Al-kisah Jumaat lepas aku amik cuti..coz nak bawa anak-anak gi nengok Filem Animasi Seefood, kebiasaanyya aku beli tiket online dan terus jer bayar melalui maybank2u..tapi tu kat TGV ler..Wangsa Walk..ermm kali nie nak pi merasa MBO plak..alah MBO KL Festival kat Danau Kota. MBO nie harga dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7 lebih murah ler. Aku sampai situ dalam 3.20 ptg ada plak tiket jam 3.30 ptg. Alhamdulillah rezeki, tak perlu beratur panjang plak tu... Filem dia manarik..jalan citer pun best..tapi maby mungkin citarasa anak aku..si Daniya anak aku no.2 siap tertidur dalam pawagam lagi..atau mungkin time tidur dia hagaknya..heeeee. Filem animasi nie ada web site dia sila klik sini sekiranya nak nengok trailer plak sila klik sini. Filem nie grafik dia memang manarik ler setaraf dengan Filem Animasi Luar Negara..tabik spring lah...pastu dalam filem nie ada menunjukkan ciri-ciri perkampungan di Malaysia ...tapi pembikin Filem nie ada berapa jer nama-nama orang melayu..yang lain cina..heee takper yang penting Produk Malaysia. Caiyok..caiyok..
Sinopsis filem animasi SeeFood
SeeFood mengisahkan kesungguhan serta ketabahan watak Pub iaitu seekor jerung dan sahabat baiknya, Julius. Kisah bermula apabila berdozen telur ikan jerung dalam terumbu karang dicuri pemburu haram. Tanpa mengambil kira risiko dan bahaya yang bakal ditempuhinya, Pub nekad untuk menyelamatkan adik-beradiknya.
Julius yang khuatir akan keselamatan Pub, muncul dengan sut khas yang menyerupai robot untuk memburu makanan di daratan. Malangnya, Julius pula yang menjadi mangsa tangkapan seorang nelayan yang rakus. Oleh itu, Pub berazam untuk menyelamatkan kawan baiknya daripada menjadi hidangan sup jerung istimewa.

Dengan sari kata bahasa Melayu dan Mandarin, SeeFood sedang ditayangkan di 65 panggung di seluruh negara dan Brunei Darussalam mulai 8 Mac yang lalu.
2 ulasan:
anak dara saya siap bergenang air mata bila tgk si Pub tu dok tolak keta sorong sampai ke laut .Animasi yg cantik.
@inazamri feel abis anak daranya yer...anak dara saya no. 2 siap tidur..ish.ish..ish
Catat Ulasan