10 Pantang larang berkenaan Warna
Takut bermain dengan warna? Namun agak ragu-ragu untuk membuat pilihan warna di kediaman? Perlu diingatkan, jangan memilih gabungan warna yang lari daripada kelompok warna masing-masing.
Misalnya jika anda memilih warna terang, elakkan menggandingkan ia dengan rona pastel atau urban pula. Nada warna yang berbeza menjadikan kediaman anda lari dari konsep asal dan hilang serinya. Ikutan panduan mudah sebelum memilih dan menentukan cat pilihan. Selamat berdekorasi!
1. Hijau merupakan rona selamat dan baik untuk mata. Malah, ia juga boleh disuai padan dengan apa juga konsep. Sejuk, segar, tenang dan kontempoari. Hijau kiwi kini antara pilihan hijau yang digilai dalam paparan kediaman.
2. Selalunya kita akan memilih rona putih sebagai sandaran. Sebenarnya anda boleh memilih rona yang seakan-akan dengannya supaya ruang tidak kelihatan membosankan. Cuba cari rangkaian warna shades of white yang menyajikan beberapa pilihan warna seperti putih kehijauan, kekuningan, kemerahan dan lain-lain.
. Elakkan memilih rona yang terlalu terang seperti kuning terang, merah jambu terang dan biru terang sekiranya anda memilih kayu sebagai pilihan utama perabot. Sebaliknya pilihan warna yang organik seperti warna gandum, putih gading, perang madu, jingga dan sebagainya untuk mewujudkan suasana lebih harmoni.
4. Elakkan memilih rona yang gelap atau kusam di ruang makan. Tahukah anda ruang makan lebih indah jika dikenakan rona merah atau jingga kerana boleh merangsangkan anda untuk menjamu selera.
5. Siapa kata merah jambu warna feminin. Merah jambu pudar semakin menjadi kegilaan pereka dan
penggiat seni reka bentuk dalaman bagi mereka yang menggemari tema vintaj. Bukan pilihan warna ini boleh diterapkan pada kemasan lembut, bunga dan lain-lain.
6. Bagi yang memilih untuk mewarnakan dinding seperti kedesaan Inggeris, elakkan memilih rona yang lebih gelap pada bahagian atas. Warna yang gelap kelihatan 'berat' berbanding yang lebih terang. Jadi, adalah tidak logik untuk meletakkan sesuatu yang 'berat' pada bahagian atas dan sebaliknya.
7. Elakkan memilih rona biru nila sebagai warna utama kediaman anda. Ia akan menjadikan kediaman anda tampak kaku dan tidak ubah seperti balai polis.
8. Tidak semua kamar boleh dikenakan dengan rona biru. Secara psikologinya, biru member kesan mengecut atau menjadikan sesebuah ruang kamar menjadi lebih kecil dan sempit.
9. Bagi ruang bacaan, anda disarankan untuk tidak memilih rona garang. Ia bukan sahaja melarikan fokus pada bacaan tetapi mewujudkan suasana kurang selesa. Pilihlah rona gelap seperti perang atau hijau agar memberi peluang kepada mata untuk membaca dan fokus pada bahan bacaan.
10. Pastikan anda memilih warnawarna yang terang di kamar kanak-kanak seperti warna merah, kuning dan hijau. Pilihan warna-warna terang ini mampu merangsang minda si kecil untuk lebih
1 ulasan:
kak, kaler umah kite same... hijau itu menyedapkan mate...
Catat Ulasan