Khamis, 17 November 2011

Berlagak tak kena tempat

Al-kisah hari nie anak aku dapat duit RM100 dari sumbangan yang kerjaan bagi untuk menampung kos persekolahan bagi sessi 2012.  Akan tetapi aku takleh gi ambil duit tu..coz hagak-hagak aku dah kerja jauh nie Putrajaya suami plak di Rawang.dan anak aku sekolah kat umah opah dia di Setiawangsa, maka aku wakilkan opahnya untuk mengambil duit tersebut.

Alhamdulillah syukur lepas gak nak beli kasut dan beg dengan RM 100 tu.  Hai..kat sekolah anak aku nie ramai anak Dato/Datuk/Datin Tan Sri sume ah...Sekolah Berprestasi tinggi, ha golongan-golongan ini dengar ceritanya taknak ambil duit tu...apa susah ambil jer lah..pastu serah pada yang susah dan yang mempunyai adik-beradik yang ramai ..kan..kalu tak kenal atau tak tahu siapa yang susah amanatkan pada Guru/Guru besar sekolah/Pengetua sekolah tolong berikan bahagian saya ini kepada yang lebih memerlukan.  Besar pahalanya dapat membantu orang susah nie..ingat kekayaan yang kita miliki yang Allah bagi bukan 100% milik kita.

Selain dari itu yang aku pikirkan sekarang nie anak-anak Sekolah Menengah diorang tu sume dapat atas tangan dorang terus..wah ronggeng mak minah ah dorang tu sume dapat duit..aku percaya berapa % jer yang menggunakan duit tu ke saluran yang betul, yang lain takder maknanya.  Lagi satu yang aku duk terpikir budak-budak yang kaki pau dan buli nie..diorang tau kekawan dorang nie ada pegang duit kang pembuli nie apa lagi amik kesempatan..ermmmacam bahaya jer kan.  Rasanya kalu lepas nie kerajaan bermurah hati nak bagi lagi..cara yang selamat terus masuk akaun pelajar tersebut..wajibkan semua pelajar sekolah ada akaun BSN misalnya..pastu duit tu terus disalurkan ke akaun masing-masing.  Nie pandangan aku jer..:)

Tiada ulasan: