Rabu, 31 Oktober 2012

BADSA MinDef Juara CAPAM di New Delhi


CAPAM ?
Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM)

Ok nie ada sedikit sejarah...tapi dalam Bahasa Inggeris lah yer.  CAPAM nie satu sistem...sebenarnya...

CAPAM was established in 1994 to facilitate the exchange of information and knowledge on public administration among Commonwealth countries and beyond. The origins of CAPAM lie in the initiative to define and promote the practical requirements of good governance, just and honest government and the fundamental political values outlined in the Declaration of the Commonwealth Heads of Government at its meeting in Harare, Zimbabwe in 1991.

At CAPAM's inaugural conference in Charlottetown, Canada, in 1994, founding Chair Sir Kenneth Stowe said:  "CAPAM owes its origins to then Commonwealth Secretary-General, H.E. Chief Emeka Anyaoku's initiative in proposing the formation of what is now an independent self-supporting body comprised of both elected and appointed officials, and institutions they serve, as members committed to professional development of just and honest government."

Since inception in 2004, CAPAM has grown to a network of over 1100 members across the Commonwealth countries.

BADSA ?

Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am


A6jvbupcaaayiyd
Bergambar bersama Ketua Setiausaha Negara
Dato' Sri Dr.Ali Hamsa

A6judqmciaa8tmr
Hai yang baju Melayu biru tu Bos besar saya lah tu...
En. Johari bin Ismail namanya.

A6jtxytccaetiep
Warga MinDef


Di bawah saya sertakan Petikan buletin yang diambil dari laman web www.mod.gov.my

MinDef : BADSA Menjuarai Pertandingan CAPAM Dalam Kategori Innovations In Public Service Management
Saturday, 27 October 2012 00:00
Malay Version Only
New Delhi, 27 Okt 2012 - Projek Aims (Accountability Index Monitoring System) telah menjadi juara dalam pertandingan Inovasi Negara-negara Komanwel yang telah diadakan di New Delhi dari 21 hingga 27 Oktober 2012. Empat kategori telah dipertandingkan dan BADSA telah menjuarai kategori Innovations In Public Service Management. Tiga kategori lain pula telah dimenangi oleh Nigeria, Singapura dan India.
Presiden CAPAM semasa majlis penutup menyatakan pada peringkat awal 200 penyertaan di terima dari seluruh negara Komanwel. Setelah di tapis hanya terdapat 40 penyertaan telah berjaya ke semi final dan dari itu hanya 12 penyertaan berjaya ke peringkat akhir.
Pertandingan di jalankan dengan cara setiap penyertaan membentangkan projek masing-masing kepada panel juri. Juri-juri ini dilantik daripada 10 orang pakar daripada 10 negara Komanwel. Bagi setiap pembentangan dan soal jawab mengambil masa selama 1 jam. Peserta finalist juga telah membentangkan projek masing-masing dalam Konference CAPAM yang telah dihadiri oleh 400 peserta.
Tim Aims ke New Delhi ini diketuai oleh Datuk Dr Ismail bin Hj Bakar (TKSU Dasar), Tuan Hj Johari Ismail (SUB BADSA), Dua pegawai BADSA iaitu Lt Kol Hamisan bin Mian dan Lt Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah serta Cik Norhayati binti Abdullah (Pegawai ICT).
Ketua Setiausaha Negara turut mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah CAPAM 2014. Kejayaan ini harus dikongsi oleh semua warga MinDef yang telah memberi sokongan untuk kejayaan ini. Semua warga MinDef harus merasai kejayaan ini dimana MinDef telah menempah nama di persada Antarabangsa. SSR MinDef telah mendapat 5 Bintang, Akauntabiliti Index dari Audit Negara juga telah mendapat 4 bintang. Kini MinDef berjaya pula di peringkat antarabangsa. Komitmen semua warga MinDef adalah penting untuk mencapai Plan Transformasi MinDef.

Nota :

Pada Tahun 2014 nanti Malaysia pula menjadi Tuan Rumah Persidangan CAPAM

Isnin, 29 Oktober 2012

Apa itu Paplova ?

Ermm... antara menu pelik yang aku jumpa Raya Haji baru-baru nie ..nie lah..dia PAPLOVA...first time kot aku dengan..nengok dan rasa..(sshhhh tak berapa jadi sebenarnya..heee) .  Sebenanrnya menu nie adik aku yg study kat Uitm Jengka tu yang perkenalkan kat aku...dia semangat nak buat untuk disajikan pada pagi Raya Haji..kononnya...takper semangat tu yang penting.  Wah!!! siap wat muffin blueberry..dan coklat lagi...Pastu tetiba dia sebut nak wat Paplova..hah..apa tu? hai aku nie ketinggalan plak bab-bab nie...takper..ko waqt jer nanti aku nak rasa..yer...ermm...semangat nak wat pagi Raya konon sekali petang Raya baru wat...ceh...rasanya...manis ler apa lagi..boleh ah..sedap...coz dia kata tak berapa jadi..so...aku tak dapat nak klasifikasi kan menu tu sedap ker tak sedap heee..nampak gayanya biar aku plak yang cuba wat PAPLOVA nie...ha..Meh aku nak share apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat PAPLOVA nie...simplek jer bahan-bahan dan cara nak membuatnya..jom try ..cuba dan test..



Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung


Topping/hiasan
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla


 resepi pavlova
Cara membuat
-Pukul putih telur dengan perlahan.
-Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
-Masukkan esen vanilla dan gaul.
-Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.

-Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
-Masukkan adunan ke dalam oven.
-Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
-Bakar selama satu jam.
-Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.


Resepi nie gue amik dari blog nie...singgah lah yer  http://www.blogammar.com 

Isnin, 22 Oktober 2012

Harga Rokok Naik Berkuatkuasa Hari Nie


Kepada perokok-perokok tegar..hari nie ada berita  gembira untuk anda..heeee.  Aik dalam budget 2013 takder sebut pasal kenaikan harga rokok..ingat dah selamat yerk...rupa-rupanya naik gaks.  Kurang-kurangkanlah merokok yer..untuk kebaikan kesihatan anda juga...


KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. - Bernama

sumber dari www.kosmo.com.my

Khamis, 18 Oktober 2012

Nak Tahu Bagaimana Cara Buat Suami Ringan Tulang

 
Sebagai isteri dan ibu tentunya penat melakukan kerja rumah sendirian. Mana hendak memasak, melayan anak, membasuh, mengemas dan bermacam perkara lagi. Jadi menyakitkan hati saat bertungkus-lumus membuat kerja rumah tangga suami pula duduk bersandar di kerusi sambil membaca surat khabar tanpa sedikit pun perasaan bersalah.
Sudahlah di pejabat terbeban dengan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan majikan, di rumah pun situasinya hampir sama. Biasanya, bila tekanan mengusai fikiran mulalah mulut mengeluarkan bebelan. Saat itu barulah suami angkat punggung untuk membantu mana yang perlu.
Tetapi untuk hari itu sahaja kerana esok mahupun lusa, cara yang sama juga akan digunakan bagi membuatkan pasangan jadi ringan tulang. Buntu memikirkan cara yang paling baik untuk mengajak suami berkongsi melakukan kerja rumah, bagi para isteri pelajari empat tip berikut.


1. Pujuk Dengan Suara Yang Manja
Senjata yang paling berkesan untuk menakluk hati lelaki adalah dengan sikap lemah lembut selain suara yang manja dan menggoda. Percayalah bahawa suami mudah ‘cair’ apabila anda meminta pertolongan darinya menggunakan ciri-ciri tadi.
Mungkin ajakan pertama tidak berjaya tetapi cubalah untuk kali yang seterusnya. Setelah hatinya bersedia untuk membantu maka jangan sekali-sekali keluarkan arahan untuk lakukan itu dan ini. Ingatlah bahawa cara psikologi lebih berkesan untuk memujuknya menjadi lebih rajin.
Mulakan dengan pujian kemudian ajukan persoalan sama ada boleh atau tidak dia melakukan kerja berkenaan. Yakinlah bahawa itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya selesa dan membantu dengan hati yang terbuka.

2. Hargai Bantuan Yang Dihulurkan
Apabila kita meminta bantuan dari orang lain maka jangan sekali-sekali mengharapkan kerja yang dilakukan itu setanding dengan kerja yang kita lakukan. Begitu juga dengan kerja rumah yang suami lakukan. Pastinya tidak sehebat atau serajin anda tetapi jangan sekali-sekali luahkan apa yang anda rasa. Sekalipun kerjanya hanya membasuh kuali tetapi berilah penghargaan seperti ucapan terima kasih. Sebenarnya, lelaki tidak malas tetapi masih terikat dengan fahaman berbentuk ortodoks.
Menjadi kelaziman buat dirinya bahawa wanita menyediakan makanan, membasuh pakaian mahupun mengurus anak-anak. Lelaki pula hanya menanti di meja makan dengan menu masakan yang digemari dan bangun apabila perut kekenyangan.
Sikap seperti inilah yang membuatkan mereka ‘berat tulang’ setelah melangkah ke alam rumah tangga. Sekiranya pasangan anda bersikap seperti ini maka banyakkan bersabar dan latihlah dia melakukan kerja rumah sedikit demi sedikit. Insya-Allah berjaya akhirnya.

3. Gunakan Anak-anak
Ada ketikanya, kita boleh gunakan anak-anak untuk menjadi ‘suis’ kepada suami membuat kerja rumah. Sekiranya permintaan anda tidak dihiraukan maka anak-anak boleh mainkan peranan.
Mintalah pertolongan daripada mereka untuk memujuk suami lakukannya. Sebagai contoh, “Ayah, ibu minta tolong betulkan paip di dapur. Airnya meleleh sahaja. Kalau ibu boleh buat, sudah lama dia lakukan. Lagipun ayah kan hebat?”
Percayalah bahawa kata-kata yang keluar dari mulut anak ini akan terkesan di hati suami. Perasaan bersalah dan malu kepada diri sendiri membuatkan mereka segera melakukan kerja yang diminta sekalipun malas masih lagi berbaki

4.  Pastikan suami tidak terlalu penatSuami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

5.  Berikan alasan yang logikLelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

6.  Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.

Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

7.  Sentuh perasaannyaSuami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.

Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

8.  Rayu dengan hadiahCara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

9.  Jangan mendesak atau mengarahSuami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

10.  Masa yang sesuaiMeminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

11.   Ucapkan terima kasihUcapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.

Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.

Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

Selasa, 16 Oktober 2012

Farid Kami dan Diana Danielle Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Pada 03 Nov Ini


Menurut sumber dari www.kosmo.com.my Farid Kamil dan Diana Danielle bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 3 Nov ini....keputusan ini dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak.  Pasangan ini telah melansungkan pertunangan pada 02 September yang lepas.
Berikut petikan yang diambil dari www.kosmo.com.my.

Farid Kamil, Diana kahwin 3 November ini

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil mengakhiri teka-teki tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Diana Danielle apabila mengumumkan majlis itu akan dilangsungkan pada 3 November ini.
Farid membuat pengumuman tersebut ketika majlis pelancaran filem terbaharu arahannya iaitu Pe3 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Farid, 30, berkata, dia dan Diana, 21, mengambil keputusan itu atas persetujuan kedua-dua pihak.
"Dengan keizinan kedua-dua ibu bapa, saya dengan ini umumkan akan berkahwin dengan Diana pada 3 November ini," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

mudanya lagi Diana Danielle yer...takper..kahwin muda nie dapat mengelakkan maksiat...kalu cepat dapat anak...nanti kita masih muda lagi...anak dah besar dah...lagi satu seru nak kahwin tu dah sampai...niat yang baik teruskan...

Jumaat, 12 Oktober 2012

Mesti Baca : Tiga penyakit akibat stres di tempat kerja

 

Tiga penyakit akibat stres di tempat kerja



KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pekerja menghidap tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.

“Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga sudah mengenal pasti tekanan di tempat kerja sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani segera,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Menurutnya, penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lalu, tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010.

Beliau berkata, mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90 decibel secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedah kepada paras bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.

Menurut beliau, 102 kes penyakit kulit dilaporkan tahun lepas menurun empat peratus berbanding 106 kes pada 2010, manakala penyakit paru-paru mencatat 101 kes tahun lalu iaitu meningkat 37 peratus, berbanding 63 kes pada 2010. — Bernama

sumber dari www.hmetro.com.my

Selasa, 9 Oktober 2012

Cuak Giler Aku Dibuatnya....

Hoo dalam entry yang lepas kan aku ada citer yang aku gi wat Minor Surgeri gigi bongsu aku...aku kan alergi ubat tahan sakit jadi aku di saran oleh Doktor gigi tersebut untuk amik Tramadol sejenis moffin...kalu amik sure ngantuk punya..masalahnya..aku amik memang nagntuk..tapi aku kan ada anak kecik..kalu dia tak tido camner aku nak tidor..jadi memang sangat weng aku dibuatnya.

Hari pertama amik ubat tu takper..ok lagi...hari berikutnya...pergh...macam orang mengandung nie..mabuk teruk...serba tak kena dibuatnya...segala jenis bau aku tak suka..bau busuk...memang tanda-tanda macam aku pregnant dulu ah...cuak aku dibuatnya...anak aku baru 4 bulan nie...aku makan Pil Perancang jenis Jasmin...aku rasa aku makan ikut time...takkan leh mengandung kot....denyutan jantung jadi laju....nafas jadi pendek...jadi tak bermaya...semualah ada...tak berani aku nak bgtau suami aku...heee kang dia pun kata aku mengandung....Setelah aku rasa lain macam jer..aku pun google...kesan-kesan makan Tramadol ni...pergh...banyak kesannya..di antaranya...
 
Kesan sampingan Tramadol 
 
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai apa-apa tanda tindak balas alahan terhadap tramadol seperti: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak. Hentikan menggunakan tramadol dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang serius seperti:
1. halusinasi, demam, kadar degupan jantung yang pantas, refleks yang terlalu aktif, rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, kehilangan keseimbangan, pengsan;
2. sawan;
3. kulit merah, melepuh, atau ruam yang mengelupas;
4. pernafasan yang pendek, nadi lemah.
 
Kesan sampingan tramadol kurang serius mungkin termasuk:
1. pening, rasa berputar;
2. sembelit, sakit perut;
3. sakit kepala;
4. rasa mengantuk;
5. rasa gementar atau bimbang.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan  kesan lain boleh berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan-kesan sampingan. 
 
Bila aku dah tau kesan-kesannya..aku pun stop lah amik ubat tu....makan masa gak nak kembali normal...serik aku dibuatnya...bila time waktu datang haid sepatutnya datang..tak datang gak...makin cuak aku...risau sume ada lah...akhir sekali datang gakk...huh...gembira aku...cuma lambat sket jer...coz kalu makan Pil Perancang kan patut period regular...kali nie lambat sehari...pergh...bengong kejap aku dibuatnya..haaaa

Rabu, 3 Oktober 2012

Salah Anak Aku ATAU Budak-budak Sekarang Memang Nakal

Pening ...Pusing Kepala dengan kerenah anak-anak,  kisah anak sulung aku nie...baru darjah 2 dah mcam-macam hal berlaku kat dia...risau..geram nak marah semua ada..kesian pun ader..sebelum nie ada sorang kawan dia leh dikatakan tiap-tiap hari pinjam RM1 kat dia..siap main ugut-ugut lagi kalu tk bagi tak nak kawan...kata nak bayar-tak bayar pun...dah anak aku kena budget-budget nak beli makanan....bila dia citer kat aku saranan aku...jangan bagi lagi..dia tak nak kawan sudah...ramai lagi kawan lain...bukan dia sorang jer yang ada dalam kelas tu...pastu aku siap suruh guru kelas dia tukarkan tempat duduk dia, yang sebelum-sebelum nie dia pinjam tak bayar kita halalkan jer ler.

Kes kedua botol air dia baru beli..dah leh tahan mahal gak harganya..maklum ler yang Barbie punya...kawan dia gi main sorok-sorok botol air plak...pastu hilang...hai menyiorap gak darah aku nie....anak aku nie lembik sangat ker...aku cakap tegas ah sket...tapi dia pernah bgtau kat aku..ada budak terajang dia...pastu dia terajang balik budak tu..hah aku cakap bagus ah..heeee  (sesat ajaran aku nie)....aku cakap sapa lempang ker terajang Kak Long..Kak Long balas balik....coz aku yang geram mendengarnya...
Kes terbaru hari nie..duit dia RM14 kena curi...dia kata dia tau siapa curi...tapi senyap jer tak gi sergah budak tu balik....hai...dia bawa duit banyak tu untuk nak bayar duit fail sekolah...memang kureng asam betul ah..kekawan dia nie...bukan budak bodoh-bodoh kelas pertama tu dari 12 kelas yang telah disaring...hei menyirap jer darah aku...sabor jer ler.  Nak kena bagi kursus keselamatan kat anak aku nie...

Isnin, 1 Oktober 2012

Bye..Bye Gigi Bongsu

Al-kisah Jumaat lepas aku gi wat minor operation/surgeri gigi bongsu coz gigi tu keadaannya dah kronik dan dah makan bahagian pipi. Walaupun aku dah 4 kali wat operation tapi perasaan takut tetap ada...heee masuk je kat dalam bilik..Doktor gigi bagi penerangan serba sedikit apa yang akan di buat ngan gigi aku dan apa kesannya.  aku pun mendengar dengan kusyuk dan tawadhuknya. Yang buat aku lagi ngeri...ramai plak pembantu doktor nie...kat keliling aku macam nak wat major surgery plak...heee
First sekali doktor bius...ada tiga injection kot...so aku terasa kebas sebelah pipi sampai ke mulut...memang tak rasa apa...pastu segala peralatan keluar mula sekali alat apa tah..bising ah bunyinya..macam kena gerudi mulut aku...pastu macam kena pahat pun ada...kena cangkul ..kena belah..pun ader..heeee prosesnya hampir sejam ah gak.  Bila dah dapat keluar gigi tu...ada plak sesi gunting menggunting dalam mulut aku nie ha....gunting gusi hagaknya...pastu nampak Doktor amik benang....dalam 3 benang gak jahit..aku tak pasti jahit apa...tapi bila dah selesai aku nengok dalam mulut aku nie rupanya jahit tang pipi aku nie ha..panjang gak pergh ngeri gak...fuh..
Setelah selesai jahit-menjahit...Doktor bagi penerangan sekali lagi...tentang pemakanan..kena amik soft diet..kira makan bubur ler gamoknya...dia kata lepas bius habis nie maby akan rasa sakit..so dia nak bagi ubat ponsten..hai aku kan alergi ubat tahan sakit..so aku amin panadol jer ler...lepas tu aku di saran oleh Doktor cuba makan ubat tahan sakit jenis Tramadol...ya Allah...kesan makan ubat nie..teruk sangat..coz ubat nie sejenis moffin...so akan rasa mual..loya ...pening..mcam duk dalam kapal...dan perasaan dan jiwa rasa lain...so memang aku mengalaminya..

 

Selepas beberapa jam...wat minor sugery tu..pipi aku jadi membengkak..macam kena beguk...maby kesan-kesannya lah tu..pastu...hampir setengah hari lah gak dok kena gigit kapas jer...coz asyik bleeding jer...bertakung darah dalam mulut nie.  Hai..namapaknya aku kena makan bubur dan sewaktu dengannya jer lah nie...pastu makan sebelah mulut jer ler...sehingga ke hari nie dah 4 hari masih ada bengkak lagi tang pipi aku nie...tapi cover ah ngan tudung.