Isnin, 20 Februari 2012

Mai Pi Pekena Mee Udang Mak Jah

Semalam aku dan famili tak tau nak makan apa..round punya round lepas shopping barang-barang anak aku rasa lapor...tapi suamiku tak berkenan nak makan kat Shopping Mall tersebut coz semua yang berniaga makanan tu nampak ramai Ca Ya Nun Alif jer.   Suami cadangkan makan kat luar jer, namun semua cadangan ku ditolak..takper lah bang mmeh kita pusing2 area wangsa maju mana tau dapat idea. 



Lalu aku dan suami sama-sama terdetik di hati lalu menyebut jom makan kat Restoran Mee Udang Mak Jah @ Kuala Sepetang, tapi bukan di Kuala Sepetang Perak nun...memang mula terkenalnya di sana yg utama kat sana tapi skang nie dah ada branch kat area Wangsa Walk, Wangsa Maju.  Selorong dengan Restoran Cheng Ho milik Amy Search.  Mee Udang dia memang power dah sedap..semangku ada 6 ekor udang yang besar bangat semangkuk kalu yang Mee Udang Biasa RM8, yang psecial aku tak order lah plak...Kuey Teow Goreng dia pun sedap harga RM 8 gaks.  Sebab dah gi situ special menunya Mee Udang jadi aku pun order lah menu tu. 

Tiada ulasan: