Kilat kasut dapat RM476.52 sehari di Washington
WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.
Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.
Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.
Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.
"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan