Rabu, 16 Mac 2011

Hari Graduasi Anak sulungku dan anak buahku......

ZAFEERAH NADYNE BINTI ZAIHASRUL ( Anak sulungku )


Nov 2010, Alhamdulillah..bersyukur kepadaMu Ya Allah, anakku yang pertama telah dipilihh sebagai Pelajar Cemerlang di Tabikanya iaitu Putra Putri Kindergarten, Setiawangsa. Pada mula aku sedikit pun tak dimklumkan bahawa anakku dapat anugerah tersebut, tapi yg menghairanku aku kenapa namanya terasing dengan org lain dan kenapa aku dan suami dipih utk makan semeja dengan Pengetua tabika tersebut dah lah Datin  dan Datuk plak tu, lepas pada itu aku tertunggu-tunggu kenapa nama anakku tak disebut-sebut lagi menerima sijil ooo.......rupa-rupanya.....anakku dapat anugerah Pelajar Cemerlang jadi namanya last skali....:) Ummi berharap anak ummi nie akan terus Cemerlang di dunia dan di akhirat ..InsyaAllah..amin...Teringat masa mula-mula sekolah hampir 2 minggu Abinya (suamiku) menunggu di sekolah kerana Nadyne nie asyik nangis jew....tapi sekarang syukur dh bersemangat....










FAREEZ RIDZUAN BIN RADZIEF ( anak buah @ anak kepada adikku Wiza Molyda)




Nov 2010 hari yang sama,  anak buahku anak kepada adikku Wiza Molyda juga telah di anugerahkan sebagai Tokoh Pelajar bagi Pra Sekolah Gombak.  alhamdulillah sejuk perut ibu yang mengandung.  Fareez Ridzuan nama diberi....beliau juga dilantik sebagai ketua kelas, beliau mmg semangat kalu nk ke sekolah, pernah suatu pagi Aish  ( nama timangan ) jatuh dalam bilik air sampai luka dan lebam-lebam tapi masih bersemangat untu ke sekolah...teruskan yer semangat tu.....

Tiada ulasan: