Selasa, 6 November 2012

Nak Kelihatan Cantik......

SEMBUNYiKAN MATA BENGKAK
Mata bengkak mungkin disebabkan oleh faktor terlalu banyak menangis atau kurang tidur. Untuk tanganinya agar penampilan anda nampak menarik, peranan bulu mata palsu amat penting. Ia membantu bulu mata kelihatan tebal, lentik, segar dan mata yang bengkak boleh ditutupi.
GINCU BUAT GIGI PUTIH
Gigi anda berwarna kuning? Pakailah gincu berwarna berry atau merah-keunguan. Warna gincu ini dapat memberikan efek gigi anda tampak lebih putih.
 
ATASI KELEMUMUR
Menjaga rambut dan kulit kepala sangat penting, lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai masalah kelemumur. Untuk atasinya, cuba pilih syampu yang mengandungi Zinc Pyrithione, Tea-tree Oil, teh hijau dan ketoconazole.
 
TANGANI BIBIR KERING
Bibir yang kering akan membuatkan anda ingin menjilatnya. Jangan begitu, menjilat bibir akan merosakkan pelindung pada bibir kerana ia mengandungi enzim yang semakin membuatkan bibir menjadi kering.
 
CANTIK TANPA BotoX
Macrene Alexiades-Armenakas, pakar Dermatologi dari New York mengatakan rahsia kecantikan seorang wanita Mediteranian adalah dengan penggunaan minyak zaitun pada makanan. Bukan sahaja kaya dengan antioksidan tetapi lemak dalam minyak zaitun akan melembapkan kulit, rambut dan kuku anda.
ELAKKAN TANDA PENUAAN
Menurut David A. Colbert, ahli dermatologi New York mengatakan pemakaian sunscreen setiap hari adalah cara yang terbaik untuk mencegah tanda-tanda penuaan serta melindungi anda dari sinar UV yang merbahaya dan boleh mengakibatkan kanser.
BUANG ALAT SOLEK YANG LAMA
Menurut Sam Stern, Pengarah Kosmetik Debenhams, 89% wanita tidak mengetahui bahawa kosmetik yang tamat tempoh boleh menjadi sarang kuman sehingga membahayakan kesihatan dan penampilan. Buanglah produk kecantikan yang telah lama dalam simpanan anda.
PEMBERSIH TANPA SABUN
Anda membersih muka dengan menggunakan sabun? Jangan amalkan, kurangkan penggunaannya sekali sehari sahaja. Menurut Charles E. Crutchfield, 111 dari University of Minnesota Medical School, tip kecantikan yang terbaik untuk membersihkan wajah adalah dengan menggunakan pembersih yang lembut tanpa penyegar.
 
MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Antara makanan yang berkhasiat ialah..sayur-sayuran, kekacang, bijian, yogurt, buah-buahan dan minyak ikan. 
 
 
sumber dari Majalah RAPI....

Tiada ulasan: