Selasa, 25 Oktober 2011

10 Ibu Paling Unik Dan Aneh Di Dunia.

1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat
Dikenal sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah memiliki enam anak-anak lain di bawah usia lapan tahun.

2. Ibu Paling Muda [5 Tahun]
 
Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Lina dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana perutnya semakin membesar. Dia awalnya dianggap memiliki tumor, tetapi para doktor mengesahkan dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, untuk rawatan lanjut. Satu bulan setengah kemudian, pada 14 Mei 1939, dia melahirkan seorang anak lelaki dengan pembedahan caesar kerana punggungnya yang kecil. Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu, dengan dibantu oleh Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale.

3. Ibu Paling Tua Ketika Melahirkan
Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan pada bulan November 2008, pada usia 70.

4. Ibu Dengan Kelahiran Terbanyak [69 Anak]
Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah adalah seorang petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak, dari 27 kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada gambarnya yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.

5. Lelaki Menjadi Ibu Yang Pertama Di Dunia
Thomas Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu. Sebenarnya dia dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi (pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri, melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri.

6. Ibu Kembar Tertua
Benar-benar bertekad untuk memiliki seorang anak lelaki pada usia 70 tahun, Omkari Panwar menjadi ibu kembar tertua. Sama dengan suaminya Charan Singh Panwar, mereka membayar kos rawatan yang mahal demi mempunyai pewaris lelaki. Mereka menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan tabungan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit. Panwar sudah memiliki dua anak perempuan dewasa, dan lima cucu, tapi mereka hanya ingin seorang anak lelaki tetapi bernasib baik dikurniakan kembar.

7. Ibu Tumpang Tersubur Di Dunia
Carole Horlock ialah ibu tumpang, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun – termasuk kembar tiga. Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling produktif. “Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap melakukannya hanya sekali” katanya. “Tapi saya sangat menyukainya.. setelah saya melahirkan bayi saya ingin melakukannya lagi.” Dia dibayar rata-rata $25,000 hingga $30,000 untuk tujuan tersebut.

8. Ibu Terkecil Di Dunia
Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia diingatkan akan membahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya. Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald, yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang memiliki tinggi 6 kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia mengaku ketika sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di tempat tidur selama berminggu-minggu.

9. Ibu Dengan Bayi Terkecil Di Dunia
Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada tanggal 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orang tua di Hanover Park, Illinois, A.S beratnya hanya 244 gram ketika lahir, tapi membesar seperti manusia normal.

10. Ibu Dengan Senggang Terlama Antara Anak
Elizabeth Ann Buttle memiliki dua anak, Belinda dan Joseph, ada yang menarik tentangnya. Belinda Buttle lahir pada 19 Mei 1956. Bahagian luar biasa adalah jarak antara kelahiran Belinda dan Joseph Buttle yang lahir pada 20 Nopember 1997 ketika Elizabeth Ann Buttle berusia 60 tahun. Bererti kelahiran pertama dengan kedua memiliki selang waktu 41 tahun 185 hari.

Isnin, 24 Oktober 2011

Opisku yang dah rupa macam tongkang pecah....

Al-maklum lagi beberapa hari lagi jer nak pindah ke Putrajaya..nie lah jadinya...aku nie duk Bahagian Sumber Manusia plak tu jadi banyak lah harta karun kertas dan sebagainya...yang mana nak di bawa, nak di lupus..rincih.  OPisku dipenuhi kotak-kotak..sampaikan laluan nak jalan pun kecik jer...begini rupanya orang nak pindah opis yer..nie pengalaman pertama aku sepanjang aku berkhidmat dengan Kerajaan.  Perasaan tu sedih ada seronok pun ada..ermmm mana-mana lah..aku kan memang dari awal lagi dah tak seronok...hehehehe tap nak gak merasa duk opis baru..di Putrajaya plak tu..kalu leh dapat merasa kejap jer..pastu dapatlah surat tukar...huhuhuhu






Peliknya Basikal nie...












Jumaat, 21 Oktober 2011

Jumaat Terakhir di Wisma Sime Darby

Hai pejam celik pejam celik..dah nak pindah dah aku ke Putrajaya..hari nie Jumaat terakhir aku berada di bangunan Sime Darby, KL, lepas nie tanggal 28 Oktober bersamaan Jumaat depan aku akan ke Bangunan baru Pejabat Jabatan Penerangan di Presint 4, Putrajaya.  Dari tahun 2001 aku bekerja di area Kuala Lumpur nie..Perkeso, KEMAS seterusnya di Jabatan Penerangan, lepas nie ke Putrajaya...aku minta tukar di area Wangsa Maju atau Keramat..tapi tak dapat lagi pertukaran coz katanya pergi dulu ke Putrajaya baru leh tukar. 

Opis aku sekarang

Opis aku minggu depan hehehe ( 2 dari kiri )

Kat opis aku nie tengah sibuk bangat mengemas..membongkar..segalanya lah dah mcm tongkang pecah pun ader..al-maklum..pindah opis..tapi yang bestnya...tak mana pun ..aku tak dibenarkan menolong..maklum trimester pertama mengandung....jadi aku dikecualikan lah...nak menolong tapi memang tak leh..baru angkut sikit jer..dah sakit perut..camner...dok diam jer lah...:)..kekawan opis semua..selamat mengemas yer...

sshhhhh yang penting mentang-mentang Jumaat terakhir di KL nie semua pakat gi Sogo..Plaza GM..Semua House..The Mall..Jalan TAR ermmm coz kat sana nanti tak jumpa dah sume nie..jumpa Alamanda jer...

Khamis, 20 Oktober 2011

Bahaya Spa Ikan

Bahaya spa ikan

TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.


Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
 
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis. 

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday 16#

6

10 Tip Kehamilan

10 Tip Kehamilan

Penjagaan diri dan kandungan merupakan elemen penting untuk anda ambil peduli. Lazimnya doktor hanya memberi panduan umum yang boleh diamalkan sepanjang melalui proses kehamilan.
1. Diet
Banyak perubahan yang perlu dilakukan sebaik disahkan hamil. Paling utama, mengubah gaya makan. Langkah bijak ialah mengikuti saranan piramid makanan. Makan lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.
Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses. Pisang mentah lebih berkhasiat berbanding pisang goreng. Kacang pis segar pula penuh vitamin jika dibandingkan pis dalam tin.
Bawa bersama botol berisi air ke mana sahaja anda pergi. Air mencukupi dapat mengelakkan kelahiran pramatang, sembelit dan komplikasi lain. Sementara itu, air yang dimaksudkan tidak termasuk minuman berkarbonat, teh dan kopi. Hanya air kosong, susu dan jus buah segar dikategorikan sebagai air yang perlu diminum sehingga 2 liter sehari.
2. Senaman
Bersenam memang baik untuk kesihatan. Berita baik untuk yang gemar bersenam kerana amalan konsisten anda dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu. Paling mudah ialah dengan berjalan dalam jarak pendek setiap hari atau melakukan aerobik khusus untuk ibu hamil. Biarpun begitu, senaman yang dilakukan tidak semestinya perlu dihabiskan dalam masa 30 minit sekali sesi. Anda boleh membahagikannya kepada sesi tertentu seperti setiap 10 atau 15 minit.
Terdapat beberapa jenis senaman yang ditegah semasa hamil. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman. Anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta daripada bersenam apabila mengalami tanda-tanda seperti letih, pening kepala, sesak nafas, kontraksi, pendarahan atau air ketuban bocor.
3. Tidur
Di awal trimester, anda dapat tidur selesa dan lena dengan pelbagai jenis posisi. Apabila perut semakin membesar, anda mulai sukar tidur nyenyak. Oleh yang demikian, sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.
Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.
4. Membaca
Luangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari kerana aktiviti ini diakui menenangkan. Dalam pada itu, anda perlu pandai memilih bahan bacaan. Jangan membaca sumber bacaan yang boleh menimbulkan konflik dalaman. Sebaliknya, pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.
Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran. Yakinlah, amalan membaca terutamanya sumber yang boleh membuatkan anda tertawa riang bakal memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh turut membuatkan bayi tenang dan gembira.
5. Muzik
Dengarlah muzik yang berirama lembut. Mainkan lagu yang sama secara tetap setiap hari. Ulangi amalan yang sama setelah bayi lahir. Anda pasti teruja melihat bayi tenang sebaik sahaja anda memperdengarkannya dengan lagu sama yang pernah didengarnya sewaktu dalam kandungan.
Selain daripada muzik, orang Muslim digalakkan untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran agar kelebihan ayat suci itu mampu merangsang saraf otak bayi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah kecerdasan bayi dalam kandungan.
6. Kelas Penyusuan
Sekiranya anda berazam menyusukan bayi bakal lahir secara eksklusif, langkah itu harus dimulakan sejak awal usia kandungan. Anda digalakkan untuk berbual-bual dengan bayi dengan menyatakan kemahuan memberikan susu ibu sejurus dia lahir sehingga usianya 2 tahun atau lebih.
Anda dan suami turut perlu mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik kerajaan, hospital mahupun kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Menerusi kelas ini, anda berdua akan belajar teknik penyusuan yang betul, langkah yang patut diambil jika menghadapi masalah dan sebagainya. Maklumat dan sokongan yang diberikan bakal membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Jika mahukan maklumat lanjut, layari www.ilca.org untuk mencari perunding laktasi berhampiran anda.
7. Kisah Bersalin
Membaca sahaja tidak mencukupi kerana pengalaman orang lain sama pentingnya untuk anda mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan proses pelahiran. Tambahan pula, lain orang lain pengalamannya. Oleh itu, dapatkan pengalaman melahirkan daripada orang terdekat.
Hal ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan mental dan fizikal anda untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Menerusi pengalaman orang lain, anda pasti sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan agar dapat melalui proses kelahiran dengan mudah dan lancar.
8. Kelas Antenatal
Bagi anda yang pertama
kali bergelar ibu, segera daftarkan
diri untuk menyertai kelas antenatal anjuran pihak hospital di mana anda bercadang mahu bersalin. Kelas ini penting kerana anda dan suami bakal didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan susu dan kehidupan bayi selepas dilahirkan. Biarpun kelas yang anda ikuti ini ringkas, namun ilmu yang bakal diperoleh memberi faedah yang bukan sedikit.
9. Kepanasan
Keluhan tubuh panas terutamanya di trimester akhir adalah normal. Ia berlaku kesan penghasilan hormon progesteron selari dengan peningkatan suhu tubuh bayi. Bagi mengurangkan masalah ini minum air sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang keluar. Antara lain ambil makanan yang banyak mengandungi cecair seperti bubur, yogurt dan jus buah. Dalam berpakaian pula, pilih baju yang diperbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pastikan warnanya cerah supaya panas matahari tidak diserap olehnya.
10. Seks
Anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang selesa ketika hamil. Untuk menjamin keselesaan, anda harus berada di atas. Posisi duduk pula biasanya popular di pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Apabila semakin sarat kedudukan anda membelakangi suami adalah posisi yang terbaik.
Apa jua posisi pilihan pastikan ia selesa dan tidak memberi tekanan pada perut. Selain daripada melakukan hubungan asmara, anda berdua juga boleh mengeratkan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda sesama sendiri.

sumber dari Majalah Pa&Ma

Selasa, 18 Oktober 2011

Seawal 6.30 pagi nak kena ada di Stesen Putra Setiawangsa

Waduh..waduh...abislah aku lepas nie...bengong jadinya..seperti yang korang sedia maklum yang opis aku nie akan berpindah ke Presint 4, Putrajaya.  Masalah utama aku nie tadi aku dapat tahu bas ada disediakan tapi seawal 6.30 pagi  dah kena ada Stesen Bas Putra Setiawangsa...Ya Allah pkl baper aku nak bangun nie...Setiawangsa tu..aku duk Ukay Perdana, Ulu Kelang. Kalu aku nie memikirkan diri aku boleh jer..tapi anak-anak yang sorang sekolah sorang lagi kena hantar umah opahnya..memang bengong aku dibuatnya nie..kalu aku nie dah boleh option bersara..hagaknya mau aku bersara awal...hehehehe.
Ikutkan hati malas nak pikir..tapi nak taknak kena pikir...camner nak buat..aku nak kena atur masa balik...pengurusan masa ah nie...kalu tak EL  atau MC je lah keje aku nanti. Kesian ke anak-anak aku nanti kena bangun awal gaks..pastu takkan nak hantar ke sekolah awal sangat kot..hih..hagak-hagak ah...aduh...pening nie...kang aku amik cuti tanpa gaji kang...sehingga aku dapat pertuakaran ke KL balik..baru aku kerja.  Susah sangat kan...bercelaru habis pikiran aku nie dibuatnya...eeeee rasa mcm nak menjerit boleh?...

Isnin, 17 Oktober 2011

Mood ber blogging sudah terbang....

Fuh !! harap perasaan nie hanya wat sementara waktu jer lah..coz aku kureng sihat sket (mabuk kepayang @ jadi mak yong de dek) pastu plak sibuk dengan opis aku yang akan berpindah ke Putrajaya mulai 27 Oktober nie..tu yang bercampur aduk tu..aku nie susah hati coz kena pindah ke Putrajaya..banyak masalah yang akan timbul..dah minta tukar tapi belum dapat lagi..takper sabor..sabor..Suamiku dah lah kerja di Rawang..rumah di Ukay Perdana dan aku plak kerja di Putrajaya...orang boleh cakap ape yang susahnya..takper...biarlah hanya aku jer yang tau payahnya nak ke sana...pergi dan balik hampir 100 km sehari kalu aku gi kerja sana..pastu orang leh kata alah...amik ah kuarters...aduh aku dah dok umah sendiri dan aku ada pilihan untuk tidak ke sana...lepas tu nak suh laki aku plak dr Putrajaya ke Rawang..sedangkan aku boleh ke mana-mana Jabatan Kerajaan suami aku takder Pejabat di Putrajaya..jadi akulah yang kena berkorban kan..untuk tidak ke sana.
Masalah aku yang utama aku tak boleh drive dan trauma untuk drive..takkan lah suami aku nak kena hantar aku ke Putrajaya pastu ke Rawang..pergi sahaja 132 km ada kot pergi balik tak ke tokei balak pun bankrupt. Ermmm campur plak aku sedang mabuk (pregnant..shhhhh hehehe)..kali nie teruk sangat masa dua orang dulu relaks jer..kali nie masuk jer keluar balik...makanan da...pastu dengan pening ..kemalasan melanda sume ada lah..melepek jer kalu leh (orang yang pernah alaminya jer tau)..selamat lah suamiku memahami...dia banyak menolong di saat aku begini...huhuhuhu.  Bayangkanlah dengan keadaan aku skang aku nak ke Putrajaya..naik turun train..pastu naik feeder bas lagi..fuh...tak termampu rasanya...ya Allah kuatkanlah semangat aku ini..yang penting sihat tubuh badan..kalu tak mc atau EL jer lah aku gamaknya. Oklah yer..aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk aku dan famili aku...InsyaAllah. (banyak lagi nak citer tapi tak larat sangat...)

Jumaat, 14 Oktober 2011

51 kenderaan berlanggar, 5 maut dan 50 cedera


SANTIAGO DE CHILE 14 Okt. – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam satu kemalangan kereta yang besar melibatkan 23 buah trak, 17 kenderaan kecil dan 11 bas di Chile, semalam.
Menteri Pengangkutan, Pedro Errazuriz berkata, misi penyelamatan itu mungkin akan berlanjutan sepanjang hari oleh kerana kemalangan itu melibatkan bilangan kenderaan yang banyak.
Kemalangan itu berlaku selepas pukul 7 pagi (6 petang waktu Malaysia) di sebuah jalan susur menuju ke Algarrobo yang menghubungkan pantai Valparaiso dan ibu negara itu.
Pihak polis sedang menyiasat punca pelanggaran bertindan-tindih yang melibatkan 51 buah kenderaan itu. – BERNAMA


8 Tahun menangung sakit sengat Ikan Pari




Sengat ikan pari dikeluarkan dari punggung selepas lapan tahun

CHE MOHD. NURUL menunjukkan sengat ikan pari yang dikeluarkan dari punggungnya. Bahagian sengat ikan pari (dalam bulatan).


DUNGUN - Derita seorang pemuda yang terpaksa menahan sakit ekoran disengat ikan pari di punggungnya sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Daerah Dungun petang kelmarin.
Che Mohd. Nurul Che Anuar, 23, yang ditemui di Kampung Sura Gate di sini tidak menyangka sengat pari itu dapat dikeluarkan setelah pelbagai ikhtiar untuk mengeluarkannya sebelum ini gagal.
Katanya, dia disengat pari kira-kira lapan tahun lalu ketika duduk di Pantai Teluk Lipat di sini semasa melihat bapa saudaranya pulang daripada menangkap ikan.
Sejak itu, dia yang bekerja kampung terpaksa hidup dengan sengat pari di dalam badannya dan sakit pada saraf setiap kali melakukan kerja.

sumber dari http://www.kosmo.com.my/

Khamis, 13 Oktober 2011

Dunia akhir Zaman - Gereja Terbesar di Malaysia sedang dibina

Ermm apa nak kata yerkk  cerita nie saya amik dari email suami saya...Wallahualam betul atau tidak tentang kesahihan cerita nie kalu cerita nie palsu maka palsu dan tipulah saya..huhuhu..tapi rasa nak kongsi gak..meh..

Gereja terbesar telah dibina di bukit jalil terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon...tp lepas aku selidik n kaji..huhuhu..rupa-rupanya mmg betul dakwaan member aku tu..masyaALLAH...lebih mengejutkan aku..gereja terbabit mengandungi unsur2 freemason...maybe kebetulan atau sebagainyer...aku pon x tau...tp ape yg penting...bila da siap kita tgk..sape yg RASMI kan gereja ni nanti.
gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.
 
kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini
http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html dan http://www.calvary.org.my/
 
Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.




beginilah rupa gereja itu apabila siap dibina

mengejutkan juga..gereja ini mempunyai unsur2 freemason

Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.


Lihatlah saja kepada misi-misinya:


The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:


* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind

Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?. Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.
 
psstt : menurut maklumat yg aku dapat..gereja ini telah lame dibina..sejak tahun 2008..apekah kesudahan gereja ini..??????????????

‎5 LARANGAN DALAM TIDUR



‎5 LARANGAN DALAM TIDUR :


1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.


... 2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkeh.

Rabu, 12 Oktober 2011

AKU CUMA SEORANG BLOGGER


Santai Bersama BEN ASHAARI 

Ermmm apa yerk keistimewaan blog saya..saya tak pandai menilai untuk diri sendiri..pembaca-pembaca blog saya jer yang pandai menilainya...dalam blog saya campur aduk, ada pasal famili...pasal berita semasa...dan ikut suka saya kot nak wat entry apa..coz kekadang buntu kepala otak nie nak wat entry apa..huhuhuhu
Blog pilihan hati atau blog yang memberi sumber inspirasi saya..ermmm blog  yang wajib nengok tiap2 hari hehehe http://www.bacapaperku.blogspot.com/ coz leh baca Harian Mentro mcm real punya..