Isnin, 22 Oktober 2012

Harga Rokok Naik Berkuatkuasa Hari Nie


Kepada perokok-perokok tegar..hari nie ada berita  gembira untuk anda..heeee.  Aik dalam budget 2013 takder sebut pasal kenaikan harga rokok..ingat dah selamat yerk...rupa-rupanya naik gaks.  Kurang-kurangkanlah merokok yer..untuk kebaikan kesihatan anda juga...


KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. - Bernama

sumber dari www.kosmo.com.my

1 ulasan:

Unknown berkata... JOM Reply

harga naik pun masih lagi merokok..hrmmm...sedihhh...