Memaparkan catatan dengan label Ketahui Label Ubat Anda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketahui Label Ubat Anda. Papar semua catatan

Khamis, 16 Februari 2012

Ketahui Label Ubat Anda

Ketahui Label Ubat Anda

Gambar rajah menunjukkan contoh keperluan wajib label ubat yang dibekalkan untuk tujuan rawatan dari Klinik / kedai Farmasi.


Adakah anda pernah disoal oleh profesional perubatan seperti Doktor atau Pegawai Farmasi tentang nama ubat yang sedang kita ambil? Jika ya, adakah anda boleh mengingati nama ubat tersebut? Mungkin anda mengingati nama ubat tersebut tetapi adakah anda mengamati dengan teliti label ubat yang diterima dari hospital, klinik mahupun kedai farmasi? Jika salah satu jawapan kita adalah ‘TIDAK’ anda perlu membaca artikel ini ke penghujungnya.

Undang-undang Malaysia ada memperuntukkan keperluan pelabelan ubat yang dibekalkan untuk tujuan rawatan manusia. Ini adalah sejajar dengan hak pengguna universal iaitu hak untuk mendapat maklumat. Peraturan(12), Peraturan Racun 1952 menyatakan bahawa ubat yang didispen, iaitu tergolong sebagai racun berjadual (Group A,B dan C) yang dijual atau dibekalkan untuk tujuan rawatan mesti mempunyai butiran-butiran lengkap pada label atau sampul ubat. Butiran-butiran yang dimaksudkan adalah nama & alamat Klinik/kedai Farmasi, nama ubat, nama pesakit, tarikh ubat dibekal, no. rujukan pada buku rekod, arahan pengambilan ubat dan label “Ubat Terkawal” .

sumber dari Majalah Nur