Sihat dan Awet Muda Secara Tradisional |
Sering kali kita mendengar tentang cara-cara untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan awet muda. Baik daripada Internet, majalah, surat khabar dan sebagainya. Tetapi, berapa ramaikah yang mencubanya? Tahukah mereka bahawa penjagaan tubuh adalah penting untuk kita tampil sihat setiap hari atau mungkin mereka sengaja tidak mempedulikannya. Jadi, apa yang ditunggu lagi? Semakin meningkat usia, perubahan fizikal setiap manusia tidak dapat dielakkan. Gaya hidup yang kurang mementingkan kesihatan seperti merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan kerja dan tidak bersenam menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usianya. Sebenarnya sedar atau tidak, banyak cara mudah yang boleh kita praktikkan dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Cuma apa yang penting, kita mesti bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap perkara yang diinginkan. Ikuti tip tip dibawah Makan pelbagai buah dan sayuran Amalkan makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral. Buah dan sayuran juga sebenarnya kaya dengan anti oksida dan serat. Contohnya buah betik, mangga dan oren, ia kaya dengan vitamin C. Ini kerana vitamin C amat penting dalam mendapatkan kembali kolagen kulit, memperbaiki sel-sel kulit dan penyembuhan luka. Vitamin yang Penting untuk Kulit Vitamin A Boleh diperoleh daripada sayuran seperti bayam, sawi, lobak merah, tomato dan lainlain lagi. Vitamin C dapat diperoleh dari buah-buahan seperti betik, belimbing, oren serta sayuran hijau. Zat besi juga penting untuk kulit dan ia boleh diperoleh daripada sumber seperti hati lembu, ayam, ikan, telur, kekacang dan makanan laut. Minum air dalam kuantiti yang banyak Orang dewasa normal perlu minum lapan gelas air sehari. Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air dan jika kurang minum air, kulit akan nampak kering serta kusam. Air sangat penting dalam tubuh badan untuk peredaran darah, melancarkan sistem badan, system pernafasan dan mampu membersihkan sisa toksin dalam badan. |
sumber dr Majalah Dara.Com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan