Isnin, 27 Jun 2016

JOM Bayar Zakat Secara Online dengan PPZ

Syarat Wajib Zakat

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)
Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Mengapa Wajib Membayar Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah
Jom klik sini untuk mengira Zakat Pendapatan anda.  Mudah dengan menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan yang telah disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ). 
Terdapat pelbagai jenis Taksir Zakat didalam laman web PPZ seperti yang tertera di bawah 




Menariknya selain dari pengiraan/ kalkulator pengiraan pelbagai zakat, didalam laman web ini juga anda boleh membuat pembayaran secara online ....di sini saya sertakan manual pembayaran zakat secara online








SELAMAT BERAMAL

Khamis, 12 Mei 2016

#Terhangat Ke Lombok (5D 4N)

Syukur alhamdulillah bagaikan satu mimpi bila impian  menjadi kenyataan, kami mula merancang pada Februari 2016, apa yang dirancang semua berjalan lancar dan dipermudahkan tiada tentangan dari pihak keluarga kami...cuma persoalan mereka..kenapa pilih Lombok, hah!!! Lombok ?  hurmmmm ..mujurlah kami study dulu sebelum gi ke sana...baca blog blogger-blogger yang dah ke sana..sejarah dan adat-adat Lombok..dengan cara ini sangat membantu kami.

Februari kami bl tiket flight dan hotel seterusnya simpan duit untuk perbelanjaan kami di Lombok seperti duit supir, bayaran masuk ke pantai-pantai, beli cenderahati, snorkeling, mengurut dan lain-lain.  Dari menghitung bulan ke menghitung hari, bagaimana lah perasaan orang-orang yg merancang setahun sebelum..fuh..terseksa rasanya.  Dari awal kami mohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan sebelum dan sesudah kami ke Lombok, minta diberi kesihatan yang baik buat kami dan keluarga kami, niat kami untuk menikmati keindahan alam yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

Itinerary LomboK 5 Hari 4 Malam

19/4/2016
Selasa

Breakfast di KLIA
KLIA - Lombok International Airport (LIA)  Supir Pick Up
Lunch Ayam Taliwang (Menu terkenal di Lombok)
LIA  - Jeti Teluk Nara (naik bot awam)
Jeti Teluk Nara  -  Gili Trawangan (Hotel Gili Amor)
Dinner 

20/4/2016
Rabu
Breakfast di Hotel
Berjalan ke Ombak Sunset menunggu sunset
Snorkeling (Private)ada 3 checkpoint 
Lunch di  Gili Air
Berjalan dan bergambar di Ombak Sunset (buaian di dalam air laut)
Dinner

21/4/2016
Khamis
Breakfast di Hotel
Check out Hotel
Naik bot awam menuju ke Jeti Teluk Nara
Supir Pick up menuju ke Sendang Gile waterfall dan Tiu Kelep waterfall
Menuju ke Senggigi (Check i Hotel Puri Senggigi) 
Dinner

22/4/2016
Jumaat
Breakfast di Hotel
Supir pick up
menuju ke Mataram city
Sukarara kampung tenun
Selong Belanak beach
Mawun beach
Kuta beach
Lunch di Kuta Lombok
Tanjung Aan beach
Merese Hill
Sasak Village SADE
Shopping cenderahati di Sasaki Mart
Spa dan Massage
Dinner

23/4/2016
Sabtu
Breakfast di Hotel
Berjalan dan bergambar di Pantai Senggigi
Supir pick up
sambung Shopping cenderahati
Lunch 
Menuju ke LIA

Anggaran Kos 5 hr 4 mlm di Lombok

Passport = RM 200
Tiket Flight = RM 377 
Hotel = RM 300 kos seorang (2 mlm hotel best 2 mlm hotel biasa)
Snorkeling = RM 100 seorang (private boat)
Supir = RM 190 seorang (termasuk bayaran masuk pulau-pulau dan air terjun)
Makan/Minum = RM 200 (Gili Trawangan agak mahal sebab di pulau & makan pagi di hotel)
Tiket boat awam jeti/Gili Trawangan) = RM 10 (pergi/balik)
Spa/Massage = RM 70
Shopping = RM 200 (cenderahati untuk keluarga dan rakan)
Naik Cidomo = RM 30 seorang (Gili Trawangan pergi dan balik) nk ke Ombak Sunset
Basikal sewa = RM 15 sehari
Kad Pra bayar = RM 15

Senarai yang perlu di bawa ketika travel

1. Passport
2. Boarding Pass
3. Slip bayar hotel
4. Power bank
5. Kamera
6. Toiletries
7. Minyak angin
8. Plaster luka 
9. Tisu basah
10.Travel adapter
11.Ubat-ubatan (sakit perut, cirit-birit, panadol, mabuk dll

Memori di Lombok, Indonesia

19/4/2016
KLIA 2
Hotel Gili Amor, Gili Trawangan

      Bergambar dr Villa Hantu
                      
 Restoran Nada Alam Nyaman boleh tahan harganya...
hampir Rp 300,000.00

20/4/2016




 Private Snorkeling (Rp 1.2 juta) 
bersama Akim Lombok Guide (Hubungi +6281907323974)FB cari Akim Lombok Guide
 fuh !!! satu pengalaman yang sangat best gitew


Naik Cidomo (kereta kuda) 1 Cidomo Rp 200,000.00 (return)

Bergambar di Ombak Sunset

Dinner kami...sedap tau burger nie..Rp 50 000.00

21/4/2016

Check out dari Gili Trawangan seterusnya naik 
bot awam menuju ke Senaru



Air Terjun Sendang Gile (setengah jam dari bawah)





Air Terjun Tiu Kelep (sejam dari air terjun Sendang Gile)


pemandangan dari kaki Gunung Rinjani

22/4/2016



Pakaian adat Lombok
Sukarara Kampung Tenun, menurut cerita semua anak dara di kampung ini kena pandai buat kain tenun...kalau tak pandai tak boleh kahwin ;) maka setiap 1 rumah kena ada sekurang-kurangnya 1 set alat untuk  membuat kain tenun



 Selong Belanak beach, Mawun beach, Tanjung Aan beach


 Merese Hill

Lunch di Kuta Lombok

Sasak Village SADE ( Lantai rumah ini diperbuat dari najis kerbau )

(maaf gambar shopping lupa nak ambil sebab masing-masing lupa diri bila bab shopping) 
Shopping cenderahati di Sasaki Mart


Spa dan Massage di VLove Spa

23/4/2016

Hari terakhir kami di Lombok, sempat lah merealisasikan hajat kami 
tulis nama atas pasir dan wat LOVE (nampak tak...buat-buat nampak lah ye)



LOMBOK WITH LOVE

Isnin, 29 Februari 2016

XTVT Raya Cina 2016, Sungai Congkak, Hulu Langat

XTVT Raya Cina Tahun 2016 kami sekeluarga berkelah dan mandi-manda di Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor.  Plan tetiba cuti Raya Cina dari hari Sabtu membawa ke Selasa,  Ummi bersama Cek suami pergi buat survey mana port nak berkelah nie....
tempat pertama kami melawat di Sungai Kemensah Ulu Klang (belakang zoo)  ternyata tempat nie fully booked hurm boleh tahan...mama tu kata ada yang tidur kat situ...pegh...ternyata orang-orang zaman sekarang..suka tempat yg mencabar...tak semestinya nak tidur hotel jer...

Sungai Kemensah, Ulu Klang

Next destinasi dari Ulu Klang terussssss ke Hulu Langat ..teringat zaman dolu-dolu...Cek Suami pernah sewa 1 rumah di Ulu Langat sebelum kami membeli rumah sendiri ...tak sempat duduk pun lepas kahwin...rumah tu just untuk simpan barang-barang jer..
Sungai Congkak, Ulu Langat..boleh tahan cantik..tempat dijaga..walau kena bayar tapi puas hati..dekat ngan tandas..surau..dan banyak pondok-pondok boleh disewa. 

Sewa Pondok  2 x RM 25 = RM 50 
Parkir Kereta  Free 2 kereta sebab ambil 2 Pondok
Parkir 7 x RM 5 = RM 35
Sewa Tapak Khemah 2 x RM 5 = RM 10


tempat nie awal-awal masuk Sungai Congkak dah jumpa..parkir mudah..tempat pun selesa..Sifu nie ada juga menyediakan Homestay untuk bermalam..tak silap RM 75 semalam....tara....nie antara pict pict yg sempat kami semua posing....














mujur Molly adikku ada upload 1 pict makanan yg dia telah buat untuk santapan kami semua..nyummy sedap....gambar makanan yang banyaaaak tu tak ambil...duk sibuk mandi-manda jer....kami datang dgn 9 buah kereta...meriahkan...kalau rancang dari awal payah nk jadi..kena rancang last minit baru jadi..janji KAMI ENJOY....nak balik kampung takut..jalan jem giler..jadi kami semua duk KL jer lah time cuti...
Buat semua family yang terlibat....cayang korang...dan terima kasih semua...