Khamis, 20 Oktober 2011

Bahaya Spa Ikan

Bahaya spa ikan

TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.


Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
 
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis. 

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

2 ulasan:

.dida mumin♥ berkata... JOM Reply

alamak! kat pd hari tu aku ada rendam tgn kejap kat tong spa ikan ni...saja nak tgk dia gigit, konon...minta2 takde apa2lah...

Tie HT berkata... JOM Reply

sy penah buat massage ikan ni tp ikan bela seniri kat rumah..selamat cket..last2 ikan tu fenin , mati sbb bau kaki kami sefamili kut..hik3..nt nk bela ag lah