Jumaat, 30 November 2012

Malaysia vs Indonesia

                                                      

  
 
Ermmm...masalah aku bila Malaysia berjumpa ngan Indonesia dalam apa jua sukan....baik Badminton mahupun Bola Sepak ialah bila dua negara nie bertemu nak sokong mama ker nak sokong papa..heee coz my mom orang Indonesia...nak sokong mana heeee sokong mana yang menang bleh tak...tapi sokong MALAYSIA lah..lahir dan dibesarkan di Malaysia....kesian mama sesorang jer dok teriak sokong Indon heeee. sabor yer.

Macam-Macam Hal


'Universiti ketawa' akan dibina di India


AFP
BEBERAPA orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria.





NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP

sumber daripada www.kosmo.com.my

Rabu, 28 November 2012

Wordless Wednesday #31



Isnin, 26 November 2012

9 Cara Jaga Kadar Kolesterol


9 Cara Jaga Kadar Kolesterol


Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah langkah berikut:

Diet Sihat
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih muih yang manis.

Kurangi Berat Badan
Obesiti peningkatan kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur
darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.

Ringan Tulang
Orang yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari.
Mereka ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol dalam badan berbanding orang yang rajin. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan juga membantu anda menjaga berat badan.

Hindari Rokok
Tabiat merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, mulakanlah dari sekarang jauhi rokok.

Awasi Waktu Risiko Tinggi
Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda kalangan yang telah menopaus, jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik. Jangan lupa untuk tetap berolahraga.

Hati-hati Dalam Penggunaan Ubat
Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jadi demikian, sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Jauhi Alkohol
Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh semakin meningkat.

Elak Stres
Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik. Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Oleh sebab itu, pastikan apa yang anda makan setiap hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat.

Peka Kesihatan Badan
Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh.
                                     

sumber dari Majalah  Mingguan Wanita