Tip anak hargai barang
Farhan berusia enam tahun, dia anak tunggal serta menjadi buah hati kepada ibu dan bapanya. Namun Farhan mempunyai masalah tidak menghargai barangan yang di beri kepadanya. Alat tulis yang dibekalkan ke sekolah sering sahaja hilang hingga terpaksa digantikan dengan yang baru. Begitu juga dengan alat permainan yang sering sahaja rosak atau pun hilang hinggakan mamanya menjadi kurang sabar dengannya.
Situasi sebegini biasa dialami oleh semua ibu tidak kira dia mempunyai seorang anak sahaja atau pun lebih daripada seorang. Ini kerana dia merasakan bahawa senang untuk mendapatkan sesuatu barangan tersebut, jadi jika hilang atau rosak, tiada masalah berlaku kerana pasti ada penggantinya. Dalam kes sebegini, mama perlu mendidik anak dengan tegas supaya dia lebih menghargai barang miliknya. Antara yang boleh dilakukan ialah: |
1)Tatkala menghadiahkan sesuatu barangan kepadanya, katakan bahawa itu adalah milik mutlak dirinya jadi dia perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap barangan tersebut.
2)Jelaskan secara verbal dan juga bertulis bahawa jika berlaku apa sahaja terhadap barangan tersebut seperti hilang atau rosak, tiada pengganti untuk kecuaian tersebut.
3)Dengan ini dia sudah berfi kir bahawa amaran mamanya serius jadi dia tidak boleh leka dengan arahan tersebut.
4)Namun begitu, ia memerlukan juga kerjasama dari mama dan papa untuk memantuhi perjanjian awal bahawa tidak perlu tunduk kepada rengekan, rayuan atau tindak balas emosi mereka.
5)Katakanlah barangan mereka betul-betul
hilang seperti pensel tadi hanya dalam masa seminggu sahaja, anda perlu tegas untuk tidak membelikannya dalam tempoh tertentu. Keraskan hati dan lawan p
erasaan tersebut.
6)Jadi dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi mendidik anak kita.
7)Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata, dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat melalui pengalaman sendiri itu lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan