Khamis, 27 September 2012

Mood Nak Kuruskan Badan (Konon heee)

Salam semua...hai saya nie kan baru jer lepas melahirkan anak yang ke-3 pada Mei yang lalu,  masa mengandung...berat badan memang 90 kg ke atas...94 kg rasanya kot..heee main rasa-rasa plak kan?.   Selepas 2 minggu melahirkan berat badan turun ke 85 kg ..wah....hampir 10 kg turun....pastu habis pantang jer turun hingga ke 79 kg.  Wah...semangat gitu tak makan apa-apa pil pelansing pun cuma kawal pemakanan...nak-nak plak csor kan..so makan pun kebanyakkannya bubur, sayur dan ikan jer tu yang leh turun banyak tu plus plak bulan puasa...pastu habis aku cuti bersalinkan  menjelang RAYA...wah....tau-tau jer lah kan..pergh naik balik ker 82 kg...adush....mana leh jadi nie..kang kalu tak kawal..makin naik kang berat aku nie...skang dah turun ke 77kg.  Kini aku tekad ( heee iyolah tu ) nak turun hingga 60 kg dolu amacam ada bran...


Aku pada zaman dolu-dolu ( no.1 dari kiri )

Aku  yang tengah-tengah tu setelah membesar dengan baiknya..heee (terkini tak upload lagi heee)

Hai tapi susah hati gak nie kalu berat badan turun banyak sangat...kang baju sume kena otter..pastu kena beli baju baru banyak ah..heeee ( poyo giler ) coz baju-baju lama dah let go ke suku sakat yang mana muat.  Tapi persoalannya sekarang berjayakah aku nak turun sampai 60 kg tu....usaha tangga kejayaan kan...nak seribu daya tak nak seribu dalih..kena berdisplin salam diet-mendiet nie.  Aku risau gak bila kita obesiti nie..banyak penyakit leh datang...hai...doakan aku berjaya yer..kalu dah berjaya nanti aku bagitau heee.  Jangan hangat-hangat Taik Ayam plak kan...hooooo hooo hooo.

Isnin, 10 September 2012

Lelaki tertua di Malaysia meninggal dunia

BESUT: Lelaki tertua di Malaysia, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Denger, Bukit Puteri dekat sini, semalam.

Beliau meninggal di pangkuan isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, dan seorang daripada anak mereka Mohamad Deraman, 56.
Anaknya, Arina Abdul Rahman, 46, seorang guru berkata, bapanya meninggal kerana sakit tua selepas tidak berselera untuk makan dan minum sejak dua bulan lalu.

"Ayah sebelum ini sihat tetapi mengadu tidak selera untuk makan, pada pertengahan bulan puasa lalu, menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan ibadah puasa," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Abdul Rahman yang pernah menerima anugerah dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai Ikon Warga Tua Sihat, dipercayai lahir pada tahun 1895 namun pada kad pengenalannya tercatat tarikh lahirnya sebagai 20 Julai 1907.

Hasil dari lapan perkahwinannya, Allahyarham dikurniakan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan, di samping 25 orang cucu, enam cicit dan empat piut.

Pak Man yang pernah bekerja sebagai tukang rumah, pernah memberitahu untuk menjaga kesihatan, beliau tidak mengambil makanan manis, masin dan berkolesterol. Malah beliau tidak meminum air batu dan merokok.
Makanan yang diambilnya lebih banyak berasaskan sayur. Sepanjang usianya, beliau dikatakan tidak pernah mengidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung.

Allahyarham juga tidak bertongkat atau bercermin mata untuk membaca al-Quran.

Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Denger sebelum solat Zohor, hari ini. - BERNAMA
 
sumber dari www.bharian.com.my
 

Jam Tangan POLO ku tertinggal Di Masjid Semenyih


Huhuuuuhuuuu....sedih geram...nak marah pun tak guna..semua lah ada dalam hati nie..rasa bodoh rasa terkilan..bercampur aduk...tapi mungkin bukan rezeki aku ler gamoknya.  Al-Kisah aku dan famili gi ler ke Semenyih Sabtu lepas ada jemputan Akikah, kebetulan tak pernah sampai lagi ke rumah baru rakan kitaorang nie...so excited ler nak gi...fuh...jem giler nak boleh sampai sana 2 jam oooo selamat ler si baby tidur jer...kalu dia amuk mau aku pun turut ngamuk.

      gambar sekadar hiasan

K..sampai jer di sana trus kita orang ngadap makanan..al-maklum...lapor...setelah jem campur sesat plak.  Dah baik punya belasah...tengok time dah pkl 3.30 ptg...aku dan famili  pun balik plka menuju ke Hotel Zon On The Park kat KLCC ader jemputan open house..tapi sebelum tu kenalah menunaikan Solat Zuhur dulu..kalu tak kang..kena jem lagi..lepas plak.  Maka suamiku pun singgah ler ker Masjid di Semenyih tu...suamiku pergi dulu pastu baru aku..al maklum dah ada anak kecik nie kena bergilir ler....tiba giliran aku..aku pun tanya ker dua orang anak dara aku tu..haaaa sapa nak ikut dan temankan Ummi Solat...dua-dua nak ikut tapi...si sulung mengalah si Kak Ngah nak ikut...kalu si no. 2 nie kecoh sikit...mulut tok tek tok tek...tiba masa nak berwuduk aku pun buka lah jam, tudung dan cermin mata...jam aku bg ke anak aku dan yg lain aku letak atas handbag...
Setelah selesai solat semua..aku pun..beredar lah dari situ...dah hagak jauh perjalanan aku baru teringat..jam tangan yang aku suruh anak aku pegangkan tadi...dengan selambernya dia cakap entah tak tau....pergh......menyirap darah aku..nie, masa tu aku rasa menyesal giler aku suh dia pegangkan..apa salahnya masa tu aku masuk terus dalam handbag ker apa ker...biasanya aku wat camtu tapi hr tu plak aku suh anak pegang...memang bukan rezeki aku lah nampaknya..nak patah balik..jauh dah..dengan jalan jem lagi..kalu patah balik ada lagi jam tu takper..tapi kalu dah takder...

Aku marah ker anak..tak guna..lalu aku marahkan diri sendiri..sampai KL aku senyap jer..terus takder mood...dahlah aku dah lama tak beli jam..aku baru jer beli masa nak Raya hari tu..dah hilang plok..memang lah tak berapa mahal..tapi berharga lah gak...sampaikan aku nekad tak nak pakai jam sampai bila-bila..lantak ler apa nak jadi.  Jam tu sepasang kot aku beli ngan suami...tu yang rasa ralat sangat tu...ermmm skang apa leh buat...wat bodoh jer ler.

Jumaat, 7 September 2012

Kanak-kanak ditemui di bawah mayat

 Kanak-kanak ditemui di bawah mayat



BEBERAPA anggota polis mengawal lokasi kanak-kanak perempuan bersembunyi dalam sebuah kereta BMW di kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline, Perancis semalam

PARIS – Seorang kanak-kanak perempuan warga Britain berusia empat tahun bersembunyi selama lapan jam di bawah dua mayat ahli keluarganya yang mati ditembak di tempat duduk belakang sebuah kereta BMW di kawasan pergunungan Alps di Perancis kelmarin.
Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline.
Pendakwa raya bandar Annecy, Eric Maillaud berkata, kanak-kanak itu ditemui oleh beberapa anggota polis.
Mayat seorang lelaki yang merupakan bapa kanak-kanak berkenaan ditemui di tempat duduk depan kereta tersebut.
Seorang penunggang basikal warga tempatan turut ditemui mati berhampiran tempat kejadian.
Turut ditemui berhampiran lokasi kejadian adalah seorang lagi budak perempuan berusia sekitar tujuh tahun yang merupakan kakak budak kanak-kanak tersebut.
Budak itu kini dirawat di sebuah hospital tempatan kerana cedera ditembak manakala tengkoraknya retak.
Menurut Maillaud, kereta BMW berkenaan milik sebuah keluarga Britain yang bercuti di kem perkhemahan di tepi Tasik Annecy.
Tasik itu yang terletak di banjaran Alps merupakan kawasan percutian popular di Perancis.
Pemilik kem perkhemahan tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka yang maut terdiri daripada ibu, bapa dan nenek kanak-kanak itu.
Seorang individu yang lalu di lokasi kejadian menghubungi polis sekitar pukul 4 petang waktu tempatan kelmarin selepas dia menemui penunggang basikal dan kakak kanak-kanak tersebut.
Kereta itu dikawal hingga tengah malam apabila beberapa penyiasat khas dari sini tiba di lokasi kejadian.
Stesen televisyen tempatan, BFM-TV memetik seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Benoit Vinnemann sebagai berkata, kanak-kanak perempuan yang selamat itu bersembunyi di bawah kaki ibunya.
Maillaud pula memberitahu, sebaik sahaja pasukan penyiasat membuka pintu kenderaan, budak perempuan itu muncul sambil tersenyum dan mendepakan tangannya.
Dia bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi tidak dapat menceritakan apa yang berlaku.
Kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah penjagaan polis.
Penunggang basikal tempatan yang ditemui berhampiran kereta berkenaan pula didapati tidak mempunyai hubungan dengan keluarga Britain itu.
Identiti lelaki tersebut hanya dikenal pasti selepas kehilangannya dilaporkan oleh isterinya.
Kata Maillaud, sekitar 15 kelongsong peluru turut ditemui berdekatan kereta tersebut.
Polis masih belum mengetahui punca kejadian itu. – Agensi

SUMBER DARI WWW.KOSMO.COM.MY

Rabu, 5 September 2012

Wordless Wednesday #30

Selasa, 4 September 2012

LEGO LAND MALAYSIA bakal dibuka mulai 15 Sept nie

LEGO LAND MALAYSIA





Harga tiketnya....mak oi..leh tahan gaks....mei ah jengok sat...

ONLINE TICKETS and ANNUAL PASSES

TicketReg. price
1-Day Ticket Adult (12-59)RM 140
1-Day Ticket Child (3-11)RM 110
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110

*Promotional day ticket and annual pass can now be purchased at the following venues:

MATTA FAIR KL, PWTC: 7th September - 9th September 2012, 10.00am - 9.00pm.

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay*: Every Saturday and Sunday from 2pm - 7pm (starting 28th April 2012 onwards).

*Same bulding as Kong Inn Seafood Restaurant and close to Lazio Italian Restaurant
                                                                                                 

Maklumat lebih lanjut sila klik sini

Isnin, 3 September 2012

TIP SUPAYA ANAK HARGAI BARANG

Tip anak hargai barang

 
Farhan berusia enam tahun, dia anak tunggal serta menjadi buah hati kepada ibu dan bapanya. Namun Farhan mempunyai masalah tidak menghargai barangan yang di beri kepadanya. Alat tulis yang dibekalkan ke sekolah sering sahaja hilang hingga terpaksa digantikan dengan yang baru. Begitu juga dengan alat permainan yang sering sahaja rosak atau pun hilang hinggakan mamanya menjadi kurang sabar dengannya.


Situasi sebegini biasa dialami oleh semua ibu tidak kira dia mempunyai seorang anak sahaja atau pun lebih daripada seorang. Ini kerana dia merasakan bahawa senang untuk mendapatkan sesuatu barangan tersebut, jadi jika hilang atau rosak, tiada masalah berlaku kerana pasti ada penggantinya. Dalam kes sebegini, mama perlu mendidik anak dengan tegas supaya dia lebih menghargai barang miliknya. Antara yang boleh dilakukan ialah:


1)Tatkala menghadiahkan sesuatu barangan kepadanya, katakan bahawa itu adalah milik mutlak dirinya jadi dia perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap barangan tersebut.

2)Jelaskan secara verbal dan juga bertulis bahawa jika berlaku apa sahaja terhadap barangan tersebut seperti hilang atau rosak, tiada pengganti untuk kecuaian tersebut.
3)Dengan ini dia sudah berfi kir bahawa amaran mamanya serius jadi dia tidak boleh leka dengan arahan tersebut.

4)Namun begitu, ia memerlukan juga kerjasama dari mama dan papa untuk memantuhi perjanjian awal bahawa tidak perlu tunduk kepada rengekan, rayuan atau tindak balas emosi mereka.

5)Katakanlah barangan mereka betul-betul
hilang seperti pensel tadi hanya dalam masa seminggu sahaja, anda perlu tegas untuk tidak membelikannya dalam tempoh tertentu. Keraskan hati dan lawan p
erasaan tersebut.

6)Jadi dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi mendidik anak kita.

7)Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata, dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat melalui pengalaman sendiri itu lebih berkesan.