Rabu, 28 Disember 2011

Makanan kat Penang leh Tahan Hergenya

Wah giler kentang mahal herge makanan kat Padang Kota Lama, Al-Kisah cuti hujung minggu yang lepas aku gi balik Perak kampung ayahandaku..pastu gatal-gatal ler aku dan sekeluarga jenjalan ke Penang..tekak nie teringin nak makan masakan penang lah katakan..wah..ngada-ngada heee.  Hah sebabkan ngada-ngada aku nie abis sume tekena sebab mai pekena sangat..haaa bukan mahal mana pun cuma mahal dari Kuala Lumpur ler harga makanannya.

Nak tau apa jer yang aku makan kat Padang Kota Lama .ha mai sat..

Gambar sekadar hiasan

Pasembor Penang memang layan....hai adikku si Dis sedap jer pilih punya pilih habis 1 pinggan penuh..pergh...harganya...pun sedap RM 19 sepinggan orang lain makan reramai..dia bleh pulun sorang-sorang..rugi kot beli mahal2 kalu makan tak habis..haaaa


Gambar sekadar hiasan

Aku plak order Bihun Goreng Udang...udangnya 3 ketul jer..tak sedap lansung pun..mai ai..RM8 hinggit


Gambar sekadar hiasan

Cek abe tercinta plak order lah Kerang Bakar coz anakanda gue si Nadyne suka bangat makan kerang...tekena RM10 hinggit kat KL baru RM 3.


Gambar sekadar hiasan

Cek abe tercinta order lagi untuk tambah-tambahan..mak ai harga sepinggan Sotong Kangkung dengan Sotong Bakar tekena RM16 hinggit.

hai banyak lagi ah menu yang harganya diluar jangkaan kitaorang..pastu bukan diaorang buh hargapun..buatnya yang mai tu jenis ada RM 10 jer dalam poket haru dibuatnya..nie makan kat foodcourt jer nie bukan Restorang pun..dahlah duduk jer punya lah ramai datang tanya nak makan apa..penuh meja duk tanya..tapi order ja lebih sampainya idok juge..ish tak faham aku. Tapi Penang memang happening..sampai pening aku..haaahaaa tak puas gi sana rasa nak pi lagi.

Jumaat, 23 Disember 2011

Kelebihan Hari Jumaat

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.



Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

sumber dari JAKIM

Khamis, 22 Disember 2011

Antara Aksi-aksi Yang Jarang-Jarang Kita Lihat








 



 



 

Note Baru Ringgit Malaysia

pix_middle

KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.
Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.


sumber http://www.hmetro.com.my/
Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.

Rabu, 21 Disember 2011

1. Rugi 2. Nyesal dan ke 3..Teruja.... BEN ASHAARI

Waduh...nyesal campur terkilan semua da lah...nak tau kenapa, mana taknya aku dah tau yg Ben Ashaari blogger terkenal tu ada kat bangunan aku nie ha ada Seminar aku tau melalui status dia dlm Facebook, sebenarnya terdetik dalam hati nie  berharap leh dapat jumpa ngan dia..pastu nak jadi citer aku ternampak lah beliau nie..tapi yg ngok ngek nya aku nie dh nampak tak reti nak menyapa atau amik peluang bergambor..huuuu pastu baru nyesal yerk...tah apa2 kan.
nie ler orangnya...

Ha..baru jap tadi nie Ben Ashaari menyapa aku dalam fb..wah teruja kot...dia tanya mana aku tak nampak pun..hooo aku bgtau yg aku nampak dia dan aku jer kenal dia tapi takkan dia kenal aku kot..follower blog dia beriban kot..aku cetoit jer.  Abg Ben bgtau dia bukan datang keseorangan tapi ada Ujang gak..alah blogger gak.  Yang hadir Seminar tu tadi terdiri daripada Pengarah-Pengarah Filem yg terkenal  seperti Datuk Yusof Haslam, David Teo dan ramai lagi yang aku kenal muka jer tapi nama tak pasti..hooohoo ho. Abg Ben kata takper maby takder jodoh nak bertemu..sebenarnya dah hampir dah tapi aku yg tak pandai amik peluang. Takper next time aku akan pastikan yg aku akan pandai amik peluang.  Ceh !!! aku nie kategori pemalu bleh ke? Malu tapi Mau...Aummm.

Wordless Wednesday #21

Kilat Kasut Pun Boleh Kaya

Kilat kasut dapat RM476.52 sehari di Washington

GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu.


WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.
Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.
Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.
Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.
"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP

Selasa, 20 Disember 2011

Bahaya Tahan Kencing

Subject: Jangan tahan kencing.
 
Keburukan Menahan Kencing

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia. “Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. “Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. “Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,”


ujarnya. Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam. Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. “Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. “Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih. Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan. “Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder. Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Isnin, 19 Disember 2011

Besday Ibu Mertuaku.....

Ada 2 kek lagi....

Aktiviti selingan...mengait buah rambutan

Suamiku seronok sekali-sekala gi dusun kakaknya...meriah!!!

Ibu mertuaku memotong kek besdaynya

semua kelaparan nie nampaknya...

Daniya merajuk ke nie..alah cayang

sekali-skala berkumpul..seronok

Jumaat, 16 Disember 2011

SEPULUH SEBAB KETUHAR GELOMBANG MIKRO (KGM) MESTI DI BUANG!!!!!!

SEPULUH SEBAB KETUHAR GELOMBANG MIKRO (KGM) MESTI DI BUANG!!!!!!

 

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1.      Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia “memendekkan” utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2.      Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam KGM.
3.      Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
4.      Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5.      Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6.      Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7.      Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8.      Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9.      Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10.   Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro
Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya?
Ketuhar gelombang mikro (KGM atau microwave oven) ialah antara peralatan moden yang popular di kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur terutamanya. Para ibu dan isteri hanya perlu memasukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya. Sekelip mata makanan panas sudah pun terhidang. Justeru hampir setiap rumah kini memiliki KGM.
Cara Masak Melawan Fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan KGM, makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas dibahagian dalam dahulu barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam KGM untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun kelihatan seperti belum masak, tetapi jika dibelah tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang.
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah lazimnya membawa keburukan.
KGM Pengancam Nyawa
KGM diperkenalkan kepada orang ramai pada sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesannya kepada kesihatan manusia.
Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat berbahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan KGM turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini ramai yang diserang sakit jantung dan orang muda seawal usia 20-an dan 30-an mati akibat kanser.
Makanan Jadi Toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini “dipaksa” berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.
Badan Tidak Kenal Makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan KGM bukan radiasi yang terhasil tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap “makanan mati” atau badan mengumuhkannya dengan pantas.
Sungguh pun telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan KGM, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperolehi daripada penjualannya yang berlipat ganda.
Penemuan Mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan KGM dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidamt di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan KGM terhadap 8 individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan yang dimasak menggunakan KGM. Blanc dan Hertel mendapati paras hemoglobin mereka menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan masakan KGM cenderung mendapat anemia (kurang darah). Situasi ini bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan malah bertahun-tahun?
Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya: