Jumaat, 30 Mac 2012

Khasiat Teh! : TEH & JANTUNG

Khasiat Teh! : TEH & JANTUNG



Cathecins & theafl avin (polyphenol antioksida) yang terkandung di dalam teh terutamanya teh hijau menghalang pengoksidaan kolesterol yang boleh mengakibatkan sumbatan pada salur darah. Kajian mendapati subjek yang mengamalkan minum teh hijau mempunyai tahap kolesterol dan LDL ( kolesterol jahat) yang rendah.
Kajian di China mendapati secawan teh hijau sehari mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 10 peratus. Kajian di UK pula menunjukkan pengambilan lebih tiga cawan teh sehari mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sementara satu hingga enam cawan teh hijau sehari mungkin meningkatkan tahap antioksida dalam badan.
Satu kajian telah dilakukan melibatkan 340 orang pesakit yang dijalankan untuk melihat kaitan di antara ‘caff einated coff ee’, ‘decaffeinated coffee’ dan teh serta kesannya terhadap serangan jantung. Hasil kajian mendapati hanya teh mempunyai kesan positif dengan merendahkan risiko serangan jantung.
Kajian oleh Boston Area Health mendapati satu cawan teh sehari merendahkan ½ kali ganda risiko serangan jantung. Ia menggantikan kopi, minuman soda /berkarbonat atau kordial dengan teh adalah satu langkah yang sihat. Harvard School of Public Health juga menyarankan minum teh dengan tambahan gula yang minimal, setiap hari.

sumber dari Majalah NUR

Khamis, 29 Mac 2012

Malaysia Jadi Tumpuan Lokasi Filem Asing

Lokasi filem asing




JIKA penerbit filem dan drama tempatan terbang ke luar negara untuk mendapatkan pemandangan serta lokasi yang berbeza, tidak kurangnya dengan penerbit luar seperti Bollywood, Hollywood dan negara Asia yang lain yang memilih Malaysia sebagai lokasi karya mereka.
Jika di mata kita, negara luar sangat cantik, di mata mereka Malaysia juga indah dan mempunyai nilai serta budaya yang tersendiri sehingga layak dipilih sebagai lokasi penggambaran filem yang membariskan pelakon kelas A.
Antara filem luar yang menampilkan Malaysia dalam layar perak mereka adalah Young & Dangerous, Anna and The King dan juga filem terkenal Bollywood, Don 2.
Judul filem: Don dan Don 2
Pelakon: Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Arjun Rampal, Lara Dutta dan Kunal Kapoor.


SHAH RUKH KHAN (tengah) merupakan pelakon utama filem Don dan sekuelnya, Don 2.

Rabu, 28 Mac 2012

Alhamdulillah Aku Dah Masuk Trimester Akhir Kehamilan

Syukur Alhamdulillah semuanya ok buat masa nie dan minta masa mendatang pun minta ok ler...tu keadaan baby ler..Ummi nya plak macam biasa semput dan BP tinggi da..darah tinggi..last week tinggi pastu kena tambah dos dari separuh siang dang separuh malam trus kena sebiji siang dan sebiji malam.  Adus..nie dah start kerap gi check up ler..2 minggu sekali pastu seminggu sekali.  Nak wat camner..redha jer lah nie lah yang aku lalui setiap kali mengandung.  Aku punya due bersalin 03.06.2012 tapi oleh kerana aku nie confirm dah kena operate jadi awal 2 minggu ler jadinya pertengahan bulan Mei.  Hai masa tu nak ikutkan aku ada exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) tah sempat ke idok aku ngambil nya tapi aku apply jer....
Dah masuk trimester ke 3 nie semakin tak larat rasa nak bawa badan nie..balik rumah memang terus flat...dah mula sakit abdomen..pinggang dan segalanya lah..alhamdulillah suami memahami..kalu leh rasa nak amik cuti sampai ler bersalin.  Serius nak ikutkan aku memang dah tak larat dah..tapi tak nak ikutkan rasa atau hati..nanti orang kata aku lembik plak.  Maka aku kuatkan semangat dan hati nie,  dengan harapan orang disekelilingku memahami dengan keadaan aku sekarang..al maklum aku ada darah tinggi dan Asma doktor pesan jangan wat sesuatu tergesa-gesa.. ilek-ilek jer...erm...ada orang faham dan bukan semua faham...Hai risau plak next week aku check up darah naik lagi..makanya masuk wad lah aku...keluar masuk sampai ler tarikh operate dikatahui nanti...doakan yang terbaik untuk UmmiP3 yer...amin..minggu nie minggu ke 31..ada 7 minggu lagi untuk perut aku dibedah..hooohooo

Isnin, 26 Mac 2012

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

 

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

2012/03/26

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.
 
Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.
Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.

sumber dari http://www.bharian.com.my/
 

Kereta tergantung jadi daya tarikan

Kereta tergantung jadi daya tarikan

SEORANG pekerja, Maik Dannewitzsch berdiri di dalam kereta yang digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di Moritzburg pada Selasa lalu.


MORITZBURG, Jerman - Sebuah kereta kecil digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di sini.
Kereta itu digunakan dalam kursus memanjat di dalam hutan. Kursus itu ditawarkan kepada orang ramai di taman tersebut.
Dalam kursus itu, kereta Trabant itu menjadi pilihan untuk digantung kerana badan kenderaan tersebut diperbuat daripada plastik.
Kereta itu akan menjadi daya tarikan terbaharu di taman tersebut. - Agensi


Rabu, 21 Mac 2012

Sempena Hari Jadi Aku Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup

Jeng..Jeng..Jeng....Pergh... hebatnya...kebetulan jer Hari Polis dan Besday aku disambut pada tarikh yang sama untuk setiap tahun iaitu pada 25 Mac.   Kalu aku jadi Polis kan best leh sambut 2 in 1 yerk...anyway SELAMAT HARI POLIS buat semua Polis Diraja Malaysia...

Hari Polis: Jalan sekitar Dataran Merdeka ditutu

2012/03/21

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup bermula petang ini sehingga awal pagi Ahad bersempena raptai dan sambutan Hari Polis ke-205.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor, dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan berkenaan akan ditutup mulai 6 petang hingga 12 tengah malam Jumaat untuk raptai manakala untuk sambutan Hari Polis Sabtu ini pula penutupan jalan bermula 3 petang hingga 2 pagi Ahad.
Antara jalan yang terbabit ialah Jalan Kinabalu ke laluan susur ke Bukit Aman, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Hang Kasturi/Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn/Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka. - BERNAMA

Wordless Wednesday #26

Isnin, 19 Mac 2012

Aku dah gi nengok SEEFOOD

Al-kisah Jumaat lepas aku amik cuti..coz nak bawa anak-anak gi nengok Filem Animasi Seefood, kebiasaanyya aku beli tiket online dan terus jer bayar melalui maybank2u..tapi tu kat TGV ler..Wangsa Walk..ermm kali nie nak pi merasa MBO plak..alah MBO KL Festival kat Danau Kota.  MBO nie harga dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7 lebih murah ler.  Aku sampai situ dalam 3.20 ptg ada plak tiket jam 3.30 ptg. Alhamdulillah rezeki, tak perlu beratur panjang plak tu...  Filem dia manarik..jalan citer pun best..tapi maby mungkin citarasa anak aku..si Daniya anak aku no.2 siap tertidur dalam pawagam lagi..atau mungkin time tidur dia hagaknya..heeeee.  Filem animasi nie ada web site dia sila klik sini sekiranya nak nengok trailer plak sila klik sini.  Filem nie grafik dia memang manarik ler setaraf dengan Filem Animasi Luar Negara..tabik spring lah...pastu dalam filem nie ada menunjukkan ciri-ciri perkampungan di Malaysia ...tapi pembikin  Filem nie ada berapa jer nama-nama orang melayu..yang lain cina..heee takper yang penting Produk Malaysia. Caiyok..caiyok..


Sinopsis filem animasi SeeFood
SeeFood mengisahkan kesungguhan serta ketabahan watak Pub iaitu seekor jerung dan sahabat baiknya, Julius. Kisah bermula apabila berdozen telur ikan jerung dalam terumbu karang dicuri pemburu haram. Tanpa mengambil kira risiko dan bahaya yang bakal ditempuhinya, Pub nekad untuk menyelamatkan adik-beradiknya.

Julius yang khuatir akan keselamatan Pub, muncul dengan sut khas yang menyerupai robot untuk memburu makanan di daratan. Malangnya, Julius pula yang menjadi mangsa tangkapan seorang nelayan yang rakus. Oleh itu, Pub berazam untuk menyelamatkan kawan baiknya daripada menjadi hidangan sup jerung istimewa.

Dengan sari kata bahasa Melayu dan Mandarin, SeeFood sedang ditayangkan di 65 panggung di seluruh negara dan Brunei Darussalam mulai 8 Mac yang lalu.

Khamis, 15 Mac 2012

Kenali Rambut Anda

Ketahui Kebenaran Demi Makhkotamu
Rambut merupakan mahkota buat setiap wanita. Tidak kiralah kerinting mahupun lurus, pendek mahupun panjang, penampilan seseorang pasti lebih menarik apabila memiliki rambut yang cantik dan sihat.
Namun dalam usaha memperoleh rambut sihat ini, sering kali terdengar tentang info-info yang mengelirukan, entah betul atau sekadar cakap-cakap kosong. Antaranya seperti di bawah ini :


1. Rambut tebal jika kerap dipotong
Ramai beranggapan, rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal jika sering dipotong.
Buat pengetahuan anda, akar rambut tumbuh di dalam kulit. Memotong rambut lebih kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutama bagi yang menghadapi masalah rambut bercabang. Pun begitu, kerap memotong rambut tidak bermakna rambut akan tumbuh lebih cepat atau tebal.

2. Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya.
Meskipun sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang.
Justeru, bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau merapikan bahagian rambut yang bercabang.

3. Bersih rambut setiap hari punca rambut kering
Tidak ada peraturan tentang berapa kerap sepatutnya anda bersyampu mencuci rambut, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor. Sebagai contoh, andai anda memiliki kulit kepala dan rambut jenis kering, jika anda membersihkan setiap hari maka itu membuatkan rambut menjadi kering, kecuali jika anda menggunakan perapi selepas mencuci.
Sebaliknya, seseorang dengan rambut berminyak, tiada masalah jika sering membersihkan rambut. Begitu juga dengan mereka yang gemar bersenam setiap hari. Rambut perlu dibersihkan lebih kerap kerana ketika bersenam, tubuh termasuk kulit kepala akan mengeluarkan lebih banyak peluh sehingga kulit kepala dan rambut akan lembap.
Oleh itu, bukan kekerapan membersihkan rambut yang menjadi persoalan, sebaliknya jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut perlu dibersihkan.

4. Rambut berubah warna kerana syampu
Syampu merupakan pencuci yang diformulasi untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan sabun setiap hari tidak akan mengubah warna kulit kepada warna kelabu, begitu juga dengan penggunaan syampu - tidak akan membuat rambut bertukar kepada warna kelabu.
Punca rambut berubah warna mungkin disebabkan oleh faktor genetik, hormon, dan pengambilan zat yang tidak seimbang. Misalnya, disebabkan oleh kekurangan vitamin. Penggunaan syampu juga bukan bermakna rambut anda kekal sihat sentiasa.
Rambut merupakan unsur mati, zat yang dihasilkan oleh rambut disebut keratin. Syampu berfungsi hanya untuk membersihkan rambut dan kulit kepala semata-mata. Ia tidak ada kaitan secara langsung dengan sistem imunisasi tubuh.
Jika anda sudah menemui syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut, sebaiknya kekalkan ia dan tidak perlu untuk bertukar-tukar semata-mata mahukan kelainan.

5. Penggunaan perapi tidak berkesan
Kebanyakan perapi yang disapu pada rambut akan dicuci semula hingga ada beranggapan ia tidak mendatangkan sebarang kesan kerana dibersihkan. Perapi bertujuan menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur.
Kebanyakan perapi digunakan setelah selesai mencuci rambut dengan syampu. Selepas beberapa minit dibiarkan pada rambut, perapi akan dibilas, namun dalam tempoh tersebut, ia sudah berfungsi secara optimum. Ini kerana fungsinya membantu membuatkan rambut lebih mudah diatur, lebih bersinar dan lembut sudah tercapai.

6. Uban tumbuh lebih banyak jika dicabut
Ramai beranggapan, apabila mencabut rambut yang beruban, maka ia akan menyebabkan lebih banyak uban yang akan tumbuh. Ini sama sekali tidak benar memandangkan setiap rambut memiliki satu folikel. Mencabut satu helai rambut tidak akan mempengaruhi lainnya. Jadi, apabila anda melihat rambut beruban, jangan takut untuk mencabutnya.

7. Tidur dengan rambut basah penyebab kelemumur
Keadaan yang memudahkan kelemumur tumbuh adalah lembap, berminyak dan panas. Ada beranggapan, tidur dengan rambut baru disyampu dan masih lembap akan menyebabkan kelemumur.
Masalah pada rambut disebabkan diri tidak mementingkan kesihatan dan penjagaan rambut iaitu tidak membersihkan rambut selama berhari hari. Ini akan menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak akibat timbunan minyak yang tidak dibersihkan selama berhari-hari sehingga menimbulkan masalah kelemumur dan sebagainya lagi.

8. Produk penjagaan rambut di spa sama seperti di pasaran
Produk penjagaan rambut di salun kecantikan rambut dihasilkan secara khusus untuk memenuhi keperluan pengguna. Sebagai contoh, salun menyediakan produk khusus untuk merawat rambut berwarna.
Seperti penambahan ekstra serum pada produk dan juga perapi. Manakala produk syampu yang biasa di pasaran adalah untuk kegunaan umum dan tidak terhad untuk tujuan tertentu. Justeru, tidak benar andai dikatakan produk syampu di salun sama bahan dan fungsi seperti mana syampu biasa di pasaran.

9. Produk dengan label semula jadi bebas bahan kimia
Sebetulnya, apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan semula jadi adalah bahan tersebut biasa anda guna ketika di dapur atau ada di kebun. Label yang ada pada sesuatu produk kononnya menggunakan bahan semula jadi adalah semata-mata untuk menarik perhatian. Di dalam syampu misalnya, tetap memerlukan pewarna, bahan pencuci dan sebagainya dan yang pasti ia bukan bahan semula jadi.

10. Rambut nipis lebih mudah rosak
Rambut rosak sebenarnya disebabkan oleh cara menyisir yang salah dan bukannya atas sebab tipis atau tebalnya rambut. Bahkan, penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyisir rambut juga boleh menyebabkan rambut bercabang dan lebih serius lagi ia akan mengalami kerosakan.
Menyisir dengan cara yang salah, terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak. Tetapi, jika anda menyisir rambut mengikut kaedah yang tepat iaitu dengan cara yang lembut, maka rambut tidak mudah rosak.


Rabu, 14 Mac 2012

Wordless Wednesday #25

Selasa, 13 Mac 2012

Waktu terbaik minum air kosong

Waktu terbaik minum air kosongJapanese Medical Society membuktikan dalam kes- kes tertentu, amalan minum air kosong mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Antaranya ialah masalah sakit kepala, sakit- sakit badan, sistem jantung arthritis, epilepsy bronchitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Antara peraturannya ialah:

- Jangan makan atau minum untuk 45 minit.

- Selepas 15 minit bersarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam.



- minum 4 gelas air (160ml) sebaik terjaga tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Isnin, 12 Mac 2012

Awasi Anak-anak Anda Dari Lolipop Pendafluor

Sekat lolipop pendafluor masuk



S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.
"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Jumaat, 9 Mac 2012

iPad baharu diperkenalkan

iPad baharu diperkenalkan

SATU imej dipaparkan pada skrin iPad baharu.



SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Komputer tablet iPad baharu keluaran syarikat Apple akan lebih tebal dan berat daripada iPad 2 ekoran gajet berkenaan dilengkapi bateri lebih besar dan berkuasa.
Namun, jangka hayat bateri baharu tersebut kekal sekitar 10 jam sama seperti iPad 2.
iPad baharu menggunakan lebih banyak kuasa kerana resolusi skrin komputer tablet berkenaan ditingkatkan sebanyak empat kali ganda.
Apple memperkenalkan gajet berkenaan pada satu majlis di sini kelmarin.
Tebal iPad baharu adalah 9.4 milimeter (mm) berbanding ketebalan 8.8mm untuk iPad 2.
Berat model iPad baharu yang dilengkapi Wi-Fi turut meningkat daripada 0.6 kilogram (kg) kepada 0.65kg manakala model yang menggunakan modem untuk mengakses data selular pula lebih berat.
Berat berkenaan meletakkan iPad baharu berada di antara iPad asal dan iPad 2.
Bagaimanapun, iPad baharu adalah lebih nipis berbanding iPad generasi pertama yang memiliki ketebalan 12.7mm.
iPad baharu akan mula dijual pada 16 Mac ini di AS, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Singapura, Switzerland, United Kingdom dan Kepulauan Virgin AS. – AGENSI


sumber dari www.kosmo.com.my

Khamis, 8 Mac 2012

Najib umum batal SBPA

Najib umum batal SBPA, penjawat awam kembali kepada SSM yang ditambah baik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - BERNAMA

Rabu, 7 Mac 2012

9 Kekuatan Untuk Cipta Bahagia

9 Kekuatan Untuk Cipta Bahagia
Kebahagiaan rumah tangga bukanlah bergantung pada kekuatan cinta semata-mata. Ada banyak lagi aspek kekuatan yang perlu ada pada pasangan agar rumah tangga yang dibina utuh dan berkekalan hingga ke akhirnya.
Bagi yang belum berumah tangga maka persiapkan diri dengan kekuatan ini. Buat yang sudah berkahwin tiada salahnya menilai diri sama ada punya semua kekuatan ini dalam melayari rumah tangga.
1. Kekuatan fikiran
Sedarkah bahawa cinta bermula dari fikiran. Pastinya kita terfikir untuk mencari pasangan yang menepati cita rasa dan sudah tentu kriteria cantik, bijak, beragama dan penyayang menjadi pilihan. Secara tidak langsung, berfikir tentang hal-hal sebegini membuatkan anda lebih mengenali pasangan tanpa anda mengetahui siapakah individu yang dicari. Bersandarkan dari pencarian tersebutlah maka anda akhirnya dipertemukan dengan calon yang diinginkan.
2. Kekuatan melalui pemberian
Dalam percintaan dan rumah tangga perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan kesepakatan. Sekiranya ingin mendapatkan cinta maka anda terlebih dahulu perlu memberinya. Lebih banyak cinta yang diberi maka lebih banyaklah cinta yang anda peroleh. Usah kedekut berkongsi kasih sayang kerana lama kelamaan keindahannya pasti dirasai. Sedar tak sedar bercinta juga membuka peluang untuk anda lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai kebaikan.
3. Kekuatan melalui persahabatan
Mendapatkan cinta yang sejati bukanlah semudah memperoleh cinta monyet. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Kerana itulah jalinan persahabatan diperlukan meskipun anda telah mengikat jalinan perkahwinan dengan pasangan. Belajarlah untuk menjadi kekasih dan sahabat yang baik kerana cinta tidak semestinya pandangan mata yang turun ke hati tetapi lebih kepada kebersamaan ke arah satu tujuan.
4. Kekuatan untuk melepaskan
Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Untuk itu belajarlah untuk melepaskan kerana dia bukanlah milikmu yang abadi. Dalam percintaan anda perlu miliki ruang untuk diri sendiri. Ruang untuk mencintai diri sendiri serta ruang untuk belajar memperbaiki diri. Disebabkan itu, sebelum mencintai orang lain cubalah belajar menjadi seorang yang memaafkan dan lupakan kisah silam hitam dalam hidup masing-masing. Dalam erti kata lain cuba melepaskan perasaan takut, curiga, ego, syak wasangka dan segala yang negatif dalam hidup anda dan dirinya.
5. Kekuatan ingin menghormati
Anda bukanlah pencinta yang baik sekiranya tidak mampu menghormati pasangan yang dicintai. Namun perlu diingat, individu pertama yang perlu diberi penghormatan adalah diri sendiri dan selepas itu barulah orang lain. Tanyakan pada diri apakah perkara yang membuatkan anda ingin dihormati. Sudah pasti perkara yang lebih kurang sama juga dirasai oleh pasangan.
6. Kekuatan sentuhan
Salah satu cara menginterpretasikan cinta adalah melalui sentuhan. Dengan sentuhan pasangan dapat merasa sedalam mana cinta anda padanya. Sentuhan yang lembut, hangat atau biasa-biasa sahaja. Dengan sentuhan juga benteng pemisah disebabkan perasaan malu kerana baru mengenali mampu diruntuhkan dengan mudah sekali gus menyatukan dua jiwa untuk hidup bersama. Namun perlu diingat kekuatan sentuhan ini layaknya dipraktikkan untuk yang berumah tangga saja.
7. Kekuatan berkomunikasi
Mencintai insan yang anda sayangi membuka laluan atau tatacara untuk anda berkomunikasi dengannya. Biarkan dia mengetahui dan menghargai sedalam mana kasih serta cinta yang anda himpunkan buatnya. Gunakan kekuatan untuk mengucapkan tiga perkataan keramat (Aku Cinta Padamu) setiap kali pasangan bangkit dari lenanya. Sertakan dengan ciuman hangat penuh makna.
8. Kekuatan untuk mempercayai
Sukarnya mencipta kepercayaan dalam sebuah rumah tangga yang baru dibina. Bagaimanapun hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Meskipun payah melakukannya tetapi berilah peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana dia adalah sebahagian dari hidup anda sebaik lafaz akad diucapkan. Sebaiknya tinggalkan 30 peratus keraguan anda untuknya kerana ia berfungsi sebagai benteng yang mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
9. Kekuatan memberi komitmen
Mengambil keputusan mendirikan rumah tangga membuktikan bahawa anda sudah bersedia pada satu komitmen yang penting. Disebabkan itulah anda perlu bijak mengendalikan komitmen tersebut agar tidak bercelaru dan menyusahkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah adalah kesetiaan. Anda terikat pada sebuah hubungan perkahwinan dan menjadi prinsip rumah tangga, setiap pasangan perlu jujur dan setia. Itu antara komitmen yang perlu dipikul dan diingati sepanjang masa agar rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia.


Selasa, 6 Mac 2012

Aku dah gi nengok Adnan Sempit 2


Al-kisah Jumaat lepas aku serta ahli keluarga aku yang besar termasuk ibunda dan ayahanda join bersama nonton Adnan Sempit 2.  Kisahnya masa Adnan Sempit 1 dolu kitaorang nengok ramai-ramai gaks.  Kalu dolu nengok kat MBO Glaxy Ampang dan Adnan Sempit 2 nie gi tengok kat TGV Wangsa Walk plak.  Nengok jam 11.10 malam..jenoh aku suh anak-anak tidur dolu pastu aku kejutkan untuk gi nonton wayang..pada mulanya ngantuk tapi bila jumpa sepupu sepapat...takder maknanya..hilang ngantuk sume.  Ermmpendapat aku lah...Adnan Sempit 2 nie lawak..lawak giler tapi yang herannya aku rasa masa AdnanSempit 1 dolu aku gelak lagi sakan kot...ke sebab kali nie aku ngandung..kena control..heeee.  Tapi kalu nk gelak dan hiburkan hati gi ler tengok yer..disamping membantu dan menyokong Filem Melayu kita...ceh promote lah plaks.


Nie bukti anak aku pegang tiket wayang yang panjang punya...


SINOPSIS FILEM

Filem Adnan Sempit 2 dilakonkan oleh pelakon yang tak asing lagi iaitu Shaheizy Sam (Adnan) bersama Intan Ladyana (Nadia) dan Yana Samsudin (Wawa) dan juga Along Cham (Bobby). Filem Adnan Sempit 2 ini dengan durasi 89 minit bergenre Aksi dan Komedi.


Adnan Sempit 2 mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.

ROTA VIRUS MEMBUNUH

JIKA anak anda mengalami cirit-birit yang kerap dan muntah-muntah, jangan berlengah dan segeralah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mereka mungkin dijangkiti rotavirus yang boleh membawa maut.
Awal Februari lalu, negara dikejutkan dengan wabak gastroenteritis akut (AGE) yang telah menyerang dua daerah di Perak. Dua kes kematian tersebut masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.
Virus tersebut dipercayai merebak melalui air. Perak mencatatkan jumlah pesakit yang paling tinggi bagi jangkitan tersebut dengan rekod setakat 16 Februari lalu ialah seramai 3,444 kes.
Jangkitan rotavirus biasanya bermula dengan demam dan diikuti dengan tiga hingga lapan hari cirit-birit dan muntah-muntah. Cirit-birit yang dimaksudkan itu lazimnya menyingkirkan lebih banyak cecair daripada tubuh.
Hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum menginjak usia lima tahun.
Virus ini telah dikenal pasti sebagai punca utama masalah cirit-birit dan 600,000 kematian akibat rotavirus dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003, sebanyak 10.6 juta kematian berlaku setiap tahun dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun. Semuanya disebabkan masalah cirit-birit.
Di Malaysia, data Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa di antara tahun 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus, manakala satu daripada 67 orang ditahan dalam wad, sementara satu daripada 15,000 orang berdepan dengan kematian.
Dua hari
Sebaik sahaja kanak-kanak dijangkiti virus tersebut, merka akan jatuh sakit dalam tempoh dua hari. Jangkitan tersebut mungkin menunjukkan simptom-simptom ringan ataupun tiada langsung.
Kanak-kanak boleh dijangkiti virus beberapa kali dalam hidup mereka dan jangkitan kali pertama selalunya paling teruk.
"Beberapa simptom yang biasa adalah seperti cirit-birit berdarah, muntah-muntah dengan kerap melebihi tiga jam, suhu badan mencecah 39.4 darjah Celsius ke atas dan tidak bermaya.
"Mereka juga menunjukkan simptom dehidrasi seperti mulut kering, menangis tanpa air mata, kencing sedikit atau tiada langsung serta mengantuk yang luar biasa.

"Rotavirus mudah berjangkit. Ia merebak melalui sentuhan dengan najis dan seterusnya dijangkiti melalui makanan tercemar, air dan titisan pernafasan," kata Pakar Perunding Pusat Pediatrik dan Gastroenterologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr. Chai Pei Fan.
Tambahnya, rotavirus boleh bertahan selama beberapa hari pada permukaan keras dan kering dan ia boleh hidup selama berjam-jam di tangan manusia.
"Cirit-birit yang teruk boleh mengundang dehidrasi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil. Jika tidak dirawat, dehidrasi boleh menjadi suatu keadaan yang mengancam nyawa, tanpa mengira puncanya.
Tidak ada rawatan ubat yang khusus untuk jangkitan rotavirus, walaupun terapi dehidrasi oral disyorkan. Cecair rehidrasi boleh menggantikan kehilangan mineral lebih berkesan daripada air mahupun cecair lain.
Pei Fan mencadangkan agar kerajaan meneliti keperluan pemberian vaksin rotavirus kepada bayi berumur enam bulan ke bawah sebagai suntikan wajib.
"Sudah tiba masanya kerajaan melihat kepentingan vaksin bagi rotavirus di negara ini seperti pemberian vaksin-vaksin lain.
"Pada masa yang sama ibu bapa perlu lebih serius tentang penjagaan kebersihan anak-anak sepanjang masa," katanya.
Ibu-ibu yang menyusukan bayi pula disarankan meneruskan proses penyusuan kerana ia dapat membantu mencegah jangkitan rotavirus.
Sungguhpun begitu, Pei Fan memberitahu, pemberian vaksin rotavirus kepada bayi di peringkat awal merupakan pencegahan terbaik.
Jangkitan umum
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail memberitahu bahawa rotavirus ialah suatu jangkitan umum yang menyerang manusia terutamanya bayi dan anak kecil.
Menurut beliau, penyelidikan yang dibuat di Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya sepanjang 15 tahun lalu dan kaji selidik seluruh negara selama setahun menunjukkan bahawa rotavirus menjadi punca utama AGE teruk yang menimpa kanak-kanak Malaysia.
"Beberapa zarah virus sudah memadai untuk menyebabkan penularan. Virus ini dapat hidup dalam masa seminggu di luar tubuh manusia.
"Kematian akibat jangkitan rotavirus lazimnya disebabkan kehilangan cecair dan elektrolit berpunca daripada muntah dan cirit-birit yang teruk," terang Zulkifli.
Pemberian cecair dan elektrolit secara mencukupi dan segera merupakan teras utama dalam rawatan kes rotavirus gastroenteritis.
"Pencegahan jangkitan rotavirus sebahagian besarnya adalah melalui amalan kebersihan diri. Ini termasuk membasuh tangan dengan air dan sabun, minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
"Memandangkan sifat rotavirus yang sangat mudah berjangkit, maka amalan kebersihan diri semata-mata mungkin tidak memadai untuk mencegah penularan jangkitan," ujar beliau.
Rawatan vaksin
Sejak tahun 2006, dua jenis vaksin rotavirus telah disediakan sebagai pencegahan jangkitan rotavirus. Kedua-dua vaksin tersebut didapati sungguh mujarab dan selamat untuk mencegah jangkitan rotavirus bagi anak-anak kecil.
Banyak negara di dunia termasuk negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia, beberapa negara di Afrika dan Amerika Selatan telah memperkenalkan vaksin rotavirus sebagai sebahagian daripada program pelalian negara bagi semua bayi.
"WHO menggalakkan semua negara untuk menimbangkan kemasukan vaksin rotavirus dalam program pelalian negara sebagai strategi mencegah penyakit cirit-birit pada anak-anak kecil.
"Kedua-dua vaksin rotavirus ini boleh didapati di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Buat masa ini, ia belum menjadi sebahagian program pelalian negara," jelasnya.
Vaksin ini boleh didapati dalam pasaran swasta namun pengambilan vaksin ini dalam kalangan bayi Malaysia masih sangat rendah.
"Kami menggesa semua ibu bapa di Malaysia agar menimbangkan untuk memberi pelalian kepada bayi mereka berusia kurang daripada enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk mencegah jangkitan rotavirus.
"Kami juga ingin menggesa kerajaan Malaysia untuk menimbangkan kemasukan vaksin rotavirus dalam program pelalian negara," sarannya.


Jumaat, 2 Mac 2012

Dulu Kini Dan Selamanya Stress


Salam Jumaat,  hai aku nie duk Ukay Perdana..jalan keluarnya ada satu jer lepas tu dari segala Taman yang duk dalam Ukay tu termasuk ler dari Bukit Antarabangsa...duk guna jalan yang sama..ada lagi 1 tapi tu dari Bukit Antarabangsa pastu jalan tu hanya 1 lane jer...jadi mmg jem bangat leh...Yang membuatkan aku jadi stress jalan yang dari Ukay Perdana nie ditutup plak sebelah lane coz ada penyelenggaraan jalan..tapi dah berapa hari dah..benda sikit jer nak baiki..menyusahkan betul macam hangguk. 


Sekarang nie perumahan di Ukay Perdana makin bertambah..begitu juga penduduknya..pastu jalan keluar atau alternatif takder..jadi bayangkanlah..dari atas bukit yang paling tinggi..(umah aku lah tu) dah mula sesak.  Aku bukan apa kesian plak kat suami tercinta dia nak ke Rawang lagi...kang dia bawa macam pelesit jadi apa2 (minta simpang) sapa yang susah.  Kebiasaannya turun bukit tu hanya makan masa 8 minit tapi jadi setengah jam.  Ya Allah ..sabor jer ler.  Tu dah keluar awal dari biasa tu.  Mana lah orang KL nie tak banyak penyakit coz pagi-pagi dah stress dah.  Dulu aku stress coz aku gi kerja jauh di Putrajaya..skang stress lain plak..dan stress nengok suami yang yang stress tu...sian dia. 

Bila lah suami aku plak nak dapat tukar dekat sini.  Semua jalan sesak..kat Setiawangsa plak pastu nak ngadap..coz kena antar anak-anak gi sekolah kat situ..Ukay Perdana nie penduduk dah bertambah tapi Sekolah masih takder lagi.  Pasnie kena beli rumah kat area Setiawangsa plak heeee..tapi harga rumah kat Setiawangsa mak ai...takder yang RM 5 ratus ribu ke bawah majoritinya mahal bangat...hai ngeri betul harga rumah zaman sekarang..aku selalu ah usha harga rumah dalam mudah.my daam iproperty semuanya pergh..harga mencekik.  Selamat ler sebelum kawin dulu aku dan suami dah beli umah...tapi Apartment jer ler...ingat nak cari ah umah terse plak..coz seian Ibu Mertuaku kalu nak datng umah kena naik tangga...erh..mengeluh bab lain plak..ceh...luahan perasaan di hari Jumaat.  K ler aku kang kalu mengomel tengah stress2 ie memang banyak jer idea..tak sabar nak cuti bersalin 3 bulan...heeee lagi 2 bulan jer nak nunggu nie.