Selasa, 31 Januari 2012

Bye..bye...Jabatan Penerangan Malaysia

Syukur alhamdulillah akhirnya surat pertukaran aku telah diterima pada 25 Januari 2012 yang lepas..jam 10.30 pagi aku terima panggilan dari JPA menyuruh aku mengambil Surat Pertukaran dengan kadar segera....selamat ler kebetulan aku memang bertugas di Putrajaya..jadi aku pun cari ler kekawan yang membawa kereta..untuk membawa aku ke JPA.  Ramai escort aku ..4 orang...aku yang nak ambil surat orang lain yang berdebar. 

Tibanya aku di sana..aku terus membuka surat pertukaran berkenaan...ceh...patut ah suh ambil surat tu cepat rupanya tarikh atau hari tu juga aku kena gi lapor diri ke Kementerian Pertahanan, Padang Tembak..kat area Keramat..hai..memang dekat ler ngan umah, kiranya pasnie aku tak tempoh Bandaraya KL ler.  Apa lagi suami tercinta ler jadi mangsa kena mangambil aku dari Putrajaya ke KL.  Aku sempat ler membuat surat penangguhan selama seminggu, maka hari nie adalah hari terkakhir aku di Jabatan Penerangan nie, kerana pada 02 Februari 2012 aku akan memulakan tugas di tempat yang baru.  Takder gatal aku nak minta tukar kalu Jabatan nie berada di KL..tapi di Putrajaya...sukar bagi aku untuk ulang aling KL ke Putrajaya.

Terima Kasih buat semua warga PSM Jabatan Penerangan, minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa...tingkah laku saya yang kurang menyenangkan..minta halalkan makan minum saya selama hampir 2 tahun saya berada di sini.  Buat cc Jay, Midah, Pn. Ina, Mun serta bos Cik Linda dan Pn. Emmy tq bebanyak yer..kerana telah menerima saya dalam unit HRMIS...u all semua memang the best..sporting.  Buat kekawan yang lain..kekawan makan tengahari dan pagi...sayang korang gak...dan buat warga Japen yang mengenali diriku ini...saya minta maaf yer..sekiranya masa saya mengajar buat HRMIS ada terasa hati atau saya terkasar..maaf yer...bye.....

Besor hadiah mcm tuan yang menerima..heee


Mak Yong kena berucap...tapi ada gak minta one song pls...
fuh hagak-hagak...semput mak..

Isnin, 30 Januari 2012

RAHSIA PENGELUPASAN KULIT WAJAH

RAHSIA PENGELUPASAN KULIT WAJAH



Adakah anda runsing dengan masalah kekeringan kulit, pertumbuhan jerawat dan penuaan pada kulit? Kehidupan yang penuh dengan tekanan menambah beratkan masalah kulit. Masalah ini menjadikan kita kelihatan lebih tua daripada umur sebenar. Sebenarnya, pengelupasan kulit (peeling) merupakan satu cara yang dapat menyelesaikan masalah ini. Rawatan pengelupasan kulit dapat meningkatkan keberkesanan penjagaan kulit dan memulihkan kulit kita menjadi sihat berseri.

Pentingnya pengelupasan kulit wajah
Pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.

Antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.

Kesan & Akibat
Sekiranya pengelupasan dibuat mengikut cara yang betul (teknik, bahan & kekerapan), sudah pasti kesan buruk dapat dielakkan. Antara kesan sampingan atau komplikasi yang boleh berlaku termasuk:

- Keradangan kulit (merah & pedih) untuk 1-2 hari selepas prosedur.
- Kulit menggelupas atau berkuping.
- Parut (utk pengelupasan jenis dalam)
- Hypo/ hyperpigmentasi ( untuk mereka yang mempunyai ton kulit gelap)

Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut nasihat dan tip penjagaan yang diberi oleh pakar atau doktor agar sebarang komplikasi dapat dielakkan. Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal, namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit akan tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan hanya dibuat setiap 20-30 hari.

Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.

Kebaikan lain:
  • Kurangkan jerawat/parut jerawat
  • Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
  • Kurangkan kedutan/garis halus
  • Kurangkan kesan parut luka/ bedah
  • Seimbangkan ton warna kulit
  • Kecilkan liang pori-pori
  • Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
  • Mengawal ‘stretch marks’
Kebaikan pengelupasan kulit menyebabkan terhasilnya banyak produk pengelupasan terjual di pasaran. Namun, perlu diberi perhatian tentang kandungan bahan aktif dalam setiap produk tersebut. Ini kerana bahan seperti asid TCA atau ‘phenol’ yang lebih kuat kesan pengelupasannya boleh menyebabkan kecederaan kulit yang lebih serius. Sekiranya perawatan pengelupasan kulit dilakukan secara teratur dan berkala, malah dilakukan oleh pakar serta penggunaan bahan yang sepatutnya, hasil yang memberangsangkan mampu tercapai antara 60-90%.


sumber dari www.karangkraf.com

Jumaat, 27 Januari 2012

Berdosa percaya ramalan kiamat


KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.
"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

sumber dari www.kosmo.com.my

Rabu, 25 Januari 2012

Handbag Aku Di Ragut Orang didalam Carrefour Wangsa Maju

Ya Allah berdesup darah aku...sampai tak terkata-kata aku dibuatnya.  Semalam aku, suami dan anak-anak pergilah makan kat Restoran Rasamas dalam Carrefour Wangsa Maju...kononnya dalam tu sejuk ah sket..coz kelmarin nya makan tempat panas anak-anak aku banyak songeh duk complain..anak-anak aku nie memilih tempat kalu nak gi makan bukan memilih lagi sangat memilih kot. 

Aku dan suami pun buat ah pesanan apa menu yang sesauai dimakan waktu tengahari nie..sambil menunggu hidangan sampai aku pun tergerak ahti nak cari skirt yang aku duk cari-cari...aku bawalah beg duit dan tinggalkan handbag aku ke suami aku..k..yang tu settle..dibawah jagaan suami...pas pada tu suami aku plak bawa anak aku gi tandas..nak terkencing plak..aku pegang balik handbag aku tu...so ok gak..bila hidangan dah samapi aku dan famili pun menikmatilah hidangan tersebut dengan penuh kusyuk..ceh wah..aku pun kononya nak makan dengan keadaan yang selesa..aku letaklah handbag aku di sebelah tempat duduk aku yang kosong tu..aku berani letak coz dalam kedai bukan kat tempat terbuka foodcourt dan sebagainya dam Restoran kan..pastu aku amik tempat duduk pun belah dalam...dan sebelah meja kitaorang tu plak ada suami isteri ,  adiknya dan baby kecil dalam stroller makan sekali kat situ..
Al-Kisah setelah aku siap makan aku pun tinggal lah kejap handbag aku atas kerusi tapi suami dan anak-anak aku ada kat situ masih menjamu selera lagi..tapi sambil aku membasuh tangan tu mata aku jeling-jeling ke handbag aku tu..coz jarak meja aku dan tempat aku nak basuh tangan tu dekat sangat...tu aku brani tinggal..tapi mata aku nie sambil basuh tangan sambil nengok-nengok..dalam duk tengok tu..aku terperasan yang orang sebelah aku tu..adik dia barangkali..cepat jer tangan dia mengambil handbag aku lalu dia masukkan ke dalam stroller baby tu..aku terkedu..tak boleh nak cakap apa..nak cakap pencuri ke..handbag aku di amibil orang ke...memang aku terkedu...aku takut mata aku yang salah aku pun tengok kat atas kerusi aku tu..memang handbag aku takder...apa lagi aku gi kejar lah..yang bestnya aku tak cakap apa2 kat suami aku..terus kejar jer dengan keadaan aku yang mak yong nie...sempat aku ngejarnya..aku cakap ke orang tu..berhenti tu handbag saya tu..aku trus amik dan peluk...pastu yang abag dia tu leh kata ehh..maaf ingat handbag isteri saya...aku sempat berkata kepala hotak ko jer..pastu aku boleh terus belah yerk...tak marah ker..tak sound sket ker..aku tak mulut aku nie lancang gak berkata-kata..tapi aku leh terkesu yer..maby aku rasa dah bersyukur bleh dapat handbag aku balik tu jer..tanpa menyoal orang tu apa-apa.  Nak ikutkan tak logik dia kata ingatkan tu handbag isteri dia...bengongkan..aku nampak perempuan tu bawa handbag hitam...pastu apa kejadahnya amik handbag dari tempat aku..dah ko duk tempat lain..tetiba letak handbag tempat aku..memang bengong betul ler...pastu baru aku terpikir yer..dia makan kedia aku api boleh siap sebelum aku..dan..bila aku gi bansuh tangan dan..dan dia pun belah...camtu jer...pas pada tu mulalah mulut aku..tah..tah yang dia makan kat situ pun hasil duit haram....pastu macam-macam lagi lah yang terkeluar dari mulut aku nie...dan aku rasa diorang bertiga nie bersubahat coz yang perempaun tu tak der kata marah ker kat adik dan suami dia..wat bodoh jer..confirm ah ketiga-tiganya pencopet..tah-tah baby tu sekadar nak tutup kejahatan diorang jer.  Dalam handbag aku tu adalah RM 100 lebih..handphone..Handbag Sembonia dan segala ubat-ubatan aku lah...

Ish tak leh tidur aku dibuatnya malam tadi..duk teringat dan geram jer kat orang yang cuba meragut handbag aku tu...ee geram...coz aku tak mengeluarkan sebarang kata-kata pun yang leh buat orang tu rasa bersalah atau...buat orang lain belasah orang tu ker.....biarlah Allah sahaja yang menghukum dia...tak hari nie hari mendatang pasti kan terima balasan juga...Wallahualam.  Apa-apa pun aku bersyukur coz aku berjaya mendapatkan semula handbag aku tu...Alhamdulillah.

Pengajaran buat aku..jangan lalai, jangan tinggalkan handbag macam tu jer..dan jangan ingat semua yang berkeluarga tu baik-baik belaka....

Jumaat, 20 Januari 2012

Panduan Buat Suami Isteri

Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.
Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.
Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.
1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.
2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.
3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.
4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.
5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.
6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

Khamis, 19 Januari 2012

Apa Kaitan Tanda $$ dengan blog saya ?


BEN ASHAARI



Nak promosi blog anda meh join sini Segmen BEN ASHAARI sambil tu leh menjana pendapatan blog anda...yuhuuuu....

Nak tahu apa kaitan tanda $$ dengan blog saya?...waduh..waduh..gi mana ya mau nulis tentang nie..pada mulanya saya wat blog nie pun teruja dengan kawan saya http://www.diarihatiku1976.blogspot.com/  punya cerita yang dia boleh jana duit melalui blog..dia kata dah beriban ah dia dapat dari hasil blog tu..wah!!! sangat menarik dan teruja..sahabat saya nie siap bagi tip-tip nak berblog lagi dan dia cerita antara blogger-blogger yang masyuk....dengan berblogger jer antaranya abg BEN lah..dan ramai lagi sampai bleh jenjalan gi luar negara lah hasil dari duit blog..wah dasyat.  Aik pada mulanya heran gak camner dengan berblog jer leh dapat duit...oooo  rupanya dengan cara letakkkan iklan dari nuffnang ker..dari adverlets ker..atau dari mana2 sumber yang boleh menjana duit. 



Teruja..lalu saya pun wat 1 blog ummip3.blogspot.com nie..saya pun pasanglah iklan dan cuba update blog tiap-tiap hari untuk mendapatkan follower yang ramai kononnya, jika kita ramai follower..kemungkinan dorang nie akan lawat blog kita tiap hari dengan cara ini apa lagi..dapat menjana duit ler...Ermmm tapi saya nie tak berapa fanatik kot dengan blog dan duit dari hasil blog..ermmm tu yg takder hasil lagi nie.  Nak juga jadi macam blogger-blogger yang tegar dan berjaya...tapi usaha tu kureng kot...takper InsyaAllah maby one day (ceh speaking plak) .  Tapi jangan jadi hangat-hangat taik ayam..poyo pada mulanya jer...biarlah ia menjadi 1 azam..k peace..

Meh layan youtube nie mengenai duit tabung Masjid..layan lawak kot

Jadilah Insan Yang Pemaaf

Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

huhuu ingatan untuk diriku juga..ku nie jenis senang nak maafkan orang..tapi tak mudah untuk melupakan, bak kata orang putih can forgive but can't forget bleh macam tu.. Nama pun manusia biasa kan.  Satu lagi penyakit aku..kuat berdendam..selagi tak balas...sakit jer rasa hati nie...bahaya kan. Ermmm..pasnie kena muhasabah diri balik.

sumber dari http://halaqah.net/

Rabu, 18 Januari 2012

Wordless Wednesday #23

Selasa, 17 Januari 2012

Risiko Kerja Jauh Pastu Kena Naik Bas

Al-Kisah......pagi nie aku lambat sikit keluar rumah..pastu perut aku plak meragam..sembelit, aku nie kan jenis tak suka makan buah tu yang sembelit tu..rasa nak tut.tut tapi tak..hai sungguh tak selesa.  Aku plak kena naik bas dari depan Dataran Merdeka..hai tak senang hati aku nak naik bas dengan keadaan perut aku tak selesa nie..kang kalu meragam aku nak suh driver tu berhenti katna..kang dek kerana aku orang lain sume kena punch kad lambat..hai...sungguh stress aku rasa.  Lau aku meminta Cik Suami hantar ke KL Sentral biar aku naik ERL jer..tapi sI suami sayangkan isteri..takder nya dia nak bagi aku naik sume banda tu..maka suami tercintaku meng offer kan diri untuk menghantar aku sampai ke Putrajaya...pergh apa lagi tersengih lah aku.  Sian suami aku kena plak gi ke Rawang lebih kureng 63 km nak ke sana...Terima Kasih suamiku...LUV U..ceh !!!  kalu tak hantar I benci u....taklah..acah jer..ok ok jer

Isnin, 16 Januari 2012

Bank susu ibu haram

Bank susu ibu haram

2012/01/16

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

Rasanya Tak Sanggup Dah Nak Lalui Perkara Nie Kalau Ianya Berpanjangan

Fuh mengah..lelah...semua ada...penat aku nak lalui semua nie..pagi-pagi aku terkejar-kejar ..kalu lambat sket confirm kena tinggal bas.  Kalu kena tinggal..takder maknanya aku nak naik ERL sume baik aku amik cuti.huuuu.  pagi nie aku terlambat bangun 15 minit 5.45 pagi br terjaga kelam kabut aku dibuatnya. 6.15 pg nak kena keluar rumah dah..nak siapkan dua(2) anak dara aku tu lagi nak pergi sekolah..Ya Allah...nak putus nyawa rasanya..aku dah lah tengah mak yong dan ada asma...seksa rasanya.  Ya Allah permudahkanlah urusan harian ku.  Aku plak nak ke Putrajaya suami plak nak ke Rawang...rasanya macam nak berhenti kerja jer..tapi kang..kureng plak pendapatan isi rumah..hai nak kena cari alternatif aku nie pas bersalin nanti.
Sekarang nie plak aku tengah menahan sakit gigi yang sepatutnya aku kena wat minor operation kat gigi aku nie..tapi dah aku Pregnant..jadi Doktor gigi tu cakap takleh wat coz nak kena bius takut ada effect ke baby..jadi aku kena menanggung sakit gigi nie lagi 4 bulan...kalu yang pernah rasa sakit gigi camner tau lah rasanya..aku duk telan penadol jer tuk tahan sakit..tu pun tak brani nak makan panadol selalu.  Hai tak sanggup rasanya nak nangung semua nie..tapi aku kena kuat nak tak nak aku kena lalui juga.  Aku berdoa agar permohonan pertukaran aku dipercepatkan..amin..dan sakit gigi aku nie akan berkurangan..InsyaAllah.

Khamis, 12 Januari 2012

Lombong Emas di Johor

Tnf3Z LOMBONG EMAS DI KAMPUNG MELAYU MAJIDEE JOHOR
 
ORANG ramai terus membanjiri Jalan Mewah Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, untuk mencari batu kerikil dipercayai mengandungi hablur emas daripada longgokan batu untuk membaiki jalan yang berlubang, walaupun kawasan berkenaan sudah dipagari dengan pita halangan polis dan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor, mengesahkan batu kerikil yang dijumpai penduduk bukan emas. - Foto Roslan Khamis
 

Boikot Roti MASSIMO

Saya tolong sebarkan jew...:) terserah anda..

IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA
Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka!Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman,ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?
“ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).”

kenyataan dalam facebook mereka.


Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAUMEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONGTANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??
5:14PM STEVEN LONGMATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!
-------------------------------------------------
 
BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA!
MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!
..............................................................................................................................
....
INI ADALAH KOMEN PEMBACA YANG DISARING DARI BLOG PPIM

Blogger
probro said...
 
Dalam hal ini, nampak sangat orang cina berpakat mencari pasal dengan org melayu. Mereka mungkin tidak berani melakukan serangan secara terbuka. Tetapi mereka secara berpakat melancarkan serangan halus dengan memboikot dan memburuk-burukkan perniagaan milik melayu,
Perkara ni saya rasa memang dah berlaku sekian lama dan mungkin kita saja yang tidak sedar atau mengambil pot memandangkan ianya tidak secara direct ditujukan kepada keluarga kita. Namun jika kita tanya kawan-kawan yang berniaga, mereka dengan mudah boleh cerita betapa mereka sekian lama menghadapi boikot secara pakat oleh bangsa cina.
Kalau beli bahan mentah untuk diproses jadi produk keluaran melayu seperti makanan ayam, telur, beras,tepung, susu, kopi, ikan, sayur, buah-buahan atau bahan keperluan pembinaan seperti simen, kayu, paku, skru, besi, atau apa saja yang kita beli daripada mereka. Mereka akan mengenakan harga lebih tinggi daripada bangsa lain.
Ini menjadikan kos pengeluaran dan pembinaan kita lebih tinggi. Para pengguna melayu pula macam tak ada hati langsung untuk menolong sesama kita usahawan melayu sebaliknya hanya mencari yang lebih murah dan mudah.
Akhirnya perniagaan melayu menjadi malap dan bungkus. Akibatnya amat kuranglah institusi perniagaan melayu dan anak-anak kita terpaksa bekerja jadi kuli batak bangsa lain. Salah melayu tidak sokong melayu dan akibatnya anak-anak kita yang tanggung jadi bahan maki hamun cina sampai mati.
Malah ada kes yang dilapurkan anak-anak melayu jadi habuan seks bos-bos cina mereka. Diajaknya anak kita yang kerja sebagai marketing atau pembantu pejabat ke luar negara untuk urusan perniagaan dan diperdaya untuk ditiduri dan dijadikan habuan seks sampai puas dikerjakan mereka.
Dendam mereka kini makin membara kerana mereka melihat melayu semakin lemah dan berpecah, tiada siapa nak pertahankan nasib anak2 melayu.
Kini mereka secara jelas cuba menjatuhkan gardenia. Mungkin kerana gardenia tidak lagi membeli tepung kilang fmm milik robert kuok yang didapati mengandungi protin babi.
Tepung untuk permit impot ap subsidi yang kerajaan bagi dibeli dengan kualiti yang paling rendah, kalau di negara china tepung gred ini digunakan oleh kerajaan china untuk membuat makanan babi. Tepung ini lah yang diimpot oleh robert kuok utk rakyat malaysia.
Tepung ini dicuci bleaching dan ditambahkan protin babi supaya menepati spesifikasi.
Impot makanan babi, kemudian dia claim subsidi bernilai ratusan juta setahun.
Ertinya rakyat malaysia sama taraf dengan babi. Kalau kita makan roti biasa yang menggunakan tepung gred ini umpamanya roti canai, capati, atau roti massimo ertinya kita makan roti babi.
Inilah kerja robert kuok yang mendapat ap special tepung dan gula selama 50 tahun oleh kerajaan malaysia. Sama macam ananda krishna mendapat special broadcasting permit selama 30 tahun.
Bila gardenia enggan membeli tepung fmm robert kuok kerana terbukti ada dna babi, dia naik bengang dan membuka kilang roti massimo. Yang baghalnya, dia ambil pulak budak melayu bekas manager kilang gardenia untuk jadi ketua kilang massimo dan meniru semua produk gardenia.
Sebagai seorang journalist melayu, saya memiliki network besar untuk mengorek aktiviti robert kuok. Saya kira, segala kekayaan dia dengan harta berbillion dengan bot bernilai 20 billion adalah memang betul dia ni tycoon.
Saya amat sakit hati ketika wawancara dengan robert pengimpot tepung babi ini. Adakah patut dia kata kekayaannya bukan berasas dari malaysia sahaja kerana dia memiliki harta perniagaan berbillion di china dan seluruh asia.
Apa yang benar dan pasti, robert memang memulakan perniagaannya dari malaysia dengan bantuan tun mahathir. Kalau tun tidak membuka peluang untuknya nescaya dia masih duduk jual hand phone di petaling street.
Dalam career saya tidak boleh melepaskan geram saya. Tetapi di bog ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang terpendam selama ini tanpa perlu bahasa persuratan sangat.
Saya kira kerajaan dah terlebih bagi muka.
Robert dah kaya vincent tan dah kaya, ananda pun dah kaya, apa lagi mau bagi special ap. Bagilah pada orang lain pulak.
Melayu punya ap bukan macam mereka special ap, ertinya tiada orang lain boleh impot. Melayu punya ap boleh impot kalau mampu dan orang lain juga boleh dapat ap yang sama.
Mereka punya ap lain, exclusive ap. Tiada siapa boleh import melainkan mereka.
Kalau beginilah caranya, lebih baik kerajaan cari satu daerah dan bagi mereka jadi raja, malah kuasa mereka lebih dari raja kerana raja melayu pun tidak dapat special ap.
Produk roti massimo pula sudah sah menjadi senjata mereka menyerang kepentingan dan perniagaan melayu.
Dalam senario lain, robert kuok yang menguasai golden screen cinema dengan rakusnya menghalau semua stall outlets jenama 1901 milik melayu dan menciplak konsep yang sama diletakkan dalam rangkaian panggung wayang gsc. Produk makanan diambil dari sumber yang kita tak tau halal ke haram.
Jelas mereka ini benci dan anti melayu.
Puas hati saya dapat menulis seperti ini, tidak dalam akhbar yang saya bekerja sekarang. Namun atas rasa cintakan agama dan bangsa saya luahkan jua perasaan ini. Maaf kalau saya terkasar bahasa.
Soalnya, apakah tindakan kita? Fikirkanlah bersama.
Boikot tetap boikot massimo.


Rabu, 11 Januari 2012

Wordless Wednesday #22

Selasa, 10 Januari 2012

Layan TV Al-Hijrah gara-gara Ustaz Don

Semenjak dua menjak nie aku dan suami melayan TV Al-Hijrah lah plak..tapi nengok info dulu..bila nampak jer rancangan Ustaz Don baru on TV A-Hijrah,  cara dia menyampai dan mengajar sesuatu tu memang menarik...seronok mendengarnya, kusyuk, tawadhuk sume adalah....ingatkan aku sorang jer dok layan Ustaz Don nie rupa-rupanya kekawan kat opis nie pun layan..lagi dasyat siap dah frenz FB dan like blog dia...heee. Dengar kekawan citer ustaz Don nie asal dari Penang..bila dia berceramah pun keluaq habis sleng Penang..tu yang best tu...pastu campur plak dengan unsur-unsur humor..ermmm keh layan salah 1 ceramah beliau..dalam youtube nie..meh..

 
 

 
 

Wanita Terjatuh Ke Sarang Buaya

SYDNEY - Seorang wanita Australia, Erin Langworthy terselamat selepas terjatuh ke dalam Sungai Zambezi yang dipenuhi buaya setelah tali yang mengikat kakinya putus semasa dia melakukan terjun bungee pada ketinggian 111 meter dari atas Jambatan Jeram Victoria di Zambia, Afrika.
Menurut akhbar Australia, Sydney Morning Herald, wanita berkenaan Erin Langworthy cuma mengalami luka kecil dan sedikit calar dalam kemalangan pada petang menjelang Tahun Baru.
Jambatan tersebut terletak di sempadan Zambia dengan Zimbabwe.
"Saya merasakan seperti seluruh badan saya telah ditampar," kata wanita berusia 22 tahun itu yang berasal dari Perth dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Channel Nine.
Rakaman video menunjukkan tali yang mengikat kakinya putus pada akhir terjunan tersebut dengan menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.
"Saya terpaksa menyelam dan membuka tali yang mengikat kaki saya sebelum dapat berenang ke permukaan sungai," kata Langworthy.
"Ya, saya yakin satu keajaiban berlaku kerana saya terselamat dalam kemalangan ini," tambahnya.
Langworthy dirawat di sebuah klinik berdekatan sebelum dibawa keluar ke Afrika Selatan. - Reuters

Isnin, 9 Januari 2012

Berita Mutakhir : Sampel DNA Saiful Bukhari tidak dapat dipastikan

Sampel DNA Saiful Bukhari tidak dapat dipastikan


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.
Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat utk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Berita Terkini : Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan

Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan

09/01/2012 9:45am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

Rabu, 4 Januari 2012

Sesi Persekolahan 2012


Alhamdulillah anak-anakku dua2 dah gi sekolah..yang sulung ZAFEERAH NADYNE BINTI ZAIHASRUL tahun nie darjah 2, pagi Sekolah Agama Muadz Bin Jabal, Setiawangsa dan sesi petangnya pula Sekolah Berprestasi Tinggi Taman Setiawangsa.







Yang no. 2 plak namanya ZARIFAH DANIYA BINTI ZAIHASRUL tahun nie Tabika 5 tahun di Putra Putri Kindergarten Setiawangsa gak..mcm biasalah..dekat ngan opahnya heee.  Hari pertama nie nampak ok..takder wat muka ketat dan sebaganya..malah bangun pagi jer buka mata sebut nak pergi sekolah..wahhh excited bunyinya.

?
No. 3?..heee  masih sekolah dalam perut nie ha..tengah menendang-nendang perut Umminya nie..InsyaAllah Mei 2012 keluar lah...tunggu yer Ummi...:)

Selasa, 3 Januari 2012

Di Kala Malam Tahun Baru 2012

Al-Kisah pada malam menjelang Tahun Baru 2012 aku dan suami takder plan pun nak menyambut tahun baru..just terdetik di hati nak bawa anak tengok bunga api dari mana-mana tempat yang boleh nampak bunga api jer..contoh dari highway AKLEH ...tapi di waktu siangnya aku suami dan anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah..tidur dan sebagainya..jadi aku ajak suami aku makan Pizza Hut sebelum gi ke Dataran..sajer bagi anak-anak terhibur sikit pas pada tu nak cari ah tempat mana nak nengok bunga api, tapi leh lajak terus ke Dataran..hah kebetulan plak adik aku Mollly tepon dia kata dia ada kat sana..lansung ah aku terus ke sana..nak plak dia kata ada parking trus jer lah aku ke sana..perh takder kerja aku meredah manusia yang beribu ramainya dan bising tak hingat.  Aku sampai kat Dataran Merdeka dalam 10.40 malam jadi sambil menunggu tu aku melepak ah dulu ngan anak-anakku...pergh excited menunggu bunga api.  Lima (5) minit sebelum jam 12.00 pagi bermulalah berdentum-dentam dilangit menandakan acara bunga api dah bermula...mau 10 hingga 15 minit gak melayan kecantikan letupan bunga api tu..meh ah nengok ada sedikit gambar yang aku dah amik pada detik Tahun Baru 2012. 

anak aku si Nadyne takut ngan Bunga Api sebenarnya...
dia siap kata next time tak mo dah gi

sempat jer bergambor di tengah orang-orang ramai tu



ramainya manusia kan...

cantikkan bunga api tu..

anak-anak siap tutup telinga coz terlalu bising katanya