Shaheizy  Sam  di jangka akan ditayang pada 12 Mei 2011/ Khamis.  Setiap kali nengok wayang mesti ada Trailer Filem nie..tu yang membuatkan aku geram jer nak nengok...coz penangan dari Filem Adnan Sempit lah nie.....aku gelak giler punya dalam wayang..selamat sumenya gelak mcm aku he..he...so apa lagi saksikan di pawagam-pawagam berdekatan anda......sebelum tu mei nengok Trailer Filem KONGI nie...layan@@@@

Selasa, 26 April 2011

Takziah buat keluarga beliau....Guru dilaporkan hilang ketika berjoging ditemui mati

Guru hilang daki Bukit Larut ditemui mati

Petikan dari Berita Harian Online

2011/04/26TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lalu ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah, berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.
"Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu.

Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.
Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.

"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru. - BERNAMA

Implanon

Salam 1 Malaysia..cewah...


Hari nie saya nak citer sikit pasal pengalaman saya memakai implanon,  mula pasang pada Julai 2008 dan akan membukanya ceh...Julai 2011 nie..InsyaAllah...saya pasang implan nie di LPPKN sebabnya kos pemasangannya  agak murah sedikit berbanding Klinik-klinik swasta lain dan Klinik Kerajaan belum membekal Implan mungkin kerana implan nie kosnya agak mahal sedikit.  LPPKN ada subsidi itu yang leh murah sikit tapi RM 420 lah gak....nak di jadikan citer hari yang saya pasang implnan tu adalah hari terakhir harga RM 350 tak silap (lupa dh 3 thn) Nurse tu bgtau kalu pasang esoknya dh kena bayar RM 400-420 camtu lah lebih kurang alhamdulillah rezki saya lah tu pasang implanon  sehari sebelum harga Implan naik....



Saya tkder masalah utk belah-membelah nie coz saya sudah 3 kali mengalami operation, 2 kali masa bersalin (caesarean) dan sekali masa operation sinus semuanya di PUSRAWI .  Kekawan di opis  sume ngeri jew bila saya suruh dorang rasa implan yg ada tertanam di lengan saya nie....mula-mula jer terasa..lama-lama ok tk ingat pun yg ada benda alah nie kat lengan.  Tapi implan peratus untuk tidak mengandung tinggi 99.9% takyah pikir nak makan ubat nk jaga IUD dan nk injection yang 3 bulan skali tu...3 . Implan cukup 3 tahun buka atau keluarkan balik. Pengalaman membuka implan tkder lagi tunggu!!!! bulan Julai nie.



Sekiranya anda nak tahu bagaimana Implnanon di pasang sakiskan video link di bawah....
zass...layan.....

 

Isnin, 25 April 2011

Seniman Bujang LAPOK !!!!!

Malam nie aku sedang melayan citer Seniman Bujang Lapok....citer nengok banyak kali pun aku stil gelak habis....memang lawak tak hingat....evergreen ever lasting gitu.....tapi banyak gak diolog2 yang tak sesuai didengar oleh anak-anak kita antaranya " NAK MAMPOS",  "BODOH:",  "BAHLOL" dan lain-lain....pandai-pandai lah kita terangkan kat anak bila anak-anak tanya...yer..cover line...


Nie sedikit sedutan dalam filem tersebut...saksikan....



BEN CARI BLOG BARU LAH

image


                        BEN CARI BLOG BARU LAH


Senarai 5 Blog Baru yang saya suka :


1. http://theycallmeburud.blogspot.com/
2. http://zaihasrul.blogspot.com/
3. http://mommaholicseries.blogspot.com/
4. http://wanitapenyeriakhirat.blogspot.com/
5. http://julietchun.blogspot.com/


Senarai 5 Blog Lama yang saya suka :


1. http://diarihatiku1976.blogspot.com/
2. http://yongnoina.blogspot.com/
3. http://honeykoyuki.blogspot.com/
4. http://inibelogsaya.blogspot.com/
5. http://www.benashaari.com/

Yusry dan Lisa......

Dalam akhbar KOSMO hari nie...sibuk bercerita soal cinta dianatara Yusry(KRU) dengan Lisa Surihani, pada pendapat saya ok jer....tak tahulah orang lain coz kedua-duanya masih bujang (Yusry:Duda) janji bujangkan....tapi bestnya jadi Lisa nie yerk...kena gosip bukan dengan calang-calng pelakon sumenya hensem-hensem belaka...al-maklum Lisa pun cantik orangnya.  Sepupu-sepupu saya pun ramai tergila-gilakan Lisa....walau dorang berangan...he..he....nie ada sedikit kata-kata Lisa diambil dalam petikan akhbar KOSMO...


"Secara jujur saya tidak melihat berkawan dengan Yusry merupakan satu kesalahan. Kami boleh borak macam-macam, daripada filem sehinggalah ke isu semasa.
"Dia lebih dahulu bekerja dalam bidang seni, jadi banyak soalan yang saya ajukan kepadanya, memang kami serasi. Saya selesa berkawan dengannya, bagi saya dia seorang yang bijak dan mempunyai misi serta visi dalam hidupnya," tuturnya.

Lisa dengan tenang menjawab, dia tidak kisah andai dipertemukan jodoh dengan duda dan lelaki yang lebih berusia kerana itu semua ketentuan Allah.
"Jodoh terletak di tangan Allah, kalau itu jodoh saya yang telah ditentukan, saya terima. Kalau bercakap tentang umur, saya tidak ada sebarang masalah kerana saya sudah biasa dikelilingi lelaki berusia.

"Abang-abang saya berusia 35 dan 36 tahun, kebanyakan sepupu dan kawan saya dalam lingkungan usia itu. Sebab itu saya rasa, saya boleh masuk dengan orang yang lebih berusia daripada saya. Tetapi untuk bercakap soal jodoh bagi saya masih terlalu awal," tuturnya.


Kalau ada jodoh tak ke mana kan....doakan yang terbaik buat mereka berdua....amin....

Makna kedutan atau denyutan pada bahagian tubuh badan kita......

Sekiranya anda ingin mengetahui makna yang pernah atau belum terjadi pada anggota tubuh anda sila baca seperti di bawah :-
1. Kedutan di ubun-ubun kepala : Akan mendapatkan kebahagiaan.
2. Kedutan pada bagian kepala sebelan kanan : Akan sakit.
3. Kedutan pada bagian kepala sebelah kiri : Akan mendapatkan kemuliaan.
4. Kedutan pada seluruh kepala : Akan melihat yang aneh-aneh atau ajal sudah dekat.
5. Kedutan pada dahi : Akan mendapat harta atau ilmu pengetahuan.
6. Kedutan pada tengkuk : Akan dicintai orang kaya.
7. Kedutan pada alis mata kanan : Akan berbahagia, tetapi terlebih dahulu mendapat kesusahan.

8. Kedutan pada kelopak mata kanan atas : Akan mendapat keuntungan.
9. Kedutan pada alis mata kiri : Akan bertemu dengan seseorang.
10. Keduatan pada kelopak mata kiri atas : Akan bertemu dengan kekasih/calon kekasih.

11. Kedutan pada kelopak mata kanan bawah : Akan bersedih.
12. Kedutan pada kelopak mata kiri bawah : Akan bersedih hati juga.
13. Keduatan pada ekor mata kanan sebelah atas : Akan sembuh dari sakit.
14. Kedutan pada ekor mata kiri sebelah atas : Akan bertemu keluarga jauh.
15. Kedutan pada ekor mata sebelah kanan bawah : Akan bertemu orang jauh.
16. Kedutan pada ekor mata sebelah kiri bawah : Akan sakit.

17. Kedutan pada biji mata kanan : Akan bersedih hati.
18. Kedutan pada biji mata kiri : Akan bersuka cita.
19. Kedutan pada sekujur hidung : Akan mencium kekasih.
20. Kedutan pada hidung sebelah kanan : Akan lepas dari penyakit.
21. Kedutan pada hidung sebelah kiri : Akan tercapai cita-cita.
22. Kedutan pada pelipis sebelah kanan : Akan mendapatkan kesukaran, kematian dan sebagainya.

23. Kedutan pada pelipis sebelah kiri : Akan mendapatkan ketenangan hati.
24. Kedutan pada telinga sebelah kanan : Akan mendapatkan khabar yang menyenangkan hati.
25. Kedutan pada telinga sebelah kiri : Akan kedatangan keluarga jauh.
Sekiranya berlaku pada diri anda mungkin kebetulan, ini hanya ramalan......
Aku mencari entry nie coz dh berapa hari dh mata kananku nie..bergerak-gerak dan berdenyut-denyut.......

Ahad, 24 April 2011

MENTOR 5 : Aksesori Iqa protege Edry....(Nampak seakan Salib)

Cuba anda lihat ...sama tak dengan apa yang saya lihat........


Aksesori atau subang yang Iqa pakai memang sekali nampak terus terpikir bentuk salib....betul tak.....
lagi gambar.....beliau..saksikan..

 dan lagi.....hehe..hehehe

ha..a pendapat korang.....memanglah Iqa tak berniat memakai subang berbentuk salib..tetapi dia patut alert dengan semua nie...dan lebih sensitif dalam memilih aksesori.  

Sesungguhnya niat saya bukan nak menyalahkan Iqa atau sesiapa...saya pun buat nie untuk mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain agar lebih sensitif dan berhati-hati dalam memilih aksesori seperti subang dan kerongsang.  Apa-apa pun persembahan Iqa malam nie memang memukau dan kreativ.


MAAF SEKIRANYA ADA YANG TERASA HATI ATAU TERSENTUH.....

AF 9 menjenguk dorang kat AEON AU2 Setiawangsa...

Alahai..sorry gambar yang disediakan malap..pudar...sume ada...coz...kamera rosak.....tapi ada sikit nie pun jadilah yerk.....actually nie 1st tme kot aku nengok dorang...sebenarnya excited nak amik gambar Pengetua dia jew...AMY SEARCH.......tapi gambar yg diambik hampeh....sabor jer lah yer....


lansung...tk nampak apa kan.....bayang2 pun jadi lah yer....beb...



Nie ha...kononnya nk amik gambar AMY Search...tapi...blur....


Putu Bambu World.....sedap.....

Fulamak leh dikatakan tiap minggu aku mesti nak kena ras Putu Bambu World nie...

Lokasi :.....Wangsa Melawati dekat ngan Taman Permata....Wangsa Maju....
Waktu Urusniaga :  Tak pasti beb sorry.....

ramai kot yang beli..sekali beli berpuluh hinggit pun adan tu yg aku nampak tah-tah sebelum nie beratus....aku baru jer mula rasa kuih nie...biasa beli kat pasar malam...rasanya biasa jer..dan warna dan rasa pun lain. tapi putu Bambu World nie...world..memang world....tadi adik yang jual nie suruh aku beli banyak sikit dia kata sok leh mkn lagi...aku cakap ah...dik takkan hari2  akak nak makan putu nie jer ada kang yang muntah putu nie kang ....he..he...sekali sekala...nikmat dan sedap rasanya..kalu selalu sangat...takut jadi muak dan jemu plak....so, sapa duk area yang sewaktu dengannya jgn lupa beli yer....ceh promote baik punya.....nie ada ku selitkan gambar PUTU BAMBU WOLRLD.....