Jumaat, 30 September 2011

Baju Kurung Pertama Yang Aku Jahit Sendiri


Al-Kisah...toib...tahun 1998 zaman dolu aku nie amik kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT) ermm... tak silap nie projek tingkatan 5 kot....hehehe bila nengok gambar nie kelakar bangat, (aku 3 dari kanan) tak silap kain tu aku beli kat globe...amik kain cotton senang nak jahit al-maklum baru belajar..hagak-hagak ah nk jahit kain yang licin.  Aku tak berapa minat menjahit..tapi boleh ah...hehehe gambar nie di ambil setelah diperagakan ke cikgu ERT kitaorang cikgu Zaleha, Sekolah Menengah Taman Keramat, aduh kurusnya aku masa nie...bila ah nak dapat balik body camtu yerk...takder maknanya. 
Masa nie memang projek jahit baju kurung Kedah tu yang sume sama je fesyennya tu...cuma aku tambah ah sket butang cina...pastu ribon kat tangan...ish kalau nak suruh pakai baju tu sekarang memang tang tangan pun dan tak masuk..apatah lagi ke badan.  Aku masih simpan lagi naju tu coz kenangan mana tau nanti leh tunjuk ke generasi aku akan datang kah..kah...lupa nak tunjuk kat anak dara aku..tapi kang jenoh plak dia suruh aku plak jahit ..perh dah lupa dah sklill2 menjahit nie..kena gi berguru ah nampaknya..dengan kakak iparku di http://kelas-jahitan.blogspot.com/ pergh sempat lagi aku promote kelas jahitan kakak iparku...
Untung tahu menjahit nie..jimat duit upah baju mahal-mahal..kekadang upah baju lebih mahal dari harga kain...macam kawan-kawan aku di Kemas Wilayah dulu..Jumaat beli kain hari Isnin depannya dah leh pakai baju baru tu..pergh..jeles aku nengoknya. Ok yer sesiapa yang berminat nak belajar menjahit pelbagai jenis jahitan seperti tudung, cadar dan manik lawat-lawat lah ke http://kelas-jahitan.blogspot.com/. siap ada sijil lagi tau..kira bertauliah ah...

Bengkel Manik & Labuci
11 April 2010
Kg. Baru Kuala Lumpur

Khamis, 29 September 2011

Jom Layan Lagu Korea

Aku tengah giler layan lagu nie..hehehehe


Wah...teruja...dengar lagu nie..bukan ngan orang-orangnya

Jom Tambah Follower



huhuhu first time join LULU pages punya segmen...

Maksud Warna Dalam Kehidupan

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, pakaian, permainan dan sebagainya.

MERAH

Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, jantan.
2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.
Catatan: Warna Merah kadang berubah erti jika dikombinasikan dengan warna lain. Merah dikombinakan dengan Hijau, maka akan menjadi simbol Natal. Merah jika dikombinasikan denga Putih, akan mempunyai erti kebahagiaan di budaya Oriental

BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.
1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.
Respon Psikologi: Kepercayaan, Konservatif, Keamanan, Tehnologi, Kebersihan, Keteraturan.
Catatan: Banyak digunakan sebagai warna pada logo Bank di Amerika Syarikat untuk memberikan kesan kepercayaan

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, dermawan, tidak percaya.
Respon Psikologi: Optimis, Harapan, Filosofi, Tidak Jujur, Pengecut (untuk budaya Barat), pengkhianatan.
Catatan: Kuning adalah warna keramat dalam agama Hindu

HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.
Respon Psikologi: Sihat, kenuntungan, Pembaharuan.
Catatan: Warna Hijau tidak terlalu sukses untuk ukuran Global. Di Cina dan Perancis, kemasan dengan warna Hijau tidak begitu mendapat sambutan. Tetapi di Timur Tengah, warna Hijau sangat disukai

1.HITAM :

Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

1.COKLAT :

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
Respon Psikologi: Tanah/Bumi, Reliability, Comfort, Daya Tahan.
Catatan: Kemasan makanan di Amerika sering memakai warna Coklat dan sangat sukses, tetapi di Kolumbia, warna Coklat untuk kemasan kurang begitu membawa hasil.

2.UNGU :

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.Respon Psikologi: Spiritual, Misteri, Kebangsawanan, Transformasi, Kekasaran, Keangkuhan.

Rabu, 28 September 2011

Diet Rasulullah SAW


    

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


 CARA MAKAN
1.  JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2.     TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
3.   JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
4.   Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
o        Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:
o        Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o        Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o        Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o        Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

Wordless Wednesday #14

Selasa, 27 September 2011

CARA KESAN REMAJA HAMIL

Cara kesan remaja hamil Oleh Hidayah Mohammad
hidayah@bharian.com.my
2011/09/27

Ibu bapa perlu peka, elak kes buang bayi berleluasa

WANITA hamil begitu mudah dikenal pasti dari segi bentuk badan dan cara mereka berjalan apatah lagi wanita hamil sering mengalami alahan, membuktikan ada 'isi dalam perutnya'. Gejala seperti muntah-muntah, loya, pening, rasa teringin makan sesuatu, tidak tahan pada setengah bau atau makanan, sering berlaku pada wanita mengandung pada peringkat awal.
Perbezaan fizikal susuk tubuh berlaku ketika hamil. Buah dada dan puting kian membesar selain kulit sesetengah wanita menjadi gelap, terutama pada bahagian muka serta sering terasa hendak kencing, timbul jerawat dan menjadi letih.
Remaja mengandung lebih cergas dan bertenaga jika dibandingkan dengan wanita dewasa. Selepas bersalin, mereka lebih cepat kembali kepada keadaan asal sebelum mengandung. - Dr Ani Amelia Zainuddin, Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Unit Ginekologi Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Obstetrik
Selain itu, wanita hamil juga ada kalanya mengalami keputihan pada faraj yang lebih daripada biasa selain tidak datang haid. Emosi menjadi tidak menentu, sering merajuk dan mudah melenting.

Semua tanda ini agak ketara dan hampir sesiapa saja boleh mengesan atau mengenal pasti jika seseorang wanita itu hamil. Ini juga yang menyebabkan banyak pihak musykil bagaimana ramai ibu bapa, keluarga, guru dan masyarakat sekeliling tidak dapat `mengesan’ apabila remaja, termasuk di bawah umur, hamil.

Baru-baru ini, seorang remaja berusia 14 tahun dilaporkan dirogol teman lelakinya mengadu sakit pinggang kepada keluarga. Pemeriksaan yang dilakukan di klinik mengesahkan kesakitan yang dialami remaja itu adalah disebabkan ingin bersalin.

Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 juga menganggarkan 2.2 peratus daripada 8.7 juta remaja di Malaysia atau lebih kurang 190,000 orang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin sehingga ada yang mengandung sehingga menyebabkan kes pembuangan bayi.
Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Unit Ginekologi Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr Ani Amelia Zainuddin menjawab dan berkongsi maklumat mengenai isu wanita muda hamil.

Memulakan Klinik Ginekologi Kanak-kanak dan Remaja di PPUKM sejak 2008 bersama Profesor Madya Dr Nur Azurah Abdul Ghani, beliau mengakui 20 peratus mereka yang dirujuk ke klinik itu adalah remaja hamil luar nikah dan ibu bapa hanya mengetahui keadaan itu apabila kehamilan melebihi empat bulan.


Mengapa ibu bapa sukar mengesan anak remaja mereka mengandung?

  • Anak remaja ini sendiri tidak sedar yang mereka mengandung. Mungkin juga mereka mengandaikan perkara itu berlaku tetapi menafikannya. Dalam kebanyakan kes mereka berkelakuan seperti biasa, tambah pula jika tidak begitu rapat dengan ibu bapa dan tidak selalu berada di rumah. Oleh itu, kehamilan mereka tidak dapat dikesan dan disedari ibu bapa dari awal lagi.

  • Ada remaja yang badan mereka sedikit besar atau berisi. Walaupun sudah dalam bulan ke empat atau lebih kehamilan, dalam kebanyakan kes, badan remaja tidak begitu menampakkan beza dengan keadaannya sebelum ini.

  • Gejala seperti muntah-muntah dan loya tidak sama sekali dikaitkan dengan kemungkinan anak hamil, lebih-lebih lagi apabila anak remaja itu dianggap sebagai anak yang baik dalam keluarga. Hubungan seks luar nikah adalah sesuatu yang dianggap ibu bapa perkara terakhir dilakukan anak. Ramai ibu bapa beranggapan masalah kesihatan itu disebabkan penyakit lain seperti gastrik atau tersalah makan dan sebagainya.

  • Ada juga remaja yang tahu mereka mengandung tetapi takut, berusaha menutup rahsia itu dengan memakai pakaian besar dan labuh supaya boleh melindungi keadaan perut yang kian membesar.

  • Ramai remaja yang kitaran haidnya tidak teratur dan jarang datang haid disebabkan paksi aliran ‘hormone hypothalamus-pituitari-ovari’ mereka tidak matang dengan lengkap lagi. Oleh itu, apabila mereka tidak mengalami haid, mereka tidak menyangka ia disebabkan kehamilan.

    Bagaimana untuk memastikan jika anak remaja mengandung? Perbezaan wanita dewasa hamil dan remaja hamil?

    Tiada perbezaan ketara antara wanita dewasa dan remaja mengandung dari segi tanda kehamilan. Ada yang mengalami alah teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami alah. Cuma mungkin pada usia muda, mereka tidak banyak berfikir dan berasa runsing kerana tidak ada tanggungjawab lain.

    Remaja mengandung selalunya lebih cergas dan bertenaga jika dibandingkan dengan wanita dewasa yang lebih tua. Jarang mereka berasa letih. Selepas bersalin, mereka lebih cepat kembali kepada keadaan asal sebelum mengandung.

    Dari segi emosi pula, ada remaja yang murung dan suka berseorangan jika mereka berada dalam keadaan ketakutan dengan kehamilan itu. Mereka perlukan banyak sokongan dan bimbingan ibu bapa, keluarga dan doktor. Ramai yang memerlukan khidmat kaunseling. Jangan abaikan keperluan ini kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada remaja mengandung, anak yang dilahirkan serta keluarganya.

    Ibu bapa perlu memikirkan yang anak mereka mengandung jika anak mereka menunjukkan tanda biasa dialami wanita hamil. Selain itu, pada peringkat pertengahan kehamilan pula, perut kian membesar dan terdapat perubahan pada warna kulit di bahagian perut, kulit renggang di perut dan buah dada.

    Lebih jelas ialah sakit pada di bahagian ari-ari atau di bahagian bawah perut sebelah kanan atau kiri, sakit belakang mula dirasai dan ia menjadi lebih kuat apabila usia kehamilan semakin lanjut.

    Bagi memastikan sama anak remaja mengandung atau tidak, boleh belikan alat mengesan mengandung dari farmasi atau bawa anak berjumpa doktor. Remaja mengandung lebih tinggi risikonya berbanding wanita dewasa dan disyorkan supaya mendapatkan rawatan antenatal seawal mungkin serta sepanjang kehamilan mereka. Pastikan juga bersalin di hospital dan bukan di rumah.

    Cara terbaik menghadapi anak remaja yang hamil

    Jangan terus memarahi anak jika mendapat 'berita buruk' itu. Tanya mereka mengenai kesihatan mereka. Berlembut dulu kerana remaja memerlukan bimbingan yang betul tak kira dalam apa juga situasi, bukan cemuhan dan keganasan. Ramai remaja mengandung yang berada di bawah jagaan klinik hamil bukan disebabkan mereka ‘jahat’ sebaliknya menjadi mangsa, dirogol, ditipu, diperdaya, kadang kala oleh ahli keluarga sendiri menyebabkan mereka turut mengalami masalah psikologi.

    Walaupun badan mereka seperti wanita dewasa, pemikiran dan perkembangan psikologi mereka masih belum matang. Bila mereka mengandung, ketika itulah mereka memerlukan bimbingan, sokongan dan kesabaran supaya masalah itu bijak diatasi.

  • Bertenang

  • Minta anak menceritakan keadaan sebenar

  • Jika hubungan dengan anak tidak rapat, dapatkan bantuan teman rapat untuk anak menerangkan perkara yang berlaku.

  • Bawa berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan.

  • Buat laporan polis.

  • Mendapatkan bantuan dan rujukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika perlu.

  • Jika remaja itu sudah melakukan kesalahan dari segi agama yang menyebabkannya hamil, ajaklah dia bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar dengan cara lemah lembut dan kasih sayang.

  • Beri kata-kata positif dan semangat supaya mereka tidak mengalami masalah kemurungan.

    INFO

  • Remaja adalah mereka yang berusia dari 10 tahun hingga 24 tahun.

  • Remaja muda berusia dari 13 tahun hingga 19 tahun.

  • Keadaan fizikal remaja yang berusia 11 tahun hingga 14 tahun seperti tulang pinggulnya yang belum bersedia untuk bersalin boleh mendatangkan risiko ketika proses kelahiran. Apabila ia terjadi, pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayi dan ibu.

  • Wanita digalakkan melahirkan anak dari usia 21 tahun hingga 35 tahun.

  • Bersalin dalam lingkungan usia 36 tahun hingga 45 tahun dianggap berisiko tinggi.

  • Apabila mencapai usia 45 tahun, wanita dinasihatkan tidak bersalin lagi kerana risikonya begitu tinggi.

    Risiko kelahiran pada usia remaja

  • Keadaan sakit mahu bersalin pramatang atau proses kelahiran yang lebih cepat daripada waktu yang sepatutnya

  • Anemia (kekurangan zat besi dalam darah)

  • Penyakit tekanan darah tinggi

  • Preklamsia/preeclampsia.

    Tanda penyakit ini ialah bengkak pada muka, kaki dan badan, rasa pening dan muntah-muntah, penglihatannya kabur dan sakit di ulu hati. Doktor akan mengenal pasti penyakit itu jika tekanan darah tinggi dan boleh juga menyebabkan kehadiran protein dalam air kencing. Penyakit ini amat berbahaya dan memerlukan rawatan segera untuk menstabilkan dan menyelamatkan ibu serta anak dalam kandungan.


  • Bergambar bersama Hazama AF9


    Gambar nie di ambil pada 10 September 2011/Sabtu...Majlis Kesyukuran Hazama AF 9 di Dewan AU2 Keramat atas kejayaan dia menjadi juara AF9.  anak-anakku teruja kot jumpa ngan Hazama...dorang tanya macam mana Ummi leh kenal ngan Hazama...siap kenal 1 famili dia lagi...fuh panjang ceritanya..yang aku citer dulu Hazama nie 1 sekolah ngan Ummi dan 1 kelas ngan Ibu Molly ( adik aku ) aku ngan kakaknya Najima sama-sama ahli koir dan genderang sekolah dan abangnya plak senior aku masa sekolah dolu....pastu masa bulan Ramadhan aku slalu terserempak ngan famili Hazama di Bazar tu yang keluarga Hazama ajak tu....ceh...

    Anak-anakku memang minat ngan Hazama nie time tidor leh bangun yerk..sebut ha Ummi lagu Hazama..fuh kronik..pastu gambar nie diambil guna hphone anak aku si Nadyne..habis 1 kampung di jajanya gambar nie..hehehe

    Isnin, 26 September 2011

    Proses Pengasingan Pelupusan Al-Quran Lama

    Menghantar Al-Quran Lama Untuk Dilupuskan

    JIKA INGIN MENGHANTAR AL-QURAN LAMA
    Bersyukur ke hadrat ilahi Allah S.W.T dengan limpah kurnia yang telah diberikan kepada Pusat Pengurusan Perkhidmatan Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Lama agar dapat bertahan sehingga ke hari ni. Tidak lupa juga kepada mereka yang turut mendoakan sekali. Kepada mereka yang menuduh, melemparkan hinaan, membuat fitnah, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah membuka pintu taubat kepada yang berkenaan.

    Tidak lupa juga kepada mereka yang meninggalkan naskah al-Quran di hadapan muka pintu pejabat, serta menghantar tanpa memberi sebarang sumbangan, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih. Kepada penyumbang walaupun sedikit, Jutaan terima kasih semoga Allah mempermudahkan segala urusan serta dilipat ganda pahala, selamat dunia akhirat.

    Disini diingatkan kepada mereka yang ingin menghantar naskah-naskah ayat suci yang lama/usang,

    PERTAMA

    DIIKAT 5 NASKAH  DAN SAMA SAIZ BAGI MUDAH PENGASINGAN


    KEDUA


    ASINGKAN AL-QURAN DAN BAHAN BACAAN BIASA

    DIIKAT DENGAN KEMAS @ DI MASUKKAN DIDALAM KOTAK

    KETIGA


    JANGAN MENGGUNAKAN PLASTIK SAMPAH


    KEEMPAT


    BAHAN BACAAN BIASA TIDAK DITERIMA


    KELIMA


    ASINGKAN AL-QURAN YANG DIMAKAN ANAI-ANAI

    Perkhidmatan ini akan dicaj dengan kiraan terkini seperti berikut:-
    *Setiap 4 Naskah @ lebih kurang 5 kilo = RM30.00

    *Setiap bayaran akan mendapat hadiah senaskah Al-Quran.
     
    Untuk keterangan lebih lanjut sila layari http://lupusquran.blogspot.com/

    Jumaat, 23 September 2011

    Tabik Spring ah! kat diorang nie...

    Anak aku yang bertuah...

    Kah..kah..kah... semalam aku puasa ganti...so hari dapat gaji kan..gi ah buka puasa kat luar...sedah berbuka puasa..aku gi ah solat maghrib di Aeon Setiawangsa..dua orang anak dara aku mengekor aku...waktu aku solat aku suh jaga beg aku dan pesan si kakak supaya jaga si adik...adku pun mulakan solat maghrib ku...tapi takleh nak kusyuk...coz terdengar suara anak dara aku si kecik tu duk  membebel..si kakak suruh adik duduk...ngan selamber..si adik cakap adik takleh duduk bawah..si kakak tanya kenapa? si adik menjawab ' sebab saya dumok susah nak duk bawah'...adush...dalam solat tu aku nak tergelak rasanya...ah sudah.....k nak masuk rakaat ke-2 plak..si Daniya anak aku..baik punya..landing kat sisi aku...sambil menongkat tangannya..kaki goyang-goyang pastu wat memek muka lawak...dan mukanya ngadap aku yg sedang solat nie...ya Allah...aku dah tak tahan nak tergelak...aku terpaksa berhenti....aku pujuk dia suh duk tepi..
    Alhamdulillah ada 3 orang anak dara panggil anak aku suh duk ngan dorang...so aku pun ulang balik solat aku...wah siap bergambar plak dlm surau ...hai sabor jerlah yer...ok bila dah sampai umah...dah tukar baju..dan wat apa yang patut ah...kan...si kecik aku yg debab nie..panggil aku..'Ummi mei jap" aku tanya 'nak apa' rupanya dia minta aku ambil minyak dan urutkan dua belah kaki dia..dia kata sakit dan lenguh..aduh sabor jerlah siap pesan urut dua2 kaki tau, pastu bila aku tanya dah adik...dia kata 'yum agi'...urut ah lagi...hai nie aku yang mak ker dia..nie..dalam hati aku..mak plak yang urut anak...hai anak-anak zaman sekarang nie memang bertuah betul.

    Khamis, 22 September 2011

    Ada sungai di atas sungai...






     Walaupun selepas anda lihat, ia masih sukar untuk mempercayai! Jambatan Air di Jerman. Satu pencapaian! Enam tahun, 500 juta Euro, 918 meter panjang. . . sekarang ini adalah kejuruteraan! Ini adalah saluran-jambatan sepanjang Sungai Elbe dan menyertai bekas Timur dan Jerman Barat, Sebagai sebahagian projek penyatuan. Ia terletak di kota Magdeburg, berhampiran Berlin. Gambar ini diambil pada hari perasmian. . . Untuk orang-orang yang menghargai projek-projek kejuruteraan, di sini teka-teki untuk jurutera kerusi berlengan anda. . . dan ahli fizik. Soalan: Adakah jambatan yang perlu direka bentuk untuk menahan berat tambahan lalu lintas kapal dan tongkang, Atau hanya berat air? Jawapan: Ia hanya perlu direka bentuk untuk menahan berat air! Mengapa? Kapal sentiasa disesarkan jumlah air yang berat sama seperti kapal itu, tanpa mengira berapa banyak kapal yang boleh dimuatkan.

    Nak Cantik Tak?

    TIP CANTIK
    Untuk Mari berdiet secara sihat!
    Masalah berat badan begitu membimbangkan wanita kerana ia sebahagian daripada imej diri selain masalah dari segi kesihatan. Namun untuk kekal langsing bukan perkara mudah jika tidak disertai disiplin dan cara diet yang betul. Jom ikuti 60 tip diet secara sihat dan semula jadi:

    Apakah yang boleh dilakukan jika anda boleh menerima satu perubahan diet sahaja?


    1. Tambahkan hanya satu sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai lapan hingga 10 sajian sehari.
    2. Ambil sekurang-kurangnya dua sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
    3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu ‘membesarkan’ saiz makanan.
    4. Jadikan waktu makan satu tujuan untuk menyihatkan badan.
    5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
    6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam. Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
    7. Ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.
    8. Pesan satu saja pemanis mulut untuk dikongsi bersama.
    9. Gunakan pinggan salad.
    10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.
    11. Isikan pinggan dengan sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.
    12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang 2.5 kg setahun.
    13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
    14. Dapatkan kalori daripada makanan bukannya minuman.
    15. Simpan jurnal makanan.
    16. “Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang”
    17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
    18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.
    19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
    20. Bawa bekal makanan sendiri.
    21. Duduk tertib semasa makan.
    22. Campurkan jus dengan air.
    23. Banyakkan makan sayursayuran semasa makan tengahari.
    24. Makan masakan sendiri di rumah.
    25. Elakkan minuman bergas. Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

    sumber dari Majalah Nur

    Hari Tanpa/Bebas Kereta

    upsss..hari nie aku baru dengar adanya Hari Tanpa Kereta..maksudnya hari nie jgn gi kerja naik kerta..naik kenderaan awam atau basikal..tapi aku rasa pagi tadi jalan sesak..macam ramai jer naik kereta...hagaknya kureng promosi kot coz aku sendiri baru tau pagi tadi..tu pun time dengar Hot fm tapi di negara-negara lain dah lama dah adakan Hari bebas kereta atau tanpa kereta...atau bebas/tanpa kenderaan bermotor..ermm menarik sebenanrnya..maby tahun depan kena promo lebih sket supaya orang ramai tahu...memang lah tak wajib..tapi kena fikir kesan positifnya..contoh macam Earth Hour..kenapa ia diadakan..mcm tu lah Hari Tanpa Kereta nie..asap kereta kan salah satu punca pencemaran udara..ha..lu pikirlah sendiri, nie tak Hari Kekasih yang korang nak sambut..hehehehe(suke hati koranglah kan) kalu sehari tak bawa kan..sekurang-kurangnya...ok sket udara...ermm hagaknya ah...ha nie aku nak selit sket berita baik ..jom baca

    KUALA LUMPUR – Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) semalam mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala percuma Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun mulai esok (22 September 2011).
    Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, ia tanda sokongan kepada kempen Hari Bebas Kereta Sedunia yang akan disambut esok dengan tujuan mengurangkan pengeluaran karbon yang dihasilkan kenderaan persendirian serta menyedarkan orang ramai untuk memilih menaiki pengangkutan awam.
    Bercakap dalam sidang akhbar ketika melancarkan kempen menyokong Hari Bebas Kereta Sedunia itu di sini semalam, beliau berkata, kempen itu turut menggalakkan orang ramai untuk menunggang basikal dan kemudahan meletak basikal disediakan di 17 stesen LRT

    Aksi 'Planking' Terbaik