Ermmm...masalah aku bila Malaysia berjumpa ngan Indonesia dalam apa jua sukan....baik Badminton mahupun Bola Sepak ialah bila dua negara nie bertemu nak sokong mama ker nak sokong papa..heee coz my mom orang Indonesia...nak sokong mana heeee sokong mana yang menang bleh tak...tapi sokong MALAYSIA lah..lahir dan dibesarkan di Malaysia....kesian mama sesorang jer dok teriak sokong Indon heeee. sabor yer.
Jumaat, 30 November 2012
Macam-Macam Hal
'Universiti ketawa' akan dibina di India
NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP
sumber daripada www.kosmo.com.my
Labels:
Universiti ketawa
Rabu, 28 November 2012
Isnin, 26 November 2012
9 Cara Jaga Kadar Kolesterol
9 Cara Jaga Kadar Kolesterol
Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah langkah berikut:
Diet Sihat
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih muih yang manis.

Kurangi Berat Badan
Obesiti peningkatan kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur
darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.

Ringan Tulang
Orang yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari.
Orang yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari.
Mereka ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol dalam badan berbanding orang yang rajin. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan juga membantu anda menjaga berat badan.
Hindari Rokok
Tabiat merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, mulakanlah dari sekarang jauhi rokok.

Awasi Waktu Risiko Tinggi
Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda kalangan yang telah menopaus, jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik. Jangan lupa untuk tetap berolahraga.

Hati-hati Dalam Penggunaan Ubat
Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jadi demikian, sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Jauhi Alkohol
Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh semakin meningkat.
Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh semakin meningkat.
Elak Stres
Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik. Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Oleh sebab itu, pastikan apa yang anda makan setiap hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat.

Peka Kesihatan Badan
Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh.

sumber dari Majalah Mingguan Wanita
Jumaat, 23 November 2012
In Shaa ALLAH
Mari berkongsi bersama...dan sebar-sebarkan yer..pada yang membaca...
Alhamdulillah saya sudah mengetahuimya...kalau tidak...saya masih membuat kesilapan yang sama....
Labels:
In Shaa ALLAH
Selasa, 20 November 2012
Minggu Sedih+Marah+Geram+Mcm-Mcm Ada
Salam semua.....
Ya Allah..pehal ah minggu nie..minggu aku nak marah dan ngamuk jer....ada sebab sebenarnya, tapi aku tak leh nak share ngan sume pembaca...hanya leh cakap bukan hal keluarga ..alhamdulillah keluarga bahagia...
Aku nie manusia biasa bukan malaikat..dan bukan robot nak jadi all rounder...dan aku juga bukannya baik sangat nak menurut jer..ada masa datang perangai syaitan aku..akan terkurang ajar gak aku....aku nie ada penyakit baran...dan senang naik marah...tapi bersebab ah, aku boleh bersabar tapi ada hadnya. Bila meletup kang...habis...sapa yang tau perangai aku dan pernah mengenali aku tau lah...memang buruk perangai aku bila mengamuk...segala carut- marut semua keluar...setakat nak sepak terajang pun no hal lah...ah. Coz itu adalah aku..memang nampak aku lembut, manja dan kekadang mengada-ngada..tapi ada time semua tu hilang...datang perangai lain.
aku leh jadi sebaik-baik manusia..dan aku juga boleh jadi sejahat-jahat manusia. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang silap dan salah tu dari diri saya sendiri..sesungguhnya pangkat dan darjat hanya dipinjamkan oleh Allah dimuka bumi ini..ianya tidak kekal...bila mati nanti semuanya kain kapan yang sama..segala harta tinggal..hanya doa anak yang soleh sahaja yang mengiringi...semua dikebumikan di bawah tanah..takder plak kalu pangkat tinggi kena kebumi tingkat atas...
Saling hormat-menghormati kerana semua diantara kita ada peranan masing-masing dan saling perlu memerlukan dan lengkap-melangkapi. Setiap orang ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing. Ingat..langit tak selalunya cerah..sekelip mata Allah nak tarik segala kelebihan dan kekayaan milik kita tak sampai sesaat pun.
Muhasabah diri...Wasatiah dalam apa jua keadaan adalah lebih baik. Sekian celoteh dari saya buat hari ini....wassalam...peace no war...
Isnin, 12 November 2012
Macam-Macam Hal : Warga Emas Tertelan Sudu
Bedah perut keluar sudu
STABIL...Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.
TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.
Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.
Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.
“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
sumber dari http://www.hmetro.com.my
Selasa, 6 November 2012
Nak Kelihatan Cantik......
SEMBUNYiKAN MATA BENGKAK
Mata bengkak mungkin disebabkan oleh faktor
terlalu banyak menangis atau kurang tidur. Untuk tanganinya agar penampilan anda
nampak menarik, peranan bulu mata palsu amat penting. Ia membantu bulu mata
kelihatan tebal, lentik, segar dan mata yang bengkak boleh ditutupi.
GINCU BUAT GIGI PUTIH
Gigi anda berwarna kuning? Pakailah gincu berwarna
berry atau merah-keunguan. Warna gincu ini dapat memberikan efek gigi anda
tampak lebih putih.
ATASI KELEMUMUR
Menjaga rambut dan kulit kepala sangat penting,
lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai masalah kelemumur. Untuk atasinya,
cuba pilih syampu yang mengandungi Zinc Pyrithione, Tea-tree Oil, teh hijau dan
ketoconazole.
TANGANI BIBIR KERING
Bibir yang kering akan membuatkan anda ingin
menjilatnya. Jangan begitu, menjilat bibir akan merosakkan pelindung pada bibir
kerana ia mengandungi enzim yang semakin membuatkan bibir menjadi
kering.
CANTIK TANPA BotoX
Macrene Alexiades-Armenakas, pakar Dermatologi
dari New York mengatakan rahsia kecantikan seorang wanita Mediteranian adalah
dengan penggunaan minyak zaitun pada makanan. Bukan sahaja kaya dengan
antioksidan tetapi lemak dalam minyak zaitun akan melembapkan kulit, rambut dan
kuku anda.
ELAKKAN TANDA PENUAAN
Menurut David A. Colbert, ahli dermatologi New
York mengatakan pemakaian sunscreen setiap hari adalah cara yang terbaik untuk
mencegah tanda-tanda penuaan serta melindungi anda dari sinar UV yang merbahaya
dan boleh mengakibatkan kanser.
BUANG ALAT SOLEK YANG
LAMA
Menurut Sam Stern, Pengarah Kosmetik Debenhams,
89% wanita tidak mengetahui bahawa kosmetik yang tamat tempoh boleh menjadi
sarang kuman sehingga membahayakan kesihatan dan penampilan. Buanglah produk
kecantikan yang telah lama dalam simpanan anda.
PEMBERSIH TANPA SABUN
Anda membersih muka dengan menggunakan sabun?
Jangan amalkan, kurangkan penggunaannya sekali sehari sahaja. Menurut Charles E.
Crutchfield, 111 dari University of Minnesota Medical School, tip kecantikan
yang terbaik untuk membersihkan wajah adalah dengan menggunakan pembersih yang
lembut tanpa penyegar.
MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Antara makanan yang berkhasiat ialah..sayur-sayuran, kekacang, bijian, yogurt, buah-buahan dan minyak ikan.
sumber dari Majalah RAPI....
Labels:
Nak Kelihatan Cantik
Langgan:
Catatan (Atom)