Khamis, 22 September 2011

Nak Cantik Tak?

TIP CANTIK
Untuk Mari berdiet secara sihat!
Masalah berat badan begitu membimbangkan wanita kerana ia sebahagian daripada imej diri selain masalah dari segi kesihatan. Namun untuk kekal langsing bukan perkara mudah jika tidak disertai disiplin dan cara diet yang betul. Jom ikuti 60 tip diet secara sihat dan semula jadi:

Apakah yang boleh dilakukan jika anda boleh menerima satu perubahan diet sahaja?


1. Tambahkan hanya satu sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai lapan hingga 10 sajian sehari.
2. Ambil sekurang-kurangnya dua sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu ‘membesarkan’ saiz makanan.
4. Jadikan waktu makan satu tujuan untuk menyihatkan badan.
5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam. Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
7. Ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.
8. Pesan satu saja pemanis mulut untuk dikongsi bersama.
9. Gunakan pinggan salad.
10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.
11. Isikan pinggan dengan sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.
12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang 2.5 kg setahun.
13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
14. Dapatkan kalori daripada makanan bukannya minuman.
15. Simpan jurnal makanan.
16. “Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang”
17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.
19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
20. Bawa bekal makanan sendiri.
21. Duduk tertib semasa makan.
22. Campurkan jus dengan air.
23. Banyakkan makan sayursayuran semasa makan tengahari.
24. Makan masakan sendiri di rumah.
25. Elakkan minuman bergas. Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

sumber dari Majalah Nur

Tiada ulasan: