Selasa, 31 Januari 2012

Bye..bye...Jabatan Penerangan Malaysia

Syukur alhamdulillah akhirnya surat pertukaran aku telah diterima pada 25 Januari 2012 yang lepas..jam 10.30 pagi aku terima panggilan dari JPA menyuruh aku mengambil Surat Pertukaran dengan kadar segera....selamat ler kebetulan aku memang bertugas di Putrajaya..jadi aku pun cari ler kekawan yang membawa kereta..untuk membawa aku ke JPA.  Ramai escort aku ..4 orang...aku yang nak ambil surat orang lain yang berdebar. 

Tibanya aku di sana..aku terus membuka surat pertukaran berkenaan...ceh...patut ah suh ambil surat tu cepat rupanya tarikh atau hari tu juga aku kena gi lapor diri ke Kementerian Pertahanan, Padang Tembak..kat area Keramat..hai..memang dekat ler ngan umah, kiranya pasnie aku tak tempoh Bandaraya KL ler.  Apa lagi suami tercinta ler jadi mangsa kena mangambil aku dari Putrajaya ke KL.  Aku sempat ler membuat surat penangguhan selama seminggu, maka hari nie adalah hari terkakhir aku di Jabatan Penerangan nie, kerana pada 02 Februari 2012 aku akan memulakan tugas di tempat yang baru.  Takder gatal aku nak minta tukar kalu Jabatan nie berada di KL..tapi di Putrajaya...sukar bagi aku untuk ulang aling KL ke Putrajaya.

Terima Kasih buat semua warga PSM Jabatan Penerangan, minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa...tingkah laku saya yang kurang menyenangkan..minta halalkan makan minum saya selama hampir 2 tahun saya berada di sini.  Buat cc Jay, Midah, Pn. Ina, Mun serta bos Cik Linda dan Pn. Emmy tq bebanyak yer..kerana telah menerima saya dalam unit HRMIS...u all semua memang the best..sporting.  Buat kekawan yang lain..kekawan makan tengahari dan pagi...sayang korang gak...dan buat warga Japen yang mengenali diriku ini...saya minta maaf yer..sekiranya masa saya mengajar buat HRMIS ada terasa hati atau saya terkasar..maaf yer...bye.....

Besor hadiah mcm tuan yang menerima..heee


Mak Yong kena berucap...tapi ada gak minta one song pls...
fuh hagak-hagak...semput mak..

Isnin, 30 Januari 2012

RAHSIA PENGELUPASAN KULIT WAJAH

RAHSIA PENGELUPASAN KULIT WAJAH



Adakah anda runsing dengan masalah kekeringan kulit, pertumbuhan jerawat dan penuaan pada kulit? Kehidupan yang penuh dengan tekanan menambah beratkan masalah kulit. Masalah ini menjadikan kita kelihatan lebih tua daripada umur sebenar. Sebenarnya, pengelupasan kulit (peeling) merupakan satu cara yang dapat menyelesaikan masalah ini. Rawatan pengelupasan kulit dapat meningkatkan keberkesanan penjagaan kulit dan memulihkan kulit kita menjadi sihat berseri.

Pentingnya pengelupasan kulit wajah
Pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.

Antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.

Kesan & Akibat
Sekiranya pengelupasan dibuat mengikut cara yang betul (teknik, bahan & kekerapan), sudah pasti kesan buruk dapat dielakkan. Antara kesan sampingan atau komplikasi yang boleh berlaku termasuk:

- Keradangan kulit (merah & pedih) untuk 1-2 hari selepas prosedur.
- Kulit menggelupas atau berkuping.
- Parut (utk pengelupasan jenis dalam)
- Hypo/ hyperpigmentasi ( untuk mereka yang mempunyai ton kulit gelap)

Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut nasihat dan tip penjagaan yang diberi oleh pakar atau doktor agar sebarang komplikasi dapat dielakkan. Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal, namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit akan tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan hanya dibuat setiap 20-30 hari.

Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.

Kebaikan lain:
  • Kurangkan jerawat/parut jerawat
  • Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
  • Kurangkan kedutan/garis halus
  • Kurangkan kesan parut luka/ bedah
  • Seimbangkan ton warna kulit
  • Kecilkan liang pori-pori
  • Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
  • Mengawal ‘stretch marks’
Kebaikan pengelupasan kulit menyebabkan terhasilnya banyak produk pengelupasan terjual di pasaran. Namun, perlu diberi perhatian tentang kandungan bahan aktif dalam setiap produk tersebut. Ini kerana bahan seperti asid TCA atau ‘phenol’ yang lebih kuat kesan pengelupasannya boleh menyebabkan kecederaan kulit yang lebih serius. Sekiranya perawatan pengelupasan kulit dilakukan secara teratur dan berkala, malah dilakukan oleh pakar serta penggunaan bahan yang sepatutnya, hasil yang memberangsangkan mampu tercapai antara 60-90%.


sumber dari www.karangkraf.com

Jumaat, 27 Januari 2012

Berdosa percaya ramalan kiamat


KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.
"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

sumber dari www.kosmo.com.my

Rabu, 25 Januari 2012

Handbag Aku Di Ragut Orang didalam Carrefour Wangsa Maju

Ya Allah berdesup darah aku...sampai tak terkata-kata aku dibuatnya.  Semalam aku, suami dan anak-anak pergilah makan kat Restoran Rasamas dalam Carrefour Wangsa Maju...kononnya dalam tu sejuk ah sket..coz kelmarin nya makan tempat panas anak-anak aku banyak songeh duk complain..anak-anak aku nie memilih tempat kalu nak gi makan bukan memilih lagi sangat memilih kot. 

Aku dan suami pun buat ah pesanan apa menu yang sesauai dimakan waktu tengahari nie..sambil menunggu hidangan sampai aku pun tergerak ahti nak cari skirt yang aku duk cari-cari...aku bawalah beg duit dan tinggalkan handbag aku ke suami aku..k..yang tu settle..dibawah jagaan suami...pas pada tu suami aku plak bawa anak aku gi tandas..nak terkencing plak..aku pegang balik handbag aku tu...so ok gak..bila hidangan dah samapi aku dan famili pun menikmatilah hidangan tersebut dengan penuh kusyuk..ceh wah..aku pun kononya nak makan dengan keadaan yang selesa..aku letaklah handbag aku di sebelah tempat duduk aku yang kosong tu..aku berani letak coz dalam kedai bukan kat tempat terbuka foodcourt dan sebagainya dam Restoran kan..pastu aku amik tempat duduk pun belah dalam...dan sebelah meja kitaorang tu plak ada suami isteri ,  adiknya dan baby kecil dalam stroller makan sekali kat situ..
Al-Kisah setelah aku siap makan aku pun tinggal lah kejap handbag aku atas kerusi tapi suami dan anak-anak aku ada kat situ masih menjamu selera lagi..tapi sambil aku membasuh tangan tu mata aku jeling-jeling ke handbag aku tu..coz jarak meja aku dan tempat aku nak basuh tangan tu dekat sangat...tu aku brani tinggal..tapi mata aku nie sambil basuh tangan sambil nengok-nengok..dalam duk tengok tu..aku terperasan yang orang sebelah aku tu..adik dia barangkali..cepat jer tangan dia mengambil handbag aku lalu dia masukkan ke dalam stroller baby tu..aku terkedu..tak boleh nak cakap apa..nak cakap pencuri ke..handbag aku di amibil orang ke...memang aku terkedu...aku takut mata aku yang salah aku pun tengok kat atas kerusi aku tu..memang handbag aku takder...apa lagi aku gi kejar lah..yang bestnya aku tak cakap apa2 kat suami aku..terus kejar jer dengan keadaan aku yang mak yong nie...sempat aku ngejarnya..aku cakap ke orang tu..berhenti tu handbag saya tu..aku trus amik dan peluk...pastu yang abag dia tu leh kata ehh..maaf ingat handbag isteri saya...aku sempat berkata kepala hotak ko jer..pastu aku boleh terus belah yerk...tak marah ker..tak sound sket ker..aku tak mulut aku nie lancang gak berkata-kata..tapi aku leh terkesu yer..maby aku rasa dah bersyukur bleh dapat handbag aku balik tu jer..tanpa menyoal orang tu apa-apa.  Nak ikutkan tak logik dia kata ingatkan tu handbag isteri dia...bengongkan..aku nampak perempuan tu bawa handbag hitam...pastu apa kejadahnya amik handbag dari tempat aku..dah ko duk tempat lain..tetiba letak handbag tempat aku..memang bengong betul ler...pastu baru aku terpikir yer..dia makan kedia aku api boleh siap sebelum aku..dan..bila aku gi bansuh tangan dan..dan dia pun belah...camtu jer...pas pada tu mulalah mulut aku..tah..tah yang dia makan kat situ pun hasil duit haram....pastu macam-macam lagi lah yang terkeluar dari mulut aku nie...dan aku rasa diorang bertiga nie bersubahat coz yang perempaun tu tak der kata marah ker kat adik dan suami dia..wat bodoh jer..confirm ah ketiga-tiganya pencopet..tah-tah baby tu sekadar nak tutup kejahatan diorang jer.  Dalam handbag aku tu adalah RM 100 lebih..handphone..Handbag Sembonia dan segala ubat-ubatan aku lah...

Ish tak leh tidur aku dibuatnya malam tadi..duk teringat dan geram jer kat orang yang cuba meragut handbag aku tu...ee geram...coz aku tak mengeluarkan sebarang kata-kata pun yang leh buat orang tu rasa bersalah atau...buat orang lain belasah orang tu ker.....biarlah Allah sahaja yang menghukum dia...tak hari nie hari mendatang pasti kan terima balasan juga...Wallahualam.  Apa-apa pun aku bersyukur coz aku berjaya mendapatkan semula handbag aku tu...Alhamdulillah.

Pengajaran buat aku..jangan lalai, jangan tinggalkan handbag macam tu jer..dan jangan ingat semua yang berkeluarga tu baik-baik belaka....