Isnin, 25 Mac 2013

Program di MinDef Minggu Lalu



Salam semua..ceh..minggu nie leh katakan bz gak hai dah namanya kerja takkan tak bz plak kan..kang makan gaji buta plak namanya.

Rabu, 20 Mac 2013 Kementerian Pertahanan telah menjemput Tun Dr Mahathir Mohamadserta isteri Tun Dr Siti Asmah ke Program Bicara bertajuk "  PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA" begitu banyak info yang aku dapat ( sshhhh tapi maaf  tk leh kongsi takut maklumat saya di manipulasikan ) tapi saya ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama anda semua kenangan semua nie selagi Tun masih ada...amik kesempatan lah amik gambar dari jarak dekat.  Aku dan geng dari BADSA duk di bahagian depan dan tepi coz nak bersalam dan nak amik gambar dari jarak dekat..heee







Pada hari berikutnya pula saya mnghadiri Kursus Pengurusan Jenazah siri 1/2013 yang di adakan di Majis Al- Walid MinDef.  Kursus nie makan masa sehari jer...begitu banyak ilmu yang aku dapat masa nie....satu hari nanti kita jua pasti akan mati...itu adalah pasti.  Tapi gi kursus nie belajar bagaimana nak mengkapan mayat.... dari mulalalhhh dari persediaan ..mandi jenazah hinggalah mengkapankan...alhamdulillah 

Isnin, 18 Mac 2013

Pagi Isnin Yang Macam-Macam Cerita



Alhamdulillah hari nie aku masih bernafas di bumi Allah ini...ceh...syukur.
Macam biasa hari Isnin mood kerja tu lambat sikit mai..Monday Blues lah katakan.  Tapi bila mai kerja macam-macam cerita dari kekawan dan macam-macam kejadian yang berlaku 

Sorang Pegawai kat tempat aku nie..kehilangan handphone..dia balik kampung rumah maknya dipecah masuk yang herannya...dia punya beg jer kena geledah..mmg orang tu target dia jer..coz orang KL balik kampung pencuri tu mesti dah target...org KL nie pakai tepon canggih manggih..heee



Seorang lagi pegawai kat sini pagi tadi belakang keretanya dilanggar orang da....dah lah dia tgh sarat mengandung...sorang-sorang pastu suami kat Sabah sana tu...aduhai sabar yer...dugaan dari Allah semua nie...

Sorang member aku plak kuarters dia..tangki besar kat atas bangunan tu pecah...dia ingatkan kuarters tu dah nak runtuh dah katanya....heee ekoran dari kejadian tu dua lif rosak ...ish..ish kuarters baru tu...kena selenggara lah yer..

Heee sorang member plak lagi nie ajak Geng Makan Pagi..gi sarapan kat Mcdonalds..ader burger free katanya huuu semangat plak tu mengajak nya...tapi sayangnya Majoriti  Geng Makan Pagi dah tak makan Mcd...huuu sorry dear...  

Khamis, 14 Mac 2013

TUDUNG HALFMOON BARU - Custom Made Tudung


Al-Kisah...sorang member aku kat opis nie memang berbakat dalam jahitan manik...dia wat kemas dan cantik..heee puji nampak,  so satu hari tu aku gi jenjalan kat 1 shopping complex nie..dok tgk tudung2 half moon nie..perghh cantik2 sumenya dan harnya leh tahan gak..ader yg makan ratus gak...pastu Kak Wati nie offer diri..Pit nak ker..upah jer kat akak..akak amik RM #### uik murahnya kak...nak lah..akak wat tudung kelabu ..manik-maniknya pink colour gitu...maka terhasillah tudung tu..nie lah kat bawah nie..cantikkan...selain dari tudung dia pandai gak jahit manik kat baju...huuuu cantik-cantik sumenya..ikut peredaran semasa dan fesyen semasa gitu...

Anda berminat nak membuat tempahan..sila klik sini






Rabu, 13 Mac 2013

Tender Plat Number IM4U

  

Anda nak beli kereta atau motor baru?  
Nakkan plat yang agak unik...Jom masuk tender Plat Number IM4U. 
Sekiranya anda berminat sila Klik Sini 


Model 2



PlatiM4U, adalah wakil rasmi
untuk membeli, bidaan dan tender baru "1M4U" nombor plat di Malaysia
Tender plat kini dibuka sehingga mac 29, 2013
Harga istimewa bagi personel yang berusia di bawah 22 tahun adalah sah selepas proses tender dan bagi normal empat digit nombor sahaja. 
Perhatikan bahawa pemilikan plat tidak boleh ditukar ..


Isnin, 11 Mac 2013

9 Berita Baik Untuk PA



Alhamdulillah syukur ader sikit berita baik dari takder..walaupun lain yang diharapkan lain yang dapat huuu.  Kebanyakan Penjawat Awam mengharapkan Elaun Perumahan dan COLA naik coz elaun rumah yang diterima sekarang dah tak relevan ngan masa sekarang...RM 180...paling rendah...huu nak sewa bilik air pun tak dapat kat KL nie...katanya sedang dikaji lagi...masa budget takder umum..hari nie pun takder huuu takper take your time..untuk mengkaji tu yer...hope next budget 2014 ader ler  good news ok...amin...Inshaa Allah.  Janganlah harapan tinggal mengharap...huuu
Bagi Abe -abe Polis ngan Tentera...sukalah..banyak berita baik yang dorang dapat..setiap kali pengumuman tak tinggal berita baik tuk dorang...rezeki mereka yerk...redha jer lah...
MAPPA XIII

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013 (Isnin) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  MAPPA XIII akan membawakan tema:
 
 “Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020”.


 Antaranya :
- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

Isnin, 4 Mac 2013

Minggu BZ & Rock OO


Fuh!!!! minggu lepas aku bz gi Kursus ...4 hari...pastu sambil kursus sempat gak aku menyilok kan diri ke gi 2 meeting..pastu hr Jumaat meeting lagi huuuuu.  Balik umah leh update?..oh noooo balik umah lagi tak sempat...nak amik nafas pun kekadang semput gak heee..time tidur jer leh rehat..tapi tu pun kekadang takleh nak rehat coz ada baby kan...bangun nak menyusu lah..ngigau lah...nangis lah.. ...

Sampai jer umah...letak beg...buka apa yang patut...(tapi baju pakai ler) heee trus wat kerja...takder maknanya nak berjimba-jimba..huuuu... kekadang merungut gak..tapi..nk wat camner..ibu bekerja dan berkeluarga macam nie ler..itu sebab orang pompuan nie kaki membebel coz bila penat cara nak meluahkan dengan cara bercakap..huuu

Minggu nie ader gak Kursus sehari ngan meeting sekali jer..wat masa nie ler...huh penat Cek Abe plAk Kursus Sabtu ngan Ahad lepas..jadi urus anak-anak ..sorang-sorang...harap-harap minggu nie leh ah rehat sket...

Tapi..Jumaat lepas rehat kan lama..sempat gak menyilokkan diri gi nengok wayang jap...opis ktorang dekat sangat ngan Wangsa Walk Mall...nak tau Filem apa...jeng..jeng..jeng..ROCK OOOO, sangat menarik..dari mula hingga habis citer kitaorang duk layan gelak...Que Haidar wat sengal dia..menjadi..heee





Sinopsis & Trailer ROCK OO




Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”
Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuksemula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? “ROCK Ooo…” turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.
Syarikat Produksi:Naga AVXS SDN BHD

Filem terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd
Judul Filem: Rock Ooo… : Rimba Bara Kembali
Durasi: 90 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia

TENAGA PRODUKSI:

Penerbit : Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penerbit eksekutif: Jalena Rejab
Pengarah: Mamat Khalid
Penulis Skrip: Mamat Khalid
Pengarah Sinematografi: Raja Mukhriz
Penolong Pengarah 1: Rizal Othman
Penolong Pengarah 2: Saifullah Khaisas
Penata Seni: Mamat Khalid
Pengurus Produksi: Zahari
Busana: Akma Suriyati
PELAKON UTAMA
Que Haidar – Amy Mat Piah
Khir Rahman – Jijo
Sofi Jikan – Zul Kapan
Pekin Ibrahim – Slash Haji Tapah
Azmi Black – Mi Black