Isnin, 2 April 2012

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Untuk mengetahui Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2012 sila klik sini
sudahkah anda melihatnya..adakah anda puas hati ? puas ke tak puas inilah yang muktamad....bersyukur dari takder walau ada sedikit tak puas hati atau terkilan huuuuu.  Sekiranya anda ke laman web http://www.jpa.gov.my/  ada sistem yang terus mengira gaji baru anda,  anda cuma key in  gaji pokok anda pada akhir Disember 2011.  Ia dipanggil Sistem Pengiraan Pemindahan Gaji klik sini

Bagi Gred 1 hingga 54 kenaikan 13%

Gaji Pokok Pada Disember 2011 x 13% = ?

hasilnya  itulah gaji pokok anda untuk Januari 2012 ini ( tak termasuk lagi KGT untuk tahun 2012 yang patut anda terima)  macam saya Julai nanti...maka Julai ada satu lagi kenaikan nak tau sila rujuk Pekeliling ada jumlah KGT mengikut gred.

Setiap tanggagaji bagi tahun 2011 dinaikkan 13%,  bukan seperti kenaikan gaji pada zaman Pak Lah (Tahun 2007) tangga gaji yang pertama sahaja yang terlibat dan seterusnya diikuti dengan jumlah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sshhhhhh tapi saya prefer sifir gaji zaman Pak Lah heee.  Ikut yang nie senang tapi rugi ler kerajaan..huuuu coz lagi tinggi kos yang terlibat.  Akan tetapi  tak banyak sangat tanggaji yang terlibat dan tak berapa pening.  Ikutlah pendapat masing-masing....harap-harap elaun-elaun yang dah lama tak naik dan yang tak brapa relevan jumlahnya pada masa kini akan dinaikkan amin....InsyaAllah.

Tiada ulasan: