Ini adalah gambaran untuk diri aku wat masa sekarang....
Rabu, 16 Januari 2013
Isnin, 14 Januari 2013
Kenali 9 jenis syaitan
Kenali 9 jenis syaitan
Menurut Umar Al Khattab r.a, ada 9 jenis anak syaitan:
1. Zalitun
Syaitan ini duduk di pasar dan kedai supaya manusia hilang sifat jimat ceramat. Dia juga menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Syaitan ini akan pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
3. A'awan
Syaitan jenis ini menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Syaitan ini berkawan baik dengan kaki botol. Dia suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Syaitan jenis ini berperanan merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor.
6. Masuud
Syaitan ini duduk pada bibir-bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula daripada kata-kata.
7. Daasim
Syaitan ini duduk di pintu rumah kita. Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke dalam rumah walaupun tiada orang di dalamnya. Hal ini kerana jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga, suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan lalu menuntut cerai, anak-anak didera dan bermacam-macam lagi perkara buruk berlaku dalam rumah tangga.
8. Walahaan
Syaitan jenis ini menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yang lain.
9. Lakhuus
Syaitan yang satu ini merupakan sahabat orangg Majusi yang menyembah api / matahari.
Labels:
Kenali 9 jenis syaitan
Khamis, 10 Januari 2013
Pembuka Tirai Aktiviti PERKESA Tahun 2013
Pada 08 Jan 2013/Selasa baru-baru ini selepas waktu kerja....ceh skema lah plak...Pertubuhan Kebajikan dan Sukan BADSA (PERKERSA) telah mengadakan aktiviti memanjat bukit...bukit mana?.....bukit yang berdekatan ngan opis kitaorang ni ler...sebenarnya bukit tu ...menghala ke pencawang TM. Hai buat pembaca lain jangan ingat penjawat awam kat Kementerian Pertahanan semua kena wat mcm nie tau....kang ramai plak penjawat awam yang lain tk mo masuk ..nie hanya aktiviti Pertubuhan jer...
Adussshhhh aku nie dahlah manusia yang tak buat aktiviti riadah camtu....berjoging apetah lagi..dah lama sangat tak buat since ada baby nie..
Tup tup plak kena naik bukit...mencanak gak bukitnya sampai sakit ler segala peha. ..betis...pinggang dan lain-lain..huuuu.
Kesilapan besar lagi tak wat memanaskan badan dulu..gi-gi terus panjat bukit jer....perghhhhh nak naik tangga rumah pun seksa dibuatnya. Si suami kata..ok Yang bila-bila kita gi berdua plak...kalu leh wat tiap-tiap minggu....hai makin kurus takper..takut bila balik penat aku balun baikkkkkk punyer....heeee.
Nie adalah sedikit gambar diambil semasa aktiviti panjat bukit tersebut....(kekawan yang lain sekiranya ada nak masukkkan gambar korang silalah bagi saya yer..nanti saya tambahkan...)
sebagai permulaan aktiviti memanjat bukit...SUB BADSA
memberi sedikit taklimat kepada pendaki-pendaki..heee pendaki lah...sangat..
kusyukkkk semuanya mendengar taklimat daripada SUB
Ok...semua dah ready lah nie...nie kumpulan pertama yang gi tuk panjat bukit...

sebelum panjat bukit bergambor ler dolu...kan..
sebelum panjat bukit bergambor ler dolu...kan..
ha....2 orang kat depan nie...masa memanjat bukit tu...dorang kena kejar nagn anjing hitam katanya...2 orang lagi kat belakang tu..mak yong de dek..
dan yang belakang sekali tu baru lepas patah kaki daaaa...erm yang kena kejar anjing tu iyer lah sangat...anjing hitam ker...makhluk berkulit hitam haaaaa..semua yang amik gambar nie semua kata sebagai bukti join aktiviti katanya...
permulaan...semangat ler semua....go BADSA go..
ha...tara...nie group terakhir yang berajaya sampai ke pencawang TM ..termasuk lah aku yang serba hitam tu....walaupun aku ada masalah Asma..tapi aku cuba kawal pernafasan ...akhirnya aku BERJAYA...alhamdulillah...semoga aku menjadi peransang untuk yang lain..heee ayat poyo...
ha..nak tau apesal lain macam jer aksinya tu...sebenarnya yang ambil gambar nie
Kol Shuairi..dia suh kitaorang melompat..pastu dia amik ah gambar...tapi dah selesai melompat baru amik...tu yang gaya lain macam jer tu..heeee
ha....nie muka-muka kumpulan pertama yang sampai ke puncak tu...
bukti sampai? tu pencawang kat belakang tu...
nie Boss besar kami...heee:)
alahai ..nie muka-muka keletihan...sabor yer..minuman dan makan disediakan di bawah sinun nanti....
gambar pemandangan yang diambil dari atas bukit ....
So...wat boss-bos atau staf-staf BADSA yang nak selitkan lagi gambar-gambar dalam simpanan anda...boleh lah emailkan atau bagi terus ke tangan saya...bye....
Isnin, 7 Januari 2013
Buffet Lunch Istana Bambu
Al-kisah....minggu lepas aku ngan kengkawan tkder kerja gi makan kat Istana Bambu coz dengar citer dia ada wat offer...buffet RM9.90 nett seorang...leh ler kan. Kitaorang pun gi lah try...banyak ah gak menu nya...antaranya Asam Pedas, Ikan Bakar, Masak Lemak Cili Api dan lain-lain. Ikan bakar dia leh tahan sedap gak ah. Suasana tempat makan pun hagak menarik..ala-ala..kampung...
Ok nie antara offer-offer yang hagak..menarik ler
nie plak gambar pemandangan / keadaan di Istana Bambu ......
| sempat plak posing..hee |
ada amik gambar dengan geng yang gi makan nie...tapi...masa tu battery low bangat...jadi..gambat tu tk jadi huuuu jangan marah yer kengkawan....sorry...
Labels:
Lunch Hour Buffet Istana Bambu
Langgan:
Catatan (Atom)
