Jumaat, 14 Oktober 2011

51 kenderaan berlanggar, 5 maut dan 50 cedera


SANTIAGO DE CHILE 14 Okt. – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam satu kemalangan kereta yang besar melibatkan 23 buah trak, 17 kenderaan kecil dan 11 bas di Chile, semalam.
Menteri Pengangkutan, Pedro Errazuriz berkata, misi penyelamatan itu mungkin akan berlanjutan sepanjang hari oleh kerana kemalangan itu melibatkan bilangan kenderaan yang banyak.
Kemalangan itu berlaku selepas pukul 7 pagi (6 petang waktu Malaysia) di sebuah jalan susur menuju ke Algarrobo yang menghubungkan pantai Valparaiso dan ibu negara itu.
Pihak polis sedang menyiasat punca pelanggaran bertindan-tindih yang melibatkan 51 buah kenderaan itu. – BERNAMA