Khamis, 3 Mei 2012

5 Rahsia Lelaki

Bongkar 5 Rahsia Lelaki

Anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia. Adakah anda cukup mengenali lelaki? Pasti tidak! Ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki? Disenaraikan lima rahsia terbesar lelaki pada wanita.
 
1. Cerita Porno
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita porno secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita. Lelaki menonton mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan atau keinginan seks yang membuak-buak.

2. Lelaki Adalah Pengintip!
Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka minati. Tidak kira sama ada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki. Jika mereka ingin mengetahui sesuatu mengenai seseorang wanita, mereka akan berusaha mencari maklumat peribadi sehingga berjaya. Misalnya, seseorang lelaki yang ingin mendapatkan wanita yang tidak dikenali di mana mereka akan berusaha untuk mencari nombor telefon wanita itu sehingga dapat.

3. Lelaki Sukar Menolak Peluang
Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda. Lelaki dikurniakan dengan sifat pandai memujuk serta menerima pelawaan.

4. Lelaki Mudah Bosan
Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit. Ketika pertengahan perhubungan, lelaki mula akan berasa bosan kerana melakukan perkara yang sama hampir setiap hari.

5. Penggoda Adalah Sifat Lelaki
Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain. Ini kerana, lelaki merupakan penggoda terbaik. Hanya dengan memberikan pandangan mimik muka yang biasa, wanita akan mudah jatuh hati pada mereka. Lelaki yang bijak menggoda kebiasaannya menggunakan lirikan mata, senyuman serta melalui percakapan untuk menggoda wanita.

sumber daro Majalah Mingguan Wanita

Tiada ulasan: