Selasa, 28 Februari 2012

Rawatan Lulur Kopi

Lulur kopi rawat kesan penuaan kulit
Kopi terkenal dengan kehebatan nuansanya yang menusuk ke hidung dan lazat diminum. Kebaikan
Justeru tidak menghairankan apabila kebaikan yang dimainkan biji-biji kopi ini dibawa lebih dari sekadar minuman, iaitu sebagai agen kecantikan kulit dan tubuh. Kini, penggunaan kopi sebagai ramuan utama lulur atau skrub bukan lagi sesuatu yang baru. Namun, sejauh mana anda mengetahui kebaikan lulur kopi ini kepada kulit tubuh anda?
Menurut pemilik spa Aqua Sari yang bertempat di Seksyen 5, Kota Damansara, Sharifah Aminah, lulur kopi ini bukan sahaja bagus untukmencantikkan kulit, sebaliknya ia memberi ketenangan kepada minda.
"Bau yang hadir kopi ini berfungsi sebagai aromaterapi buat sesiapa sahaja yang menjalani lulur kopi ini. Ia baik untuk meredakan stres setelah seharian bekerja. Lazimnya, lulur kopi ini akan dicampurkan dengan garam halus bagi memaksimumkan kesan kepada kulit yang cantik," ujarnya.

KEBAIKAN LULUR KOPI
Lulur kopi memiliki antioksidan yang tinggi, mampu melawan radikal bebas. Hal ini kerana bahan kimia utama yang terdapat dalam kopi iaitu kafein merupakan agen antioksidan. Ia mampu menangani radikal bebas yang
merosakkan lapisan luar kulit.
Dengan ini, secara tidak langsung ia mampu membantu dalam merawat kesan penuaan dan kedutan pada kulit. Lulur kopi juga dapat mencegah berlakunya penuaan pramatang pada kulit apabila lulur yang mengandungi antioksidan ini meresap ke dalam kulit.
Rawatan ini elok diamalkan oleh wanita MIDI yang mementingkan penjagaan kulit agar dapat mengembalikan kesegaran kulit.
Selain itu, lulur kopi yang dicampurkan dengan garam ini mampu mengelupas kulit secara lembut. Ini membantu membersihkan kulit daripada kotoran dan sel kulit mati seterusnya menyegarkan kulit anda. Apabila kulit dilulur dengan baik, ia mampu membantu kulit menyerap lembapan dengan lebih baik.
Lulur kopi juga sangat baik dalam membantu perjalanan darah. Kafein yang terkandung dalam kopi ini dapat meningkatkan perjalanan darah dan mengurangkan kehadiran selulit serta melepaskan toksin keluar dari tubuh.
Akhirnya, lulur kopi mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang mengenakannya ke atas kulit dan menjadi aromaterapi menambah keistimewaan lulur kopi ini.

RAWATAN LULUR KOPI
Lulur kopi tidak sukar dilakukan. Namun, ketekunan dan gerak jari jemari yang menyapu lulur ini penting bagi memastikan rawatan kecantikan ke atas tubuh berlangsung dengan berkesan.
1. Selepas bancuhan kopi, garam dan air panas sebati, lumurkan ke atas kulit bermula pada bahagian atas tubuh. Ratakan pada kulit agar tiada bahagian yang tertinggal. Kemudian, kulit yang sudah dilumur kopi, digosok secara perlahan-lahan agar dapat melancarkan perjalanan darah. Tekanan yang kuat tidak digunakan kerana kulit boleh melecet dan menjadi pedih.
2. Selesai lulur seluruh badan, kulit akan dibersihkan dengan tuala yang basah dan suam. Seluruh tubuh dibersihkan agar sel kulit mati dapat ditanggalkan sepenuhnya. Ini membantu dalam mendapatkan kulit yang
segar dan tampak muda.
3. Losen akan disapu pada bahagian yang dilulur tadi. Ini bagi melegakan kulit dan membantu mendapatkan kulit yang lebih lembut.

sumber dari Majalah MIDI
nya terhadap kesihatan juga telah banyak dirungkai dan dibincangkan.

Tiada ulasan: