Isnin, 14 November 2011

Hutang Negara-Negara Kaya

PERDANA MENTERI Itali, Silvio Berlusconi merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia berjaya menepis beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.
Malah, jutawan media berusia 75 tahun itu boleh berbangga kerana mampu memerintah Itali selama 17 tahun.
Namun, pemilik kelab bola sepak AC Milan itu akhirnya terpaksa akur dengan tekanan ekonomi yang memaksanya berundur.
Sebenarnya, Itali merupakan antara gergasi ekonomi dunia. Siapa yang tidak mengenali jenama kereta mewah Ferrari, Maserati, Lamborghini dan Pagani.
Ia juga merupakan pengeluar motosikal berkuasa tinggi Aprilia, Ducati dan Piaggio. Deruman enjin kenderaan mewah itu sahaja sudah membuatkan ramai orang terpukau, belum lagi memilikinya.
Tetapi kini Itali sedang sakit. Hutang hutang luar negara itu mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trillion).
Ini membuatkan Kesatuan Eropah (EU) menuntut reformasi ekonomi bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.
Berlusconi sendiri mengesahkan dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan setelah kehilangan majoriti di Parlimen ekoran anggota partinya belot.
Greece

Itali adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Republik Cyprus ke Malaysia, Nafsika Krousti, situasi di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis hutang yang teruk.
“Greece mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus, kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negatif,” katanya mengenai negara jirannya itu.
Keadaan itu memaksa Perdana Menteri Greece, George Papandreou meletak jawatan berikutan kemelut ekonomi negaranya yang tiada kesudahan.
Sebelum ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.
Hakikatnya, negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.
Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).
Beban hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.
Perkara tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya sistem kesihatan mereka.
Masalah hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika yang melibatkan 42 buah negara.
Menurut Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World, setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30 juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan Aids.


Pasca Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.
Malangnya, kegagalan untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.
Pakar ekonomi, Profesor Eswar Prasad dari Universiti Cornell, AS berkata negara kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu pertumbuhan ekonomi global.
Menurut beliau, negara kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.
Jepun
Dengan beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan sesebuah negara. Ia turut menjadi ancaman kepada ekonomi global, ujar Prasad.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.
Hakikatnya kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak beberapa tahun yang lalu.
Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, berkata kemerosotan ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.
Kerajaan Greece, kata beliau, tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk rakyatnya.
“Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.


“Tidak hairanlah jika negara yang muflis dan dibelenggu hutang ini menjadi huru-hara kerana rakyat tidak menerima manfaatnya.
Beliau bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.
“Tetapi kita perlu bersedia kerana ia juga mampu memberi kesan kepada negara Eropah lain.
“Apabila negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya,” katanya.

Jumaat, 11 November 2011

Ramai Bebenor Teruja ngan 11.11.11

Aku biasa-biasa jer ngan tarikh nie tander apa yang nak diterujakan..famili aku pun takder yang lahir bulan November atau tarikh-tarikh yang keramat untuk November nie takder..tapi dalam fb hari nie ramai bebenor kengkawan fb wat status 11.11.11 maby ada citer atau sejarah yang bakal berlaku dengan diorang kot...yang aku tau pelakon/model terkenal Aishwariya Rai pun pilih tarikh nie untuk melahirkan anak beliau..nie confirm guna kaedah caesarean nie coz bleh pilih tarikh nak bersalin.



Hai tak kurang juga dengan Hospital Prince Court alah antara Hospital Swasta yang termahal tu..lebih kurang 13 org kot request untuk melahirkan anak pada tarikh 11.11.11 nie. Tak lupa juga pada pengantin baru..ramai yang memilih untuk menikah hari nie..almaklum  tarikh cantik dan kebetulan jatuh pada hari Jumaat plak tu, Selamat Pengantin Baru lah yer wat kekawan aku yang bakal menikah lepas Jumaat nie.  Tahun depan plak mesti ramai pilih 12.12.12 hai macam-macam..takper janji korang bahagia yer..amin.

Khamis, 10 November 2011

Everything ok...

Hai..hr ni aku wat tajuk ala-ala London gitu..alhamdulillah hari nie gi chek up kat Pusrawi ok tekanan darah ok kencing manis pun takder..tak tau lah 2 hr lepas kenapa cek kat Klinik tu gula aku tinggi plak..7.6 bacaannya..hagaknya pagi tu aku pi minum air Lai Chi Kang kot..hari nie nk pi check kat Pusrawi aku siap control pemakanan aku dari semalam, hai malasnya esok nak ngadapa naik bas pi kerja ke Putrajaya...coz minggu nie aku dok mc memanjang kan.  
Hari nie gak si Daniya aku dah belajar tak pakai diapers@pampers badan jer besar..tapi pelat bercakap tu yang lambat bg buka diapers ermmm cuma nak tidur tadi aku pakai gak fuh takut aku kang dia terkencing kat sofa baru opah dia heheeee


bersama famili tercinta....

Nadyne anak aku yang sulung plak alhamdulillah dia masih kekal di kelas pertama tahun hadapan semuanya ada peningkatan dari segi peratus dan kedudukan keseluruhan pelajar..berkat aku paksa dia wat ulangkaji sebelum periksa.  Aku tau dia banyak confius sikit dengan Matematik jadi mlm sebelum Peperiksaan tu aku bagi soalan yg aku dan suami reka sendiri, subjek nie aku leh tolong ah ..tapi subjek Bahasa Cina tak dapek den nak nolong..Abi nya ada lah belajar masa kat UiTM dolu.tapi mana nak ingat coz tak di praktikkan.  Zaman sekarang nie mendidik anak adalah satu cabaran yang amat besar..bukan akademik sahaja malah mendidik dia supaya menjadi 'MANUSIA'  coz zaman sekarang nie ramai manusia dah jadi haiwan. Ish Nauzubillahi minzalik...minta simpang lah semua nie berlaku dalam famili aku.  

Rabu, 9 November 2011

Demam Raya Haji

Hari nie baru berkesempatan meng update blog..bz ngan Raya Haji, bz ngan anak-beranak tak sihat..si Daniya tembam aku..demam panas pastu kena lelah..sian sangat nengok dia batuk berterusan.  Suami ngan sume-sume ah batuk..selsema...fuh rimas betul.
Aku plak gi ah check up untuk ibu-ibu mengandung kan di Klinik biasa..doktor kata aku nie antara ibu mengandung yang berisiko tinggi..coz aku masa mengandung ada darah tinggi, asma dan ada masalah tulang..tu yang dua-dua anak aku kuar ikut tingkap..dan sah lah kali nie confirm kuar ikut tingkap..silap hari bulan doktor nasihatkan ikat terus tak yah pikir nak pakai perancang keluarga...huhuhuhu nampaknya kouta anak aku cuma 3 ah nampak gayanya.  Sekarang nie aku dah ada dua orang puteri kalu di beri rezeki Allah aku nak jugak lelaki..tetapi kalu dah tertulis perempuan gak aku redha.
Hati nie agak resah gak..coz masa aku mengandung sebelum2 nie aku takder masalah kencing manis..tup.tup kali nie ada plak..nak kata selera makan aku melampau aku takder selera pun sebenarnanya..sampaikan tak pernahlah aku mengandung turun berat badan kali nie turun mana taknya asal masuk jer keluar balik..aduh kali nie dugaan betul.  Aku tak pernah rasa camnie coz yang dua2 sebelum nie aku relaks jer. Ha nampaknya aku akan keluar masuk Pusrawi lah jawabnya pasnie..nie yang trauma aku bila memikirkan keluar masuk wad nie.  Mood aku kureng sejak dua menjak nie tu yg tenggelam timbul jer update blog aku nie..harap maklum lah yer..hehehehe.nie aku kat rumah ah nie dapat mc..sok plak gi Pusrawi tah.tah..minggu nie minggu mc aku erm...