10 Tip Kehamilan
Penjagaan diri dan kandungan merupakan elemen penting untuk anda ambil peduli. Lazimnya doktor hanya memberi panduan umum yang boleh diamalkan sepanjang melalui proses kehamilan.
1. Diet
Banyak perubahan yang perlu dilakukan sebaik disahkan hamil. Paling utama, mengubah gaya makan. Langkah bijak ialah mengikuti saranan piramid makanan. Makan lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.

Kepelbagaian dalam pengambilan makanan mustahak kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses. Pisang mentah lebih berkhasiat berbanding pisang goreng. Kacang pis segar pula penuh vitamin jika dibandingkan pis dalam tin.
Bawa bersama botol berisi air ke mana sahaja anda pergi. Air mencukupi dapat mengelakkan kelahiran pramatang, sembelit dan komplikasi lain. Sementara itu, air yang dimaksudkan tidak termasuk minuman berkarbonat, teh dan kopi. Hanya air kosong, susu dan jus buah segar dikategorikan sebagai air yang perlu diminum sehingga 2 liter sehari.
2. Senaman
Bersenam memang baik untuk kesihatan. Berita baik untuk yang gemar bersenam kerana amalan konsisten anda dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu. Paling mudah ialah dengan berjalan dalam jarak pendek setiap hari atau melakukan aerobik khusus untuk ibu hamil. Biarpun begitu, senaman yang dilakukan tidak semestinya perlu dihabiskan dalam masa 30 minit sekali sesi. Anda boleh membahagikannya kepada sesi tertentu seperti setiap 10 atau 15 minit.
Terdapat beberapa jenis senaman yang ditegah semasa hamil. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman. Anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta daripada bersenam apabila mengalami tanda-tanda seperti letih, pening kepala, sesak nafas, kontraksi, pendarahan atau air ketuban bocor.
3. Tidur
Di awal trimester, anda dapat tidur selesa dan lena dengan pelbagai jenis posisi. Apabila perut semakin membesar, anda mulai sukar tidur nyenyak. Oleh yang demikian, sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.

Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.
4. Membaca
Luangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari kerana aktiviti ini diakui menenangkan. Dalam pada itu, anda perlu pandai memilih bahan bacaan. Jangan membaca sumber bacaan yang boleh menimbulkan konflik dalaman. Sebaliknya, pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.

Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran. Yakinlah, amalan membaca terutamanya sumber yang boleh membuatkan anda tertawa riang bakal memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh turut membuatkan bayi tenang dan gembira.
5. Muzik
Dengarlah muzik yang berirama lembut. Mainkan lagu yang sama secara tetap setiap hari. Ulangi amalan yang sama setelah bayi lahir. Anda pasti teruja melihat bayi tenang sebaik sahaja anda memperdengarkannya dengan lagu sama yang pernah didengarnya sewaktu dalam kandungan.

Selain daripada muzik, orang Muslim digalakkan untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran agar kelebihan ayat suci itu mampu merangsang saraf otak bayi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah kecerdasan bayi dalam kandungan.
6. Kelas Penyusuan
Sekiranya anda berazam menyusukan bayi bakal lahir secara eksklusif, langkah itu harus dimulakan sejak awal usia kandungan. Anda digalakkan untuk berbual-bual dengan bayi dengan menyatakan kemahuan memberikan susu ibu sejurus dia lahir sehingga usianya 2 tahun atau lebih.

Anda dan suami turut perlu mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik kerajaan, hospital mahupun kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Menerusi kelas ini, anda berdua akan belajar teknik penyusuan yang betul, langkah yang patut diambil jika menghadapi masalah dan sebagainya. Maklumat dan sokongan yang diberikan bakal membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Jika mahukan maklumat lanjut, layari www.ilca.org untuk mencari perunding laktasi berhampiran anda.
7. Kisah Bersalin
Membaca sahaja tidak mencukupi kerana pengalaman orang lain sama pentingnya untuk anda mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan proses pelahiran. Tambahan pula, lain orang lain pengalamannya. Oleh itu, dapatkan pengalaman melahirkan daripada orang terdekat.

Hal ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan mental dan fizikal anda untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Menerusi pengalaman orang lain, anda pasti sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan agar dapat melalui proses kelahiran dengan mudah dan lancar.
8. Kelas Antenatal
Bagi anda yang pertama
kali bergelar ibu, segera daftarkan
diri untuk menyertai kelas antenatal anjuran pihak hospital di mana anda bercadang mahu bersalin. Kelas ini penting kerana anda dan suami bakal didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan susu dan kehidupan bayi selepas dilahirkan. Biarpun kelas yang anda ikuti ini ringkas, namun ilmu yang bakal diperoleh memberi faedah yang bukan sedikit.

9. Kepanasan
Keluhan tubuh panas terutamanya di trimester akhir adalah normal. Ia berlaku kesan penghasilan hormon progesteron selari dengan peningkatan suhu tubuh bayi. Bagi mengurangkan masalah ini minum air sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang keluar. Antara lain ambil makanan yang banyak mengandungi cecair seperti bubur, yogurt dan jus buah. Dalam berpakaian pula, pilih baju yang diperbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pastikan warnanya cerah supaya panas matahari tidak diserap olehnya.

10. Seks
Anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang selesa ketika hamil. Untuk menjamin keselesaan, anda harus berada di atas. Posisi duduk pula biasanya popular di pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Apabila semakin sarat kedudukan anda membelakangi suami adalah posisi yang terbaik.

Apa jua posisi pilihan pastikan ia selesa dan tidak memberi tekanan pada perut. Selain daripada melakukan hubungan asmara, anda berdua juga boleh mengeratkan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda sesama sendiri.
sumber dari Majalah Pa&Ma
2 ulasan:
beruntung bila melalui fasa2 kehamilan..byk hikmah nya :)
fasa yang 'menyeronokkan' kan!
Catat Ulasan