Khamis, 30 Jun 2011

Jom Reka Dialog

Santai Bersama BEN ASHAARI 





 

Abang/En. Ben Sorry saya tak buat
 5 ayat tapi wat
5 perkatan
 amacam bleh tak..hehehehe..
boleh ah yer...plz.....

Adakah anda ada tanda-tanda penyakit ini ?

Nie ada sedikit info mengenai Sinus, aku sendiri menghadapi masalah sinus nie dan aku pernah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan sinus di Hospital, Pusrawi pada Februari 2010.  Doktor memberitahu  aku yang  perlunya pembedahan tersebut dilakukan kerana takut  ianya sudah menjadi barah,  sebab ada beberapa orang pesakit beliau  sudah terdapat sel-sel barah, huhu takut jadi aku turutilah nasihat doktor tersebut beliau juga merupakan pakar dalam ENT nie tak silap. Sebelum nie aku pernah 2 kali pembedahan caesarean kan tapi yang tu pembedahan dijalankan secara separuh sedar tapi yang pembedahan sinus nie tak sedar lansung ah...coz ia dilakukan di bahagian muka iaitu di sekeliling hidung..tapi takder lah belah bahagian hidung nie , kalu tak habis ah berparut muka aku..huhuhu dia masuk tiub rasanya coz lepas aku sedarkan diri apabila selesai jer pembedahan  aku rasa rongga hidung aku nie sakit lepas tu doktor nasihatkan aku jagar tidak menghembus hidung terlalu kuat coz nanti keluar darah....Doktor juga tunjuk kepada aku apa yang ada di bahagian hidung aku yang telah dikeluarkan melalui pembedahan tersebut..ternyata..eeee...geli kot tak yah aku tunjuk yer. 

Selepas aku menjalani pembedahan tersebut memang ada selsema sikit, aku pun buang lah hingus yang ada tak selesa kan tak bernafas...ooooo banyak oo darah keluar takut aku...kekadang tu berketul-ketul darah tu keluar nie kesan dari pembedahan tersebut barangkali.  Selepas beberapa bulan daripada pembedahan sinus aku dah takder masalah bersin yang melampau pada waktu pagi dan hampir setahun aku tak mengalami masalah selsema..kira mujarab ah...tapi tak pantang makan..asyik pantang jumpa jer...nie ada balik dah maslah sinus aku nie..huhuhu.mei kita baca info mengenai sinus..jom kita layan.....



Apakah Sinus?Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman
bakteria akan membiak dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Boleh Membawa Maut

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Penyakit resdung sememangnya tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal
telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa Yang Berisiko?

Mereka yang :

* Alah kepada habuk, debu dan asap
* Elergi kepada makanan laut, pisang dll
* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
* Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Komplikasi

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada
kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi
buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa


Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam
otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
-
Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Dada
-
Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
-
Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Peringkat Rawatan

* Peringkat 1 : Memakan ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasa
* Peringkat 2 : Meletakkan ubat pada bahagian dalam badan oleh pakar
* Peringkat 3 : Pembedahan pada bahagian-bahagian berkenaan oleh pakar

Rabu, 29 Jun 2011

Wordless Wednesday #4

Wah!!!...lepas nie Facebook, Twitter dan sewaktu dengannya ada saingan baru....

Google perkenalkan laman sosial terbaru saingi Facebook


WASHINGTON: Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+.

"Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya," kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan.

Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam "bulatan" berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan.

Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. - AFP

Wordless Wednesday #3


Selasa, 28 Jun 2011

Pengajaran dan Peringatan Mengenai Israk dan Mikraj

  Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
     
 Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

*Pengajaran

- disyariatkan membawa kepada kebahagiaan akhirat.

- Keimanan terhadap perkara gahib merupakan asas aqidah Islam.


- Keimanan bahawa Allah S.W.T benar-benar bersemayam di atas Arasyh di atas langit   ketujuh.


- Pentingnya solat lima waktu dan mulianya kedudukannya kerana Nabi S.A.W mengambilnya langsung dari Allah S.W.T.


- Mulianya kedudukan Nabi S.A.W dan umat baginda berbanding umat terdahulu.


- Baitul Muqaddas adalah hak milik Umat Islam, bukan milik bangsa Arab, Yahudi, dan lain-lain bangsa.


- Dosa mengumpat dan tidak beramal dengan apa yang dikatakan termasuk dosa besar.
- Amalan berzikir

- Berbekam adalah sunnah.




*Peringatan

Allah mendudukkan Nabi S.A.W di atas Arasyh.Terdapat cerita-cerita dalam Isra' dan Mikraj ini berdasar sumber yang tidak sahih yang perlu dijauhi kerana Isra' dan Mikraj termasuk perkara Usuluddin (Asas Agama) dan mereka yang mengingkarinya menjadi kufur. Wajib perkara aqidah itu disandar pada hadis-hadis yang sahih sahaja. Antara cerita dogeng yang sering didengari adalah:


-Kepercayaan bahawa batu besar di bawah Kubah (Dome of The Rock) memiliki keistimewaan sama ada dikatakan Nabi S.A.W menambat Buraq di situ atau batu itu hendak mengikut baginda Mikraj kedua-duanya adalah dogeng dan karut demikian juga Nabi memulakan mikraj dari batu itu adalah dusta.


-Pendapat yang mengatakan pada malam Isra' itu baginda tidur di rumah sepupu baginda Ummu Hani' adalah dogeng yang boleh mencemarkan imej Rasulullah S.A.W
-Rasulullah S.A.W diajarkan azan pada malam mikraj


-Apabila sampai di Sidratul Muntaha dan baginda hendak berjumpa Allah tiba-tiba keluar dari sebalik hijab (iaitulah cahaya yang mendinding antara Allah dan makhluk-Nya) seorang malaikat yang Jibril sendiri tidak pernah kenal. Ini adalah dusta.


-Nabi melihat di tiang arasyh yang kanan tertulis: "Muhammad Rasulullah, Aku kuatkannya dengan Ali dan Aku bantunya dengan Ali" ini adalah khurafat Syiah.


-Nabi Melihat di Arsyh ada tertulis: "Muhammad Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Faruq, Usman Zun Nurain dibunuh secara zalim". Ini adalah khurafat.


-Nabi melihat Malaikat Maut dan Jibril menyatakan namanya Izrail dan Izrail memberitakan kehebatan Ali. Ini adalah dusta. Tidak tsabit Izrail adalah nama Malaikat Maut.


-Nabi S.A.W menanti Allah Taala kerana Allah sedang bersolat, ini dusta yang dahsyat.
-Nabi S.A.W melihat adanya di bawah Arasyh ayam jantan dan Naga.
-Nabi S.A.W melihat umur dunia dalam rupa wanita tua


-Nabi S.A.W bertemu qafilah kehilangan unta dan meminum air sebuah qafilah.


-Nabi S.A.W terdengar panggilan Iblis di perjalanan Isra' dan Mikraj.
-Nabi S.A.W berhenti di beberapa tempat dalam perjalanan menuju ke Baitul Muqaddas dan bersolat di situ seperti di Beit al-Lahm.

Seni Memuji Isteri

Hai..hai...hai...

Wah !!!  bukan hanya seni silat jer yang berseni. malah nak memuji isteri pun kena ada seni tau.  Alhamdulillah suami-suami zaman sekarang semuanya pandai ambil hati isteri rasanya...dah berseni-seni  dah si suami buat untuk menarik perhatian kita si isteri.. Suami zaman sekarang dengan dulu saya rasa dah banyak beza kot...(ini pandangan saya lah) kalau dulu si suami banyak duduk di sofa, membaca surat khabar...dan hanya menjadi pengarah semata-mata dirumah...tau nak mengarah jer...Tipah buat ini..Tipah buat itu....kih..kih...zaman sekarang nie...cara memanggil  pun dah ok sket...Sayang...Baby....tolong bleh...sedap sikit hati mendengarnya kan.  Malah ada sesetengah suami zaman sekarang...lebih banyak buat kerja rumah dari si isteri..wah..bagus..bagus...sama-sama bekerja cari rezeki untuk keluarga jadi sama-samalah buat kerja rumah kan...suami penat..si isteri pun penat...jadi kena ada sifat tolak ansur di antara suami isteri..ceh macam lah aku nie motivator.  Dengan ini saya ada perkara yang hendak dikongsi bersama..jom kita layan....zassss.

Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.
Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri
rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

sumber Mingguan Wanita

Isnin, 27 Jun 2011

Permohonan Pertukaran AKU PUNYA....

Salam...


Tiba nya aku di Jabatan Penerangan di pagi Isnin yang cuaca dan keadaannya suam-suam kuku....aku terus menaip surat Permohonanan Pertukaran AKU.  Aku mohon pertukaran bukan sebab ada masalah ngan bos ker kekawan ker tapi sebab opis aku nie akan berpindah ke Putrajaya dalam bulan September ini  huhuhu sedih kot kalu tak takder maknanya aku nak tukar Jabatan lain aku dah selesa dan aman bahagia di sini ..eh ceh..ceh..ceh....bos-bos pun baik-baik belaka...

Aku mula berkhidmat dengan kerajaan mulai tahun 2001 setelah aku habis belajar setakat Diploma alhamdulillah aku terus bekerja di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Jalan Ampang walaupun hanya sebagai kakitangan sambilan, pada tahun 2004 aku bekerja sebagai kakitangan tetap melalui temuduga yang aku hadiri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan  aku ditempatkan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan pada Ogos 2004, aku nie gunasama di bawah  Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) aku boleh ke mana sahaja Jabatan atau Kementerian di seluruh Malaysia dengan syarat ada kekosongan leh kan baru leh bertukar....Lebih kurang 6 tahun aku berkhidmat di KEMAS Wilayah aku memohon untuk bertukar ke Jabatan lain dengan alasan ingin menimba pengalaman kerja di Jabatan lain pula...

Alhamdulillah permohonan aku diperkenankan dan aku mula berkhidmat di Jabatan Penerangan ini mulai  pada 16 April 2010 maknanya sudah setahun lebih aku berada di sini. ....nak di jadikan cerita sampai jer aku di sini untuk melapor diri, bos kat sini bagitau aku yang Jabatan ini akan berpindah ke Putrajaya...aduh.....nampak gayanya aku akan bertukar lagi ah nie...aku tak nak ke Putrajaya sebab sekarang nie aku dah duduk rumah sendiri di Ukay Perdana, suami aku pula bekerja di PERKESO Rawang...aku plak trauma memandu....tak berbaloi rasanya aku bertukar ke Putrajaya dengan anak dah sekolah...sekiranya tiada pilihan aku takder masalah untuk pergi ke Putrajaya..tapi aku ada pilihan aku boleh ke mana-mana Jabatan Kerajaan..hehehe dan wat per lah anak-anak dan suami yg nak berpindah atau bertukar ...banyak kerja tu...lebih baik ah aku yang sorang jer nie mohon bertukar tak gitu...jika suami aku yg kena berpindah jauh lain ah citer aku ikut..punya....hehehehe.

Wah....bos kat sini pun dah sokong permohonan aku...bestnya..Tq v much En, Baha...coz dengar citer yang mana anak dara En. Baha hold dulu....yang dah berkeluarga...dia sokong...alhamdulillah...tapi sekarang nie yang bermain di pikiran aku...aku dapat Jabatan apa lah aku dapat plak lepas nie  ..apa lah tugas dan kerja aku mendatang.. .sekarang nie aku wat HRMIS dan dolu di KEMAS aku wat service kakitangan kontrak...emmm.. takper masuk kandang rimau mengaum..masuk kandang kambing mengembek...pokok pangkalnya diri kita kan..kalu pandai bawa diri ke mana sahaja kita dicampak pasti boleh punya....

Doakan yang terbaik untuk saya yer.....amin.....moga proses permohonan pertukaran saya ini dipermudahkan....InsyaAllah.

Ahad, 26 Jun 2011

Kolam Renang Terbaik.......

Hotel Elan, Dallas



Palms Hotel, Las Vegas

Burj Al Arab, Dubai
Begawan Giri Pool
Blue Lagoon Pool
Golden Nugget Hotel, Las Vegas

Sal Alfonso del Mar
Hotel Caruso
Hayman Pool
Park Hyatt Pool

Sabtu, 25 Jun 2011

Keputusan dan Saksikan Video Maharaja Lawak Akhir 2011

Juara
SEPAH










Naib Juara
JOZAN








Tempat Ketiga
NABIL








Tempat Keempat
Jambu




Jumaat, 24 Jun 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK


Santai Bersama BEN ASHAARI

waduh..waduh..waduh!!!!....antara masa yang paling sesuai untuk aku
meng update blog atau berblog nie..time dah siap sume kerja rumah barulah aku wat segala mala pasal blog nie....siapkan makan minum..pakaian..mengemas, membasuh segala hal rumah lah ...baru aku rasa selesa nak mengadap blog nie...kalau tidak banyak lah iklan akan menganggu aku nanti..terutama nya si dua orang anak dara aku tu...
Selain dari itu aku akan bangun awal pagi dan akan terus ngadap laptop aku ..masa nie si suami dah tidur balik dan si anak-anak masih tidur..
Waktu malam pula aku akan berblog waktu tengah malam coz masa tu gak dorang dah membuta hehehe suami aku tkder hal punya dia pun berblog gaks...alah yang http://zaihasrul.blogspot.com/ tu suami tercinta hamba lah...
ataupun kalu anak-anak tak tidur lagi aku pun pasang ah cerita kegemaran diorang..senyap ah dorang tu nanti....kalu tak pun aku bagi diorang kerja..melukis ker...kusyuk ah anak-anak kalu bab-bab melukis nie..aku pun berbahagia lah nak berblog hehehehe.

Opis..hohohoho kat opis no hal punya..coz aku dok sorang jer kat pelosok nie...partition plak tinggi..(alamak kantoi lah plak.alah boss sementara HRMIS duk loading jer..amik kesempatan ah sket yer ) cuma nak memerah otak jer yang payah...tiap hari aku kena pikir ..apa lah entry aku nak wat hari nie.....amacam nie cara aku...cara korang macam na plak...

 Adios...Cau Cin Cau....

Orang melayu gila no plat kereta cantik...

 Teruja aku membaca topik nie,  mana taknya ramai orang melayu kita sanggup habiskan duit sekadar untuk membeli nombor plat yang mereka idamkan.  Kekadang tu harga plat lagi mahal kot dr harga kereta ( kereta aku lah) bukan kereta orang tu hehehe kalu dah sanggup beli plat mahal mesti beli kereta mahal pun sanggup kan..tak gitu Dek Non...hehe tak yah cakap orang aku sendiri pun beli no plat..tapi bukan nombor yang mahal ah...yang murah2 jer..kereta Perodua Myvi aku WNA 781 dan Proton Exora plak WSM 781 nak tau kenapa 781 suami aku lahir tahun 1978 dan aku plak lahir tahun 1981 maka aku dan suami ambil keputusan dengan memilih nombor plat 781 di belakangnya.  
 
Sembilan daripada 10 tender KDY 8, KDY 88, KDY 888, KDY 8888

ALOR SETAR: Minat orang Melayu di negeri ini menggunakan nombor plat kenderaan yang menarik dan istimewa meningkat dengan ketara apabila jumlah mereka yang menyertai tender terbuka untuk mendapatkan nombor itu semakin ramai.

Ini menunjukkan golongan itu kini sanggup menghabiskan sehingga berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan nombor plat kenderaan menarik, yang selama ini kebanyakannya lebih diminati bangsa Cina.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman (kanan), berkata kajian pihaknya mendapati dalam kes nombor tertentu, sembilan daripada 10 yang menyertai tender adalah Melayu dan mereka sanggup membayar harga tinggi untuk mendapat nombor plat digemari. 
Sebagai contoh, katanya, bagi nombor plat siri KDY 8, KDY 88, KDY 888 dan KDY 8888, sembilan daripada 10 pembida setiap nombor berkenaan adalah orang Melayu.

“Selain individu, pembida berkenaan adalah syarikat milik orang Melayu yang mana ia menunjukkan aliran golongan itu semakin meminati nombor plat menarik dan istimewa yang mana selama ini lebih diminati kaum bukan Melayu," katanya di sini.

Beliau berkata, selain nombor 8 yang biasanya diminati kaum Cina kerana kepercayaan mereka bahawa nombor itu membawa tuah atau `ong', nombor lain yang diminati Melayu yang memiliki kereta mewah ialah nombor 1 hingga 10.

JPJ mengkategorikan nombor plat kenderaan 1 hingga 10 sebagai nombor bernilai utama yang mana harga tendernya bermula dengan minimum RM10,000, manakala nombor menarik minimum RM2,000 dan nombor popular RM300.
Mengikut rekod JPJ, antara kutipan tertinggi bagi nombor bernilai utama ialah KCT 1 bernilai RM66,500, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000) yang mana pemenang bidaan beberapa nombor berkenaan terdiri daripada individu atau syarikat Melayu.

Difahamkan, selain terikut-ikut dengan minat masyarakat Cina yang memilih sesuatu nombor kerana percaya ia membawa tuah, minat orang Melayu terhadap nombor menarik dan bernilai tinggi itu dipercayai ada kaitan dengan taraf ekonomi mereka yang semakin baik sehingga mampu memiliki kereta mewah.

Ahmad Musadad berkata, aliran terbaru itu membawa faedah kepada JPJ dan kerajaan khususnya, kerana secara tidak langsung kutipan hasil juga meningkat yang mana ia dapat disalurkan untuk faedah rakyat bagi tujuan pembangunan infrastruktur.

Difahamkan, tahun lalu JPJ seluruh negara mengutip hasil RM2.9 bilion daripada pendaftaran nombor plat kenderaan dan bagi Kedah pula untuk siri KCX saja kutipannya ialah RM485, 534.
sumber dari b.harian.com .my


Gambar No plat kereta cantik.....

Dynas

 
Babi
 
 Jejai ( ex- hubby Nora Danish )

 
Maria
 
 Tahi