Isnin, 21 November 2011

Program Cuti Sekolah

Hai cuti sekolah anak aku sudah bermula...nie yang pening nak memikirkan program untuk dia dan keluarga aku gak.  Aku dan famili aku nie kaki merayap dan bercuti..asal jer ada cuti panjang mesti dah pikir nak gi bercuti ke mana.  Sabtu baru2 nie aku, suami dan anak-anak gi nengok wayang Happy Feat 2..si Daniya tuntut nak nengok wayang katanya...hai lepas nie nak tuntut apa lah plak...  Minggu nie aku balik ke Terengganu ada kenduri kawin adik ipar aku ..selamat dapat orang ganu gaks..pastu jarak kenduri tak jauh..lega rasanya tak perlu nak amik cuti banyak..al-maklum bila hujung tahun nie cuti pun tinggal sikit jer...
Program untuk bulan Nov dah ok nie Disember plak..niat dihati nak jenjalan ke Pinang..yerlah ada kenangan kat Pinang tu..Pinang tempat bermulanya aku dan suami mula berkenalan..coz dia join Hari Keluarga Bahagian aku satu masa dolu..ceh macam dah lama nau kawin...baru 8 thn heee.  Ermm baru teringat ada jemputan kenduri kahwin anak buah belah suami aku kenduri sambut menantu di Yan, Kedah, belah Terengganu dah settle...insyaAllah takder aral melintang dan ongkosnya mencukupi sampailah aku ke sana InsyaAllah.  Tahun depan anak aku dua orang sekolah...fuh...siap ah duit kan..sorang Tabika sorang lagi darjah 2..Tabika yang banyak pakai duit tu..ngalahkan nak masuk Universiti.  Tahun depan gak InsyaAllah tambah lagi sorang ahli keluarga..perancangan kewangan memang kena yang terbaik...bak kata BoBoiBoy..

1 ulasan:

Tie HT berkata... JOM Reply

best nye dpt g jln2 cuti2 ni..release tensi :)