Ahad, 4 September 2011

Pagi Raya dikejutkan dengan berita sedih...Al-Fatihah....

Bismillahirahmanirahim...pembuka kata setelah hampir semingu bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2011.  Alhamdulillah saya selamat pergi dan kembali ke rumah tercinta di Ukay Perdana, Ampang.  Di hari Raya yang mulia ini pasti ada yang gembira dan juga bersedih...di pagi raya pertama aku dikejutkan dengan berita sedih kerana pemergian arwah Haniff Ngiring ..arwah merupakan kawan baik kepada adik aku..arwah agak rapat dengan keluarga kami...selalu lepak-lepak dan makan di rumah kami...arwah meninggaldunia disebabkan pendarahan beku yang banyak di bahagian kepala akibat kemalangan motor berkuasa besar Ducati seminggu sebelum Raya..arwah koma selama seminggu dan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Raya.  Lagi menyedihkan..semasa arwah dalam koma isteri beliau selamat melahirkan bayi perempuan...sayangnya arwah tidak dapat melihat anaknya dan begitu juga anak arwah tidak sempat mengenali arwah  yang merupakan seorang yang amat disenangi dan kelakar. Al-Fatihah..buat arwah Hanif bin Ngiring....semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amin...

Arwah bertugas di RTM......beiau juga pernah mengikut beberapa tugasan di luar negara seperti Misi Kemanusiaan di Pakistan dan sebagainya...

2 ulasan:

~~AzaLea~~ berkata... JOM Reply

Alfatihah buat arwah sekeluarga... moga roh beliau di tempatkan di kalangan org2 yg soleh dan beriman... amin..

ummiP3 berkata... JOM Reply

@AzaLea kak pit mcm tak caye...arwah dh pergi wat selamanya..