Rabu, 31 Oktober 2012

BADSA MinDef Juara CAPAM di New Delhi


CAPAM ?
Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM)

Ok nie ada sedikit sejarah...tapi dalam Bahasa Inggeris lah yer.  CAPAM nie satu sistem...sebenarnya...

CAPAM was established in 1994 to facilitate the exchange of information and knowledge on public administration among Commonwealth countries and beyond. The origins of CAPAM lie in the initiative to define and promote the practical requirements of good governance, just and honest government and the fundamental political values outlined in the Declaration of the Commonwealth Heads of Government at its meeting in Harare, Zimbabwe in 1991.

At CAPAM's inaugural conference in Charlottetown, Canada, in 1994, founding Chair Sir Kenneth Stowe said:  "CAPAM owes its origins to then Commonwealth Secretary-General, H.E. Chief Emeka Anyaoku's initiative in proposing the formation of what is now an independent self-supporting body comprised of both elected and appointed officials, and institutions they serve, as members committed to professional development of just and honest government."

Since inception in 2004, CAPAM has grown to a network of over 1100 members across the Commonwealth countries.

BADSA ?

Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am


A6jvbupcaaayiyd
Bergambar bersama Ketua Setiausaha Negara
Dato' Sri Dr.Ali Hamsa

A6judqmciaa8tmr
Hai yang baju Melayu biru tu Bos besar saya lah tu...
En. Johari bin Ismail namanya.

A6jtxytccaetiep
Warga MinDef


Di bawah saya sertakan Petikan buletin yang diambil dari laman web www.mod.gov.my

MinDef : BADSA Menjuarai Pertandingan CAPAM Dalam Kategori Innovations In Public Service Management
Saturday, 27 October 2012 00:00
Malay Version Only
New Delhi, 27 Okt 2012 - Projek Aims (Accountability Index Monitoring System) telah menjadi juara dalam pertandingan Inovasi Negara-negara Komanwel yang telah diadakan di New Delhi dari 21 hingga 27 Oktober 2012. Empat kategori telah dipertandingkan dan BADSA telah menjuarai kategori Innovations In Public Service Management. Tiga kategori lain pula telah dimenangi oleh Nigeria, Singapura dan India.
Presiden CAPAM semasa majlis penutup menyatakan pada peringkat awal 200 penyertaan di terima dari seluruh negara Komanwel. Setelah di tapis hanya terdapat 40 penyertaan telah berjaya ke semi final dan dari itu hanya 12 penyertaan berjaya ke peringkat akhir.
Pertandingan di jalankan dengan cara setiap penyertaan membentangkan projek masing-masing kepada panel juri. Juri-juri ini dilantik daripada 10 orang pakar daripada 10 negara Komanwel. Bagi setiap pembentangan dan soal jawab mengambil masa selama 1 jam. Peserta finalist juga telah membentangkan projek masing-masing dalam Konference CAPAM yang telah dihadiri oleh 400 peserta.
Tim Aims ke New Delhi ini diketuai oleh Datuk Dr Ismail bin Hj Bakar (TKSU Dasar), Tuan Hj Johari Ismail (SUB BADSA), Dua pegawai BADSA iaitu Lt Kol Hamisan bin Mian dan Lt Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah serta Cik Norhayati binti Abdullah (Pegawai ICT).
Ketua Setiausaha Negara turut mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah CAPAM 2014. Kejayaan ini harus dikongsi oleh semua warga MinDef yang telah memberi sokongan untuk kejayaan ini. Semua warga MinDef harus merasai kejayaan ini dimana MinDef telah menempah nama di persada Antarabangsa. SSR MinDef telah mendapat 5 Bintang, Akauntabiliti Index dari Audit Negara juga telah mendapat 4 bintang. Kini MinDef berjaya pula di peringkat antarabangsa. Komitmen semua warga MinDef adalah penting untuk mencapai Plan Transformasi MinDef.

Nota :

Pada Tahun 2014 nanti Malaysia pula menjadi Tuan Rumah Persidangan CAPAM

Tiada ulasan: