Selasa, 16 Oktober 2012

Farid Kami dan Diana Danielle Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Pada 03 Nov Ini


Menurut sumber dari www.kosmo.com.my Farid Kamil dan Diana Danielle bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 3 Nov ini....keputusan ini dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak.  Pasangan ini telah melansungkan pertunangan pada 02 September yang lepas.
Berikut petikan yang diambil dari www.kosmo.com.my.

Farid Kamil, Diana kahwin 3 November ini

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil mengakhiri teka-teki tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Diana Danielle apabila mengumumkan majlis itu akan dilangsungkan pada 3 November ini.
Farid membuat pengumuman tersebut ketika majlis pelancaran filem terbaharu arahannya iaitu Pe3 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Farid, 30, berkata, dia dan Diana, 21, mengambil keputusan itu atas persetujuan kedua-dua pihak.
"Dengan keizinan kedua-dua ibu bapa, saya dengan ini umumkan akan berkahwin dengan Diana pada 3 November ini," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

mudanya lagi Diana Danielle yer...takper..kahwin muda nie dapat mengelakkan maksiat...kalu cepat dapat anak...nanti kita masih muda lagi...anak dah besar dah...lagi satu seru nak kahwin tu dah sampai...niat yang baik teruskan...

Tiada ulasan: