Isnin, 25 April 2011

Yusry dan Lisa......

Dalam akhbar KOSMO hari nie...sibuk bercerita soal cinta dianatara Yusry(KRU) dengan Lisa Surihani, pada pendapat saya ok jer....tak tahulah orang lain coz kedua-duanya masih bujang (Yusry:Duda) janji bujangkan....tapi bestnya jadi Lisa nie yerk...kena gosip bukan dengan calang-calng pelakon sumenya hensem-hensem belaka...al-maklum Lisa pun cantik orangnya.  Sepupu-sepupu saya pun ramai tergila-gilakan Lisa....walau dorang berangan...he..he....nie ada sedikit kata-kata Lisa diambil dalam petikan akhbar KOSMO...


"Secara jujur saya tidak melihat berkawan dengan Yusry merupakan satu kesalahan. Kami boleh borak macam-macam, daripada filem sehinggalah ke isu semasa.
"Dia lebih dahulu bekerja dalam bidang seni, jadi banyak soalan yang saya ajukan kepadanya, memang kami serasi. Saya selesa berkawan dengannya, bagi saya dia seorang yang bijak dan mempunyai misi serta visi dalam hidupnya," tuturnya.

Lisa dengan tenang menjawab, dia tidak kisah andai dipertemukan jodoh dengan duda dan lelaki yang lebih berusia kerana itu semua ketentuan Allah.
"Jodoh terletak di tangan Allah, kalau itu jodoh saya yang telah ditentukan, saya terima. Kalau bercakap tentang umur, saya tidak ada sebarang masalah kerana saya sudah biasa dikelilingi lelaki berusia.

"Abang-abang saya berusia 35 dan 36 tahun, kebanyakan sepupu dan kawan saya dalam lingkungan usia itu. Sebab itu saya rasa, saya boleh masuk dengan orang yang lebih berusia daripada saya. Tetapi untuk bercakap soal jodoh bagi saya masih terlalu awal," tuturnya.


Kalau ada jodoh tak ke mana kan....doakan yang terbaik buat mereka berdua....amin....

Tiada ulasan: