Jumaat, 17 Februari 2012

Anak Yang Belum Baligh Tidak Perlu Buat Tahlil Sekiranya Meninggal

Assalamualaikum ....  salam Jumaat, nak berkongsi cerita sikit pagi nie ..al-kisah pagi tadi aku memang selalu mendegar radio KL FM kan pagi-pagi ada ustaz jemputan yang akan bergilir-gilir selang seminggu iaitu akan di sampaikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman dan Ustaz memberi sedikit tazkirah dari jam 6.45 pagi hingga 7.00 pagi di Segmen Wahyu KL FM.  Walaupun hanya 15 minit tapi cukup padat isinya untuk menjadi panduan hidup kita..insyaAllah.


input yang pertama aku dapat ialah

-  Anak yang belum lagi baligh sekiranya dia meninggal tidak perlu buat tahlil, sebab arwah tidak lagi ada beban dosa..mereka pasti akan ke syurga.  Tahlil untuk si mati di adakan untuk berdoa kepada si mati supaya pahalanya di terima dan dimasukkan ke syurga sedangkan anak yang belum baligh sudah tentu akan masuk ke syurga kerana masih suci dari dosa-dosa, dengan ini tidak perlu tahlil.

- Sebagai manusia kita perlu saling hormat-menghormati di antara satu sama lain tidak kira kanak-kanak, orang tua mahupun orang muda @ dewasa.  Kita mestilah bersangka baik pada kanak-kanak kerana kanak-kanak itu suci dan bersih tiada dosa,  si muda harus hormat pada orang tua kerana kita mesti ber anggapan yang orang tua nie lebih banyak ibadahnya dari kita yang muda, contohnya dari segi zakatnya, amalannya, sedekahnya dan solatnya.  Si tua pula harus menghormati si muda kerana orang muda tidak lagi banyak menanggung dosa berbanding dengan orang tua yang telah lama hidup,  kerana lagi lama kita hidup lagi banyak dosa yang kita tanggung.  Oleh yang demikian sebagai manusia biasa haruslah kita saling hormat-menghormati di antara satu sama yang lain dan tidak kira peringkat umur.

Sekiranya apa yang saya tulis nie salah betulkan saya yer..coz nie yang saya dengar pada awal pagi tadi do corong radio..heee

Wallahualam...

1 ulasan:

Mak Izz berkata... JOM Reply

good info! br tau psl tahlil tu.