Wajah anda nampak KUSAM? jom ada sedikit petua buat tatapan pembaca...
Teknik terbaik lenyapkan Wajah KusamCela pada wajah sudah pasti menggugat keyakinan diri. Sebagai seorang wanita amat perlu untuk menjaga kecantikan kulit wajah kerana ia adalah aset paling berharga yang dianugerahkan Ilahi. Namun adakalanya kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah dengan kulit wajah. Tetapi dengan bantuan teknologi terkini, segala masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya.
Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:
Kulit Kusam Dan Gelap
CARA MUDAH:
Gunakan
Gunakan
krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus.
Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.
Peringatan:
Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.
CARA MODEN:
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik.
Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.
sumber dari......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan