Khamis, 22 September 2011

Hari Tanpa/Bebas Kereta

upsss..hari nie aku baru dengar adanya Hari Tanpa Kereta..maksudnya hari nie jgn gi kerja naik kerta..naik kenderaan awam atau basikal..tapi aku rasa pagi tadi jalan sesak..macam ramai jer naik kereta...hagaknya kureng promosi kot coz aku sendiri baru tau pagi tadi..tu pun time dengar Hot fm tapi di negara-negara lain dah lama dah adakan Hari bebas kereta atau tanpa kereta...atau bebas/tanpa kenderaan bermotor..ermm menarik sebenanrnya..maby tahun depan kena promo lebih sket supaya orang ramai tahu...memang lah tak wajib..tapi kena fikir kesan positifnya..contoh macam Earth Hour..kenapa ia diadakan..mcm tu lah Hari Tanpa Kereta nie..asap kereta kan salah satu punca pencemaran udara..ha..lu pikirlah sendiri, nie tak Hari Kekasih yang korang nak sambut..hehehehe(suke hati koranglah kan) kalu sehari tak bawa kan..sekurang-kurangnya...ok sket udara...ermm hagaknya ah...ha nie aku nak selit sket berita baik ..jom baca

KUALA LUMPUR – Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) semalam mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala percuma Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun mulai esok (22 September 2011).
Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, ia tanda sokongan kepada kempen Hari Bebas Kereta Sedunia yang akan disambut esok dengan tujuan mengurangkan pengeluaran karbon yang dihasilkan kenderaan persendirian serta menyedarkan orang ramai untuk memilih menaiki pengangkutan awam.
Bercakap dalam sidang akhbar ketika melancarkan kempen menyokong Hari Bebas Kereta Sedunia itu di sini semalam, beliau berkata, kempen itu turut menggalakkan orang ramai untuk menunggang basikal dan kemudahan meletak basikal disediakan di 17 stesen LRT

Tiada ulasan: