Alhamdulillah setelah beribu aduan di adukan kepada pihak tertentu ada pihak yang telah mengambil inisiatif untuk meletakkan seorang pengawal di atas jejantas berhadapan Wisma Sime Daby, Jalan Raja Laut, KL. Saya rasa pihak Sime Darby sendiri telah mengupah seorang pengawal di atas jejantas tersebut...dah seminggu dah rasanya...pengawal tu wujud, kalu tak bila naik jejantas jer perasaan takut itu muncul...sebab macam-macam jenis manusia yang tidur di atas jejantas tersbut dan kejadian ragut pun pernah beberapakali berlaku di situ..ish dah lah jenjantasnya berlekuk...lenguh nak mendakinya...lepas tu ramai plak yang tidur ...hidu gam..minta sedekah dan macam-macam ah lagi. Jejantas tersebut bukan hanya digunakan oleh golongan dewasa sahaja malah ia juga digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah yang menjadikan jenjatas tersebut sebagai penghubung untuk ke sekolah mereka.
Ini adalah salah satu aduan yang telah dibuat oleh beberapa pengadu mengenai laluan jejantas tersebut :-
Gangguan Lalulintas Jejantas Berhadapan Wisma Sime Darby, KL
Salam 1 Malaysia,
Saya diantara beribu pengguna jejantas berhadapan Wisma Sime Darby ingin membuat aduan mengenai mengenai gangguan lalulintas di atas jejantas tersebut, ini kerana terdapat seorang anak muda yang berpakaian sangat kotor meminta sedekah dan menghidu gam di atas jejantas tersebut.
Sebelum ini rakan-rakan sepejabat telah membuat aduan Polis, Jabatan Kebajikan dan lain-lain tetapi sebarang tindakan masih belum diambil. Anak muda tersebut juga tidur dan kencing di atas jejantas tersebut kerana ramai pengguna mengadu terhidu bau hancing dan busuk di atas jejantas tersebut. Dikawasan berhampiran terdapat beberapa sekolah rendah di mana anak-anak kecil menggunakan jejantas tersebut dan saya melihat anak-anak tersebut takut untuk melalui jejantas dan terpaksa melintas jalanraya yang agak sibuk, ini boleh membahayakan nyawa anak-anak sekolah tersebut.
Dengan ini saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ada nyawa yang terkorban. Jangan bila dah ada yang terkorban baru nak ambil tindakan. Oleh yang demikian saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya adauan saya ini diambil perhatian. Sekian, wassalam.
By: Pengguna Jejantas Wisma Sime Darby
1 ulasan:
memang perasan ada pak pengawal atas tu..elok juga, takde lah takut2 nak melintas jejantas, kebetula si amir pun dh lama tak nampak kat atas tu...
Catat Ulasan