Isnin, 4 Mac 2013

Minggu BZ & Rock OO


Fuh!!!! minggu lepas aku bz gi Kursus ...4 hari...pastu sambil kursus sempat gak aku menyilok kan diri ke gi 2 meeting..pastu hr Jumaat meeting lagi huuuuu.  Balik umah leh update?..oh noooo balik umah lagi tak sempat...nak amik nafas pun kekadang semput gak heee..time tidur jer leh rehat..tapi tu pun kekadang takleh nak rehat coz ada baby kan...bangun nak menyusu lah..ngigau lah...nangis lah.. ...

Sampai jer umah...letak beg...buka apa yang patut...(tapi baju pakai ler) heee trus wat kerja...takder maknanya nak berjimba-jimba..huuuu... kekadang merungut gak..tapi..nk wat camner..ibu bekerja dan berkeluarga macam nie ler..itu sebab orang pompuan nie kaki membebel coz bila penat cara nak meluahkan dengan cara bercakap..huuu

Minggu nie ader gak Kursus sehari ngan meeting sekali jer..wat masa nie ler...huh penat Cek Abe plAk Kursus Sabtu ngan Ahad lepas..jadi urus anak-anak ..sorang-sorang...harap-harap minggu nie leh ah rehat sket...

Tapi..Jumaat lepas rehat kan lama..sempat gak menyilokkan diri gi nengok wayang jap...opis ktorang dekat sangat ngan Wangsa Walk Mall...nak tau Filem apa...jeng..jeng..jeng..ROCK OOOO, sangat menarik..dari mula hingga habis citer kitaorang duk layan gelak...Que Haidar wat sengal dia..menjadi..heee





Sinopsis & Trailer ROCK OO




Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”
Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuksemula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? “ROCK Ooo…” turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.
Syarikat Produksi:Naga AVXS SDN BHD

Filem terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd
Judul Filem: Rock Ooo… : Rimba Bara Kembali
Durasi: 90 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia

TENAGA PRODUKSI:

Penerbit : Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penerbit eksekutif: Jalena Rejab
Pengarah: Mamat Khalid
Penulis Skrip: Mamat Khalid
Pengarah Sinematografi: Raja Mukhriz
Penolong Pengarah 1: Rizal Othman
Penolong Pengarah 2: Saifullah Khaisas
Penata Seni: Mamat Khalid
Pengurus Produksi: Zahari
Busana: Akma Suriyati
PELAKON UTAMA
Que Haidar – Amy Mat Piah
Khir Rahman – Jijo
Sofi Jikan – Zul Kapan
Pekin Ibrahim – Slash Haji Tapah
Azmi Black – Mi Black

Tiada ulasan: