Selasa, 12 Jun 2018


Khamis, 19 April 2018

BAYAR FIDYAH MELALUI ONLINE MAYBANK2U

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”
(al-Baqarah: 184)

KADAR FIDYAH

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).  Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.
Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.
Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.
Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.
Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).

TAKSIRAN FIDYAH

  1. Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
    2. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenaka
Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.

SIAPAKAH YANG DIKENAKAN FIDYAH ?

  1. Uzur menunaikan puasa wajib
    Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.
Contoh  :
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00
  1.  Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.Tidak berpuasa kerana bimbang  akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh  :Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM1.80 = RM12.60
Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.
Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
7 hari X (4 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM37.80 (FIDYAH)
***Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasa itu digantikan.
  1. Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya.
Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)
  1.  Ibu yang menyusukan Anak
    Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah  kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
15 hari X RM1.80 = RM27.00
Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
  1.  Orang yang telah meninggal dunia
    Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh  :
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM1.80 = RM23.40
  1.  Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
    Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh :
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Apa tunggu lagi setelah puan dapat kiraan yang betul melalui formula di atas, Jom bayar melalui Online Banking.

CARA BAYARAN DI MAYBANK2U

1) Login masuk maybank2u 
2) Klik Accounts & banking
3) Pilih Bill payment
4) Lepas tu pilih Make a one-off payment
5) Klik pada drop box dan pilih Zakat & charity
6) Klik continue






7) Pilih Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP dan continue





8) Dekat type of zakat pilih Fidyah dan masukan jumlah yang wajib di bayar tadi
9) Semasa buat bayaran tu NIAT : Ini zakat fidyah yang wajib bagi saya pada tahun ini sebanyak RM__ kerana Allah Taala..


Alhamdulillah...selesai.

Isnin, 27 Jun 2016

JOM Bayar Zakat Secara Online dengan PPZ

Syarat Wajib Zakat

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)
Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Mengapa Wajib Membayar Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah
Jom klik sini untuk mengira Zakat Pendapatan anda.  Mudah dengan menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan yang telah disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ). 
Terdapat pelbagai jenis Taksir Zakat didalam laman web PPZ seperti yang tertera di bawah 




Menariknya selain dari pengiraan/ kalkulator pengiraan pelbagai zakat, didalam laman web ini juga anda boleh membuat pembayaran secara online ....di sini saya sertakan manual pembayaran zakat secara online








SELAMAT BERAMAL

Khamis, 12 Mei 2016

#Terhangat Ke Lombok (5D 4N)

Syukur alhamdulillah bagaikan satu mimpi bila impian  menjadi kenyataan, kami mula merancang pada Februari 2016, apa yang dirancang semua berjalan lancar dan dipermudahkan tiada tentangan dari pihak keluarga kami...cuma persoalan mereka..kenapa pilih Lombok, hah!!! Lombok ?  hurmmmm ..mujurlah kami study dulu sebelum gi ke sana...baca blog blogger-blogger yang dah ke sana..sejarah dan adat-adat Lombok..dengan cara ini sangat membantu kami.

Februari kami bl tiket flight dan hotel seterusnya simpan duit untuk perbelanjaan kami di Lombok seperti duit supir, bayaran masuk ke pantai-pantai, beli cenderahati, snorkeling, mengurut dan lain-lain.  Dari menghitung bulan ke menghitung hari, bagaimana lah perasaan orang-orang yg merancang setahun sebelum..fuh..terseksa rasanya.  Dari awal kami mohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan sebelum dan sesudah kami ke Lombok, minta diberi kesihatan yang baik buat kami dan keluarga kami, niat kami untuk menikmati keindahan alam yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

Itinerary LomboK 5 Hari 4 Malam

19/4/2016
Selasa

Breakfast di KLIA
KLIA - Lombok International Airport (LIA)  Supir Pick Up
Lunch Ayam Taliwang (Menu terkenal di Lombok)
LIA  - Jeti Teluk Nara (naik bot awam)
Jeti Teluk Nara  -  Gili Trawangan (Hotel Gili Amor)
Dinner 

20/4/2016
Rabu
Breakfast di Hotel
Berjalan ke Ombak Sunset menunggu sunset
Snorkeling (Private)ada 3 checkpoint 
Lunch di  Gili Air
Berjalan dan bergambar di Ombak Sunset (buaian di dalam air laut)
Dinner

21/4/2016
Khamis
Breakfast di Hotel
Check out Hotel
Naik bot awam menuju ke Jeti Teluk Nara
Supir Pick up menuju ke Sendang Gile waterfall dan Tiu Kelep waterfall
Menuju ke Senggigi (Check i Hotel Puri Senggigi) 
Dinner

22/4/2016
Jumaat
Breakfast di Hotel
Supir pick up
menuju ke Mataram city
Sukarara kampung tenun
Selong Belanak beach
Mawun beach
Kuta beach
Lunch di Kuta Lombok
Tanjung Aan beach
Merese Hill
Sasak Village SADE
Shopping cenderahati di Sasaki Mart
Spa dan Massage
Dinner

23/4/2016
Sabtu
Breakfast di Hotel
Berjalan dan bergambar di Pantai Senggigi
Supir pick up
sambung Shopping cenderahati
Lunch 
Menuju ke LIA

Anggaran Kos 5 hr 4 mlm di Lombok

Passport = RM 200
Tiket Flight = RM 377 
Hotel = RM 300 kos seorang (2 mlm hotel best 2 mlm hotel biasa)
Snorkeling = RM 100 seorang (private boat)
Supir = RM 190 seorang (termasuk bayaran masuk pulau-pulau dan air terjun)
Makan/Minum = RM 200 (Gili Trawangan agak mahal sebab di pulau & makan pagi di hotel)
Tiket boat awam jeti/Gili Trawangan) = RM 10 (pergi/balik)
Spa/Massage = RM 70
Shopping = RM 200 (cenderahati untuk keluarga dan rakan)
Naik Cidomo = RM 30 seorang (Gili Trawangan pergi dan balik) nk ke Ombak Sunset
Basikal sewa = RM 15 sehari
Kad Pra bayar = RM 15

Senarai yang perlu di bawa ketika travel

1. Passport
2. Boarding Pass
3. Slip bayar hotel
4. Power bank
5. Kamera
6. Toiletries
7. Minyak angin
8. Plaster luka 
9. Tisu basah
10.Travel adapter
11.Ubat-ubatan (sakit perut, cirit-birit, panadol, mabuk dll

Memori di Lombok, Indonesia

19/4/2016
KLIA 2
Hotel Gili Amor, Gili Trawangan

      Bergambar dr Villa Hantu
                      
 Restoran Nada Alam Nyaman boleh tahan harganya...
hampir Rp 300,000.00

20/4/2016




 Private Snorkeling (Rp 1.2 juta) 
bersama Akim Lombok Guide (Hubungi +6281907323974)FB cari Akim Lombok Guide
 fuh !!! satu pengalaman yang sangat best gitew


Naik Cidomo (kereta kuda) 1 Cidomo Rp 200,000.00 (return)

Bergambar di Ombak Sunset

Dinner kami...sedap tau burger nie..Rp 50 000.00

21/4/2016

Check out dari Gili Trawangan seterusnya naik 
bot awam menuju ke Senaru



Air Terjun Sendang Gile (setengah jam dari bawah)





Air Terjun Tiu Kelep (sejam dari air terjun Sendang Gile)


pemandangan dari kaki Gunung Rinjani

22/4/2016



Pakaian adat Lombok
Sukarara Kampung Tenun, menurut cerita semua anak dara di kampung ini kena pandai buat kain tenun...kalau tak pandai tak boleh kahwin ;) maka setiap 1 rumah kena ada sekurang-kurangnya 1 set alat untuk  membuat kain tenun



 Selong Belanak beach, Mawun beach, Tanjung Aan beach


 Merese Hill

Lunch di Kuta Lombok

Sasak Village SADE ( Lantai rumah ini diperbuat dari najis kerbau )

(maaf gambar shopping lupa nak ambil sebab masing-masing lupa diri bila bab shopping) 
Shopping cenderahati di Sasaki Mart


Spa dan Massage di VLove Spa

23/4/2016

Hari terakhir kami di Lombok, sempat lah merealisasikan hajat kami 
tulis nama atas pasir dan wat LOVE (nampak tak...buat-buat nampak lah ye)



LOMBOK WITH LOVE