Khamis, 21 April 2011

Replika cincin tunang Putera William laris

LONDON - Replika cincin pertunangan Kate Middleton yang akan berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera William mendapat permintaan tinggi dengan dijual pada harga £6 (RM29.67), lapor sebuah akhbar semalam.
Harga sebenar cincin pertunangan batu nilam 18 karat dan berlian itu kini bernilai £250,000 (RM1.23 juta) berbanding harga asalnya £28,000 (RM138,462) pada 1983 semasa bapa William, Putera Charles memberikan ia kepada bakal isterinya, Puteri Diana yang juga ibu William.
Replika cincin itu dikeluarkan oleh syarikat Debenhams ekoran permintaan tinggi daripada pelanggan dan ia menyatakan tidak mampu menghasilkan stok untuk simpanan peniaga dalam tempoh yang singkat.
William dan Middleton akan akan berkahwin pada 29 April ini. - Agensi

Nie petikan dari http://www.kosmo.com.my/ replika jew dh laku...dasyat-dasyat...selamat ah cincin perkahwinan aku tkder replika (tapi siapalah aku nie)  Ianya dibeli khas dari Terengganu...he..he....Time kasih suamiku dan ibu mertuaku kerana memilih cincin yang cantik untukku....eemm... tapi aku berharap sangat jangan lah berat badan aku naik lagi coz nanti tk muat nak pakai cincin kawin....dh lah cincin risik tunang dh hancus (tk muat sebenarnya) tkleh pakai...hu.hu....hu....sabor jer lah.....:)

Tiada ulasan: