Isnin, 26 September 2011

Proses Pengasingan Pelupusan Al-Quran Lama

Menghantar Al-Quran Lama Untuk Dilupuskan

JIKA INGIN MENGHANTAR AL-QURAN LAMA
Bersyukur ke hadrat ilahi Allah S.W.T dengan limpah kurnia yang telah diberikan kepada Pusat Pengurusan Perkhidmatan Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Lama agar dapat bertahan sehingga ke hari ni. Tidak lupa juga kepada mereka yang turut mendoakan sekali. Kepada mereka yang menuduh, melemparkan hinaan, membuat fitnah, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah membuka pintu taubat kepada yang berkenaan.

Tidak lupa juga kepada mereka yang meninggalkan naskah al-Quran di hadapan muka pintu pejabat, serta menghantar tanpa memberi sebarang sumbangan, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih. Kepada penyumbang walaupun sedikit, Jutaan terima kasih semoga Allah mempermudahkan segala urusan serta dilipat ganda pahala, selamat dunia akhirat.

Disini diingatkan kepada mereka yang ingin menghantar naskah-naskah ayat suci yang lama/usang,

PERTAMA

DIIKAT 5 NASKAH  DAN SAMA SAIZ BAGI MUDAH PENGASINGAN


KEDUA


ASINGKAN AL-QURAN DAN BAHAN BACAAN BIASA

DIIKAT DENGAN KEMAS @ DI MASUKKAN DIDALAM KOTAK

KETIGA


JANGAN MENGGUNAKAN PLASTIK SAMPAH


KEEMPAT


BAHAN BACAAN BIASA TIDAK DITERIMA


KELIMA


ASINGKAN AL-QURAN YANG DIMAKAN ANAI-ANAI

Perkhidmatan ini akan dicaj dengan kiraan terkini seperti berikut:-
*Setiap 4 Naskah @ lebih kurang 5 kilo = RM30.00

*Setiap bayaran akan mendapat hadiah senaskah Al-Quran.
 
Untuk keterangan lebih lanjut sila layari http://lupusquran.blogspot.com/

Tiada ulasan: