Selasa, 24 Mei 2011

Goreng jangan tak goreng.......SUNGHA JUNG

Masa zaman kanak-kanak......





Zaman kegemilangan....dah remaja ah masa nie


BEST MEMANG BEST

10 Cara Menangani Stress




1.     Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..
2.     Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
3.     Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
4.     Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
5.     Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah  pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
6.     Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
7.     Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
8.     Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti  tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
9.     Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..
10.  Ceria. Janganlah bebankan  fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..

Sabtu, 21 Mei 2011

Minggu Memanjakan Diri....wow!!!!

JUMAAT





Aku pergi potong rambut...aku nie tak bleh rambut panjang coz rambut aku tebal bila dah tebal jer mula ah migrain menyerang....fuh sait bangat kot jadi keputusan yang aku buat..apa lagi potong asi pendek ah....zasss.......terus mcm tomboy....lega rasa nya kepala nie terus ringan




SABTU





K.  pagi Sabtu aku ada appoinment wat facial....kat tempat member aku..best bangat...relaks sampai sempat ngorok ah aku...hehehehe kantoi...aku gi ngan adikku Leya...dia first time gi wat facial kot....lain bebenor facial dolu ngan sekarang...dolu semua manual sekarang siap ada alat ngurut muka lagi.....akan datang tah..tah robot yang buat kan facial...hehehehe tempat nie guna produk Dr Azimuth...


http://drazimuthbioherbal.ning.com/profiles/blogs/facial-vitamin-c-promosi


AHAD





Sesi mengurut plak....aku nie banyak angin..angin satu badan....tapi bukan moody tau.....coz kekadang sakit kepala kekadang sakit perut...dan lain-lain lagi. Dah lama pun aku tak mengurut hampir 4 tahun...aku bersalin tak mengurut coz aku bersalin melalui pembedahan....jadi tak leh nk ngurut perut semua....sakit-sakit dan sengal habis badan-badan aku nie....emmmm sedapnya badan nie setelah diurut-urut.......lega rasanya..harap-harap angin aku nie dah kuar ah semuanya....angin kot bawah atas...ish... tak sesuai....


Nota :...Maaf tidak dibenarkan menayang gambar sebenar coz nampak urat....aurat.....:) BUKAN UNTUK TAYANGAN UMUM 

Mother's Day - Hadiah dari anakanda tercinta...so sweet









Terima kasih anakku :)  Love U so Much.....kreatif sangat kreatif....siap bagi bunga lagi beli katna lah anakku nie...dia kata kat sekolah ada jual..wa.wa....wa....wa...pandai plak dia membeli yer UMMI cayang anak-anak Ummi ummmwaahhh !!!!!!  TQ V MUCH