Isnin, 31 Disember 2012

Jom Pekena ICE ROOM

Hai lately nie kerja gue maaaaaaaaakan jer....cuti sekolah...masak-masak gak..
makan luar makan gaks..heeee

kali nie saya pilih makan di Ice Room Taman Sri Gombak...kesian kat adik no.4..selalu duk sebut...dia kata kakaknya yang bernama Molly nk belanja..tp tk belanja-belanja pun...jadi kakak dia yang sulung ah amik part gi bawa...menu kat situ bukan ice krim semata jer..ada macam-macam...


nyummy....k anak aku order ice coklat dan adik aku bandung..tk silap...

standard lah kalu budak mesti...coklat punya...


gambar nie blur ah...nie bandung tk silap..rasa cam ABC sket-sket


Asam Laksa dia leh tahan..banyak dan sedap....


nie plak menu Mushroom Soup dan Garlic Bread...
unik kan...dia letak dalam tu...

nie menu minum petang aku..Sabtu lepas...sajer nak share..kalu-kalu ada yang cari idea nk makan kat na...singgah ler ke web dia...http://www.iceroom.com.my/home.aspx


Jumaat, 28 Disember 2012

Cendol BAKAR Kuala Selangor

Al-Kisah..semalam saya ambil cuti untuk ikut suami gi urusan kerja di Kuala Selangor...hai tak reti penat aku nie kan..baru balik dari Melaka sehari...gi plak Kuala Selangor...kat sana aku menetap di Hotel De Palma...biliknya ala-ala chalet gitu...


nie dh nak check out dah...nie plak gambar anak-anak yang sempat berposing heee
ikut sapa lah nie...


tak lama lagi si kecil bakal ikut jejak si kakak-kakak ah nie...


Ok...setelah dh posing berbagai...teringat ler pernah beberapa minggu dahulu aku nengok rancangan meletop yg pengacaranya Nabil ngan Neolofa tu...dia gi kat Cendol Bakar...mati-mati aku ingat cendol tu di bakar..rupa-rupanya....Bakar tu nama owner Cendol tu...hampeh....tapi memang sedap ler...ssshhhh ada yg suruh order yang Durian punya..pergh...manalah mak makan durian dek non.



aku order cendol biasa jer...tapi sedap ah...






Terdapat pelbagai makanan yang di jual di sana..antaranya Cucur Udang...Rojak...
sedap-sedap belaka...Laksa Meletop pun ada..maby sempena rancangan Meletop tu datang kot.....pedas laksanya...memang meletop..(alamak tu tapau tk amik gambar plak).


Penat ah...dari Jumaat lepas duk jalan sampai semalam baru sudah...Jumaat lepas gi Kidzania..nanti saya citer kedian yer..cau....





Rabu, 26 Disember 2012

Cuti-Cuti Melaka



Krismas baru-baru nie aku gi bercuti@ jenjalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah, sajer bawa anak2 pergh....leh tahan sesak jalan raya disekitar Melaka nie ..dah mcm kat KL sesaknya...kat sana aku menginap di Hotel Marvelux


hotel nie baru aku rasa...coz pak guard kat situ kata tapak hotel tu dulu pantai..pastu di tambak...jadikan tanah lapang...dan apa lagi tempat-tempat mcm nie jadi tapak Hotel ler...leh wat duit....money..money..


...nie keadaan lobby hotel...i like..coz green colour u.

nie dalam keadaan dalam bilik..ok ah..simple but nice...
ngadap pantai laks tu..

dan yang ini kat cafe dia...

ha..aku pun jenjalan ler sepanjang beradanya aku di sana...terlalu ler kat 1 tempat nie dan terlihat ler 1 warung kecik nie..panjang giler orang beratur selalunya kalu kat KL orang beratur panjang nie nak beli nasi lemak atau char kuey teow tapi kat Melaka nie..beratur panjang sebab nak beli COCONUT SHAKE KLEBANG...perghhhh k kali pertama lalu ok lagi aku tak heran..keesokannya aku lalu..tak brapa ramai yg beraturnya..aku pun suh hubby aku pusing balik..dan gi beratur dapatkan gak Coconut Shake tu...coz sedap sangat ker sampai beratur panjang..bukan sikit2 punya panjang..ada 500 meter kot..gila kentang kan..


rupa-rupanya....yang beratur nk beli lain citer..yang nk minum kat situ pun ramai giler....seronok benor berniaga bila laku camtu..


Coconut Shake nie dia letak aiskrim Walls kat atas dia...urmmm nyum..nyum...dapnya..

Malam pertama aku tidur kat sana..trus pi makan Ikan Bakar kat Umbai...Ikan Bakar Parameswara..mmg fresh..ikannnya..sotong...kerang...mmg manis dan sedap ler.  Terbaik....walaupun nk memilih dan menunggu nya lama tapi berbaloi-baloi....


hai..makan jer yer kerjanya..sampaikan aku rasa balik jenjalan mana2 pun mesti berat badan naik...coz kaki Jalan-jalan Cari Makan....

Hari yang berikutnya aku gi plak cari mana Asam Pedas yang sedap...ramai lah geng Wass Up hubby aku dok promote 1 kedai Asam Pedas nie..aku pun cari ler dengan menggunakan GPS...jumpa..tapi kedai tu tutup...huuuuu Nama Kedai Asam Pedas Hajjah Mona Kota Lakmsamana....teringin sangat nk makan Asam Pedas gi cari kat Food Court Pantai Klebang...dapat gak....memang beza sangat rasa Asam Pedas kat KL dengan kat Melaka...

Ermmm aku citer hal makan jer lah yer....coz leh kongsi bersama...hal shoppinng nyopping tak mo lah....heeeeek cau....

Khamis, 20 Disember 2012

AIMSWeb BADSA

Dimulakan dengan bacaan...


Alhamdulillah....tercapai sudah impian Boss@SUB Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan Malaysia  iaitu En Johari bin Ismail

Setiausaha Bahagian Audit Dalam & Siasatan Am 

untuk mengadakan atau melancarkan Laman Web Accountability Index Monitoring System atau dikenali sebagai AIMS.  Tercetusnya Idea ini apabila BADSA telah berjaya menjadi juara sekaligus mengaharumkan nama Malaysia di pertandingan CAPAM di New Delhi pada baru-baru ini.  Banyak lagi kejayaan yang telah pihak BADSA capai.  Sekiranya anda nak tahu apa itu AIMS silalah lawati laman web terkini kami di....


Nantikan web BADSA yang akan muncul tak lama lagi......

tunggu!!!!!!

Isnin, 17 Disember 2012

Resepi Ais Krim Goreng

Bahan-Bahan

Roti


Ais Krim - Ikut selera masing-masing nak perisa apa.....

Minyak

Cara-cara  - 

1.    Dengan menggunakan cawan/ gelas....cekupkan ke roti hingga putus..dan mendapat bentuk bulat

2.   Letakkan sesudu ais krim ke atas roti itu tadi..kedian tutpkan dengan sekeping roti lagi dan cekupkan....hasilnya sperti ini...
3.    Masukkan beberapa minit ke dalam peti sejuk beku..sekejap...

4.  Panaskan minyak..pastikan panas betul untuk menggoreng..coz...dalam roti tu ada ais krim yg mudah cair....kalu goreng terlalu lama..kang cairkan..kang..Tara....dah siap...





Pastu..ikutlah ke kreativitian memasing..nie kalu Osman Baku baca blog aku nie coz kena saman nie...bahasa tah apa-apa...

Nak tambah syrup ke katas atas dia...choclate ker.atau krim ker.....pandai-pandai lah yer...



Rabu, 12 Disember 2012

Wordless Wednesday #32

Selasa, 4 Disember 2012

Reunion 5V3 SMART Tahun 2013

Hai......yuhuuu tahun nie 12.01.2012..aku ngan ex 5V3 SMART sekali lagi mengadakan perjumpaan atau dikenali sebagai REUNION ..yo o..leh dijkatakan tiap tahun we all adakan perjumpaan sebegini, walaupun sebahagian tapi gamatnya macam 1 sekolah kah..kah..kah. Takper yang penting monitor dan ass. monitor (akulah tu) datang.  Semuanya kepala tak berapa betul..walaupun ader yang cikgu..tapi dalam diam kebanyakannya ada bisnes we...brapa orang kat situ ada kedai makan..dan kedai pelbagai...tahniah kekawan ku.  Aku gak kerja jd kuli..gomen heeee.  Terdetik gak sekali-sekala dihati nak buka bisnes..tapi tkder modal lagi ah...coz baik kawan sekolah mahupun kolej ramai yang kerja sendiri dan berjaya.  All the best ya....




Nie kek tanda rasmi Reunion kitaorang..Kek Indulgence Secret Recepi..ermmm nyum..nyum..nyum...

Nie plak acara pertama...iaitu main bowling...Nak tau sapa yang leading...En. Monitor dan Pn. Suzie...leh tahan dorang main..kira terel ah.


Setelah kepenatan ber bowling...we all gi makan-makan plak..kat Octupos Wangsa Walk Mall.  Kat sini jer lah..lain kali kita layan hotel plak yer...nanti sapa2 yang volunteer wat paper work yer. Aku kira setuju jer..al-maklum askar kat umah dah ramai..(poyos)



Ratu posing ramai bebenor...walau pun dah branak pinak tapi u all tetap maintain cun ...ummmwahhh luv u all.


Makan dah....bowling dah..tiba masanya ber karok...kali nie gue tak dapat join..coz malam tu gue ada dinner kat Rahman Palace Steamboat...jadi takleh balik lambat..kena simpan parut nie tuk malam plak...


nie antara gambor-gambor yg telah diambil....untuk dijadikan kenangan....








My BFF....hopefully kekal selamanya...amin..


Pak Biyen nie....depan bini pijak semut tak mati....pantang ader awek cun...
(Biyen yg pakai baju ada tulis same same)


Ratu 5V3...yuhuuu...

tengok si Biyen nie...takper nie anak dara lagi....tu yg dia..gatai tu...
ca kalu bini tepon...slow je jawab heee


ni mesti gambor poyos....

Acara 12.01.2012 nie penuh giler ..siang gi kenduri kahwin member baik kat Penerangan...pastu gi Reunion nie..malam plak gi dinner ngan gang cek abe..PERKESO Rawang....

Jumaat, 30 November 2012

Malaysia vs Indonesia

                                                      

  
 
Ermmm...masalah aku bila Malaysia berjumpa ngan Indonesia dalam apa jua sukan....baik Badminton mahupun Bola Sepak ialah bila dua negara nie bertemu nak sokong mama ker nak sokong papa..heee coz my mom orang Indonesia...nak sokong mana heeee sokong mana yang menang bleh tak...tapi sokong MALAYSIA lah..lahir dan dibesarkan di Malaysia....kesian mama sesorang jer dok teriak sokong Indon heeee. sabor yer.

Macam-Macam Hal


'Universiti ketawa' akan dibina di India


AFP
BEBERAPA orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria.





NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP

sumber daripada www.kosmo.com.my

Rabu, 28 November 2012

Wordless Wednesday #31



Isnin, 26 November 2012

9 Cara Jaga Kadar Kolesterol


9 Cara Jaga Kadar Kolesterol


Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah langkah berikut:

Diet Sihat
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih muih yang manis.

Kurangi Berat Badan
Obesiti peningkatan kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur
darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.

Ringan Tulang
Orang yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari.
Mereka ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol dalam badan berbanding orang yang rajin. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan juga membantu anda menjaga berat badan.

Hindari Rokok
Tabiat merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, mulakanlah dari sekarang jauhi rokok.

Awasi Waktu Risiko Tinggi
Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda kalangan yang telah menopaus, jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik. Jangan lupa untuk tetap berolahraga.

Hati-hati Dalam Penggunaan Ubat
Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jadi demikian, sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Jauhi Alkohol
Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh semakin meningkat.

Elak Stres
Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik. Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Oleh sebab itu, pastikan apa yang anda makan setiap hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat.

Peka Kesihatan Badan
Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh.
                                     

sumber dari Majalah  Mingguan Wanita

Jumaat, 23 November 2012

In Shaa ALLAH

 
 
Mari berkongsi bersama...dan sebar-sebarkan yer..pada yang membaca...
Alhamdulillah saya sudah mengetahuimya...kalau tidak...saya masih membuat kesilapan yang sama....
 
 
 

Selasa, 20 November 2012

Minggu Sedih+Marah+Geram+Mcm-Mcm Ada

Salam semua.....
Ya Allah..pehal ah minggu nie..minggu aku nak marah dan ngamuk jer....ada sebab sebenarnya, tapi aku tak leh nak share ngan sume pembaca...hanya leh cakap bukan hal keluarga ..alhamdulillah keluarga bahagia...

Aku nie manusia biasa bukan malaikat..dan bukan robot nak jadi all rounder...dan aku juga bukannya baik sangat nak menurut jer..ada masa datang perangai syaitan aku..akan terkurang ajar gak aku....aku nie ada penyakit baran...dan senang naik marah...tapi bersebab ah, aku boleh bersabar tapi ada hadnya.  Bila meletup kang...habis...sapa yang tau perangai aku dan pernah mengenali aku tau lah...memang buruk perangai aku bila mengamuk...segala carut- marut semua keluar...setakat nak sepak terajang pun no hal lah...ah.  Coz itu adalah aku..memang nampak aku lembut, manja dan kekadang mengada-ngada..tapi ada time semua tu hilang...datang perangai lain.  

aku leh jadi sebaik-baik manusia..dan aku juga boleh jadi sejahat-jahat manusia.  Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang silap dan salah tu dari diri saya sendiri..sesungguhnya pangkat dan darjat hanya dipinjamkan oleh Allah dimuka bumi ini..ianya tidak kekal...bila mati nanti semuanya kain kapan yang sama..segala harta tinggal..hanya doa anak yang soleh sahaja yang mengiringi...semua dikebumikan di bawah tanah..takder plak kalu pangkat tinggi kena kebumi tingkat atas...
Saling hormat-menghormati kerana semua diantara kita ada peranan masing-masing dan saling perlu memerlukan dan lengkap-melangkapi. Setiap orang ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing.  Ingat..langit tak selalunya cerah..sekelip mata Allah nak tarik segala kelebihan dan kekayaan milik kita tak sampai sesaat pun.  

Muhasabah diri...Wasatiah dalam apa jua keadaan adalah lebih baik.  Sekian celoteh dari saya buat hari ini....wassalam...peace no war...